Nak ambil maid pun kena memilih juga

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, malam tadi dapat sharing-sharing dengan seorang akak. Akak ni bagi tip nak pilih maid. Katanya kalau anak seorang maybe boleh manage dan hantar ke rumah pengasuh. Tapi kalau 2 dan lebih mungkin lebih jimat ambil pembantu rumah. Selain tengok anak-anak, boleh juga bantu buat kerja rumah.

Yang paling penting, pastikan pembantu rumah menjaga aurat dan menjaga solat. Maknanya, tak perlu nak beritahu dan nak ingatkan nak kena pegi solat, nak keluar pakai tudung dan lain-lain. Ini juga bagi memastikan pembantu rumah dapat memberikan anasir-anasir positif kepada anak-anak.

Sekurang-kurangnya ada asas Islam dan mampu berpegang kuat pada agama. Akak tu kata pembantu rumah yang dia ambil, masa pertama kali jumpa minta baca Al-Fatihah. Kalau baca al-fatihah pun tak tau, macam mana pula boleh kata menjaga solat kan.

Walaupun nampak simple, tapi benda ni penting. Sebab kita nak tinggalkan anak kita berjam-jam dengan dia. Jadi, tentulah banyak benda yang dia terikut-ikut. InsyaAllah kalau pembantu rumah pandai menjaga diri, anak-anak pun dapat dijaga dengan baik.

 

Selain tu, pembantu rumah tersebut tentulah kena suka budak-budak dan pandai buat kerja rumah. Kalau semua nak diajar susah pula kita kan. Dan yang PALING PENTING, setiap kali keluar rumah, tawakkal untuk tinggalkan anak-anak dalam penjagaan ALLAH, bukan penjagaan pembantu rumah. Pembantu rumah tu cuma sebagai usaha. Allah yang akan menjaga anak-anak kita.

 

Sama juga apabila kita menghantar anak ke Taska. Kita usaha mencari penjaga terbaik tetapi Allah jua yang menjaga mereka. Oleh itu, letakkanlah tawakkal sepenuhnya kepada Allah.

 

Wallahu’alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *