Perkenalan dengan balm tasneem naturel

Assalamualaikum…

Pernah dengar balm tasneem naturel? Untuk anak-anak kecil, ummi kurang suka guna produk yang masuk ke mulut (makan), lebih suka jenis sapu. Masa Zilal 2 tahun lebih dulu, tantrum dia sangat tak terkawal. Sampai ummi dan ayah penat tak tau nak buat apa. Cari-cari terjumpa balm yang boleh menenangkan masa dia 3 tahun lebih. Jadi kami cuba balm tersebut, alhamdulillah tantrumnya agak berkurangan.

Masuk 4 tahun, dia dah agak kurang meragam dan boleh negotiate. Jadi kami pun dah tak guna balm tu. Tak lama lepas tu, tasneem naturel menembusi pasaran. Memperkenalkan 4 jenis balm iaitu sleep time, calm time, T-rub dan CF-rub. Masa tu rasa takde keperluan nak beli pun.

tasneem balm

Tak lama lepas tu, masa Zubair usia setahun lebih, dia mula sembelit. Dia memang tak minum langsung susu formula, makan banyak tapi mungkin kurang minum air masak. Jadi, cuba T-rub untuk sapu di perutnya. Masa tu sekali-sekala je cuba. Masa dia berusia 2 tahun lebih, dah nampak perangai dia macam kakak dia. Bila dua-dua bergabung buat perangai, ummi pun jadi singa la. Tapi dalam hati rasa penat sangat asyik nak marah-marah. Dan kesian dengan anak-anak kecil ni.

Jadi, ummi beli sleep time dan calm time. Oh ye, zilal dan zubair ni memang agak sukar nak tidur walaupun dah mengantuk. Mereka akan tahan mata dan mula la buat perangai pelik-pelik. Jadinya, sebelum tidur, ummi sapu sleep time dan calm time sambil baca selawat sikit. Alhamdulillah, tak lama kemudian mereka pun tidur dengan tenang.

CF-rub yang paling lambat ummi cuba. Sebabnya, sebelum tu ada pakai minyak lain untuk bantu mereka bila anak-anak batuk dan selsema. Tapi minyak tu agak berminyak (dah nama pun minyak!) dan sedikit panas. Jadi untuk anak kecil, tak berani nak pakaikan minyak tu.

Sekarang ni dah ada keempat-empat balm dan memang selalu guna. Ops…sekarang tasneem naturel dah ada 5 balm. Yang skeenz tu saya tak cuba lagi sebab takde anak yang ada masalah kulit. Mungkin suatu hari nanti akan cuba.

Sekarang baru rasa teruja nak share sebab konsisten pakai dan nampak hasilnya. Nanti saya share lagi kesan yang saya dapat bila guna balm ni semua tau.

Anak keempat saya dengan balm tasneem

Anak keempat saya dengan balm tasneem

Oh, kalau nak order, boleh whatsapp saya di 010-4289601.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *