Muadz sembelit…

Assalamualaikum…

Ini salah satu benda yang saya risau bila mula weaning off Muadz. Sekarang ni Muadz masih lagi menyusu di waktu malam. Kadang2 ada juga tanya, nak botol tak? terus dia geleng. Untuk di taska bagi bekal 2 kali minum susu ILHAM dan 1 kali minum susu kambing segar. Tapi pihak Taska kata Muadz tak mau sangat minum susu kambing tu, jadi sekarang dalam proses menghabiskan yang ada kat rumah.

Sebelum ni bagi 2 kali susu kambing 1 kali susu ilham. Oh, dalam susu ilham saya tambahkan sikit meal shake untuk keperluan nutrien dia. Sebelum ni Muadz tiada masalah pembuangan walaupun kebelakangan ini, makin keras pula najis dia.

Sampai la ahad lepas, dia meneran dan terus menangis sekuatnya. Kalau sesiapa kenal muadz, tentu tahu, muadz bukan jenis menangis kuat. Tangisan dia slow dan mendayu2 je. kalau nangis kuat tu mesti ada something sama ada sakit, terkejut, takut etc. Saya perasan jumaat, sabtu dia tak membuang. Khamis tak sure dia ada membuang kat taska ke tak, lupa tanya.

Tapi pagi ahad tu memang pengalaman pertama buat saya, terus bawa naik atas dan masuk ke tandas tapi tengok tiada yang keluar. Bila tengok, rupanya lubang punggung dia dah keluar darah. aduihai, kesiannya anakku. Saya cuba tekan2 perut dia dan cakap ‘Muadz cuba teran sket lagi.’ dia cuma geleng dan menangis. Sakit sangat agaknya. Saya cuba juga urut2 lubang dubur dia. Lama juga dalam toilet tapi tiada hasil. Sampai la Muadz dah tak rasa sakit dan boleh main air.

Saya pakaikan pampers semula, sapu minyak yuyi kat perut dia dan urut2 sket. Kemudian, saya terus turun telan 2 biji alfalfa, minum air masak banyak sikit dan susukan Muadz. Dia seronok aje la bila dioffer. Lama juga dia menyusu sambil dok buat aksi akrobatik, tiba2 nangis semula. Kali ni saya tengok dalam pampers dah ada keluar sikit.

Terus bawa ke tandas semula. Alhamdulillah dapat keluar walaupun dengan tangisan. Banyak juga dan keras. (sorry ya kalau ada yg rasa menggelikan. )Sampai saya tanya, ‘Sakit perut lagi’. dan dia geleng sambil jawab ‘Takk’. Pakaikan pampers dan baju semula. Menyusu lagi, tiba2 menangis lagi. Ada lagi hasil yang keluar. Dah cuci2 pakai baju, main2, nangis lagi.

Kali ketiga ni saya tengok najisnya lembut sikit. Mungkin yang terakhir. Tapi dia still nangis, agaknya sakit lagi kot. alhamdulillah lepas tu dia boleh main dengan ceria. Jadinya, sekarang ni bila dia nak menyusu saya bagi je. Sebab risau juga dia sembelit. Kalau boleh biar dia sendiri yang nak berhenti menyusu. Bukan dengan cara paksa letak ubat gigi, ubat pahit dan sebagainya.

Sekarang kalau sakit masa dia menyusu, saya akan cakap, sakit. dan dia berhenti sekejap. risau juga bila dah jadi sembelit macam ni. Semalam ke klinik, untuk ambil ubat. Doktor kata cuba monitor lagi sebelum bagi ubat tu. Takut cirit pula nanti. Lepas ni kena minum lebih banyak air masak dan buah tau muadz. Ummi nak kena cari jus buah la lepas ni.

 

4 thoughts on “Muadz sembelit…

  1. oh kesiannya Muadz.. dia nangis sbb mungkin duburnya dah melecet.. jadi bila dia membuang najis tu terkena tempat melecet, terus dia nangis sakit.. kdg2 x sampai hati kan tgk anak sembelit.. mungkin susu tepung tu terlalu pekat.. or kena kurangkan susu bagi cair sikit..

    • Tu la.. susu tu mmg dah bagi cair sket. tapi mungkin sebab muadz kurang minum air masak di taska. asyik nak bermain je. kalau kat rumah mmg minum air masak je. kena suruh minum lagi..

  2. Kalau nak try bagi susu kambing fresh lagi jauh better sbb tak di prosess so khasiat and zat kekal dalam susu. Boleh try minum and beli dari Ahmad 0162113035 happy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *