surirumah goyang kaki??

Assalamualaikum…

Sejak dah anak 2 ni jarang-jarang ada masa dapat update blog. Blog sana pun kadang-kadang kena curi masa, atau minta hubby tolong jagakan anak untuk dapat update blog. Ada yang kata suri rumah, duduk rumah goyang kaki?? Memang betul pun, sentiasa bergoyang sampai malam rasa lenguh-lenguh dah kaki. huhuhu.

Sekarang ni musim cuti sekolah, Muadz tak ke tadika. Ada bagus, ada tak bagusnya. Bagusnya, boleh tolong ummi jaga adik. Sementara main dengan adik, boleh la ummi masak, update blog, fikirkan marketing dan lain-lain. Tak bagusnya, main sekejap gaduh. Main sekejap menjerit. Belum lagi campur tiba-tiba air tumpah. Makanan bersepah. Nak air lagi, nak makan, nak susu. Sudahnya, kerja ummi tersangkut-sangkut juga.

Memang mencabar jadi suri rumah. Apatah lagi kalau yang sambil buat bisnes. Sebab kitalah bos, kita juga la kuli. Nak kena fikir juga strategi untuk bisnes. Tapi bila duduk sejenak tengok anak-anak bermain, tersenyum sendiri. Alhamdulillah, bahagia anak-anak membesar depan mata. (Walaupun selalu juga ummi jadi harimau jadian tongue )

Anak-anak masa kecil ni memang selalu nak kan perhatian. Main sekejap “ummi..ummi..tengok ni.” kata si abang. Adik pun tak boleh kalah. Tepuk-tepuk peha ummi. “tututu..atututu.” Hehehe.Macam-macam ragam budak-budak ni.

 

Sekarang ummi dah ada hobi baru iaitu menanam pokok sayur-sayuran. Harapnya dapat la membuahkan hasil.

10522666_10152450711727054_8399009214099346018_n

Anak-anak pun sibuk membantu. Muadz 4 tahun, Zilal 1 tahun 8 bulan. 

Dah 3 minggu sejak bermula, ada yang menjadi, ada yang mati.

Pokok bawang.

Pokok bawang.

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini masih hidup dan terus membesar.

1966739_10152463948657054_204781053128880203_n

Lobak putih selepas 4 hari.

Benih, saya dapatkan dari tanamsendiri.com. Banyak juga ilmu yang saya belajar dari sana. Jadi seronok pula nak bercucuk tanam. Tapi memang perlukan kesabaran yang tinggi.

 

ok, salam sayang dari saya.

Hanis Amin

One thought on “surirumah goyang kaki??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *