Oct 13

Jadual pam yang baru

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, seperti yang ditulis di sini, dah selamat pindah rumah weekend lepas. office dah selamat pindah 2 minggu lepas. Alhamdulillah..

Sekarang ni office dengan rumah 15 minit tapi dah mula kena drive sendiri sebab hubby still kerja kat KL. lagi pun sekarang ni parking dah free jadi takde alasan la. sebelum ni parking rm24 untuk 8 jam. jadinya tak boleh la nak pam dalam kereta lagi sebab kena drive sendiri. takpelah, berdikari sikit.
Continue reading

Oct 08

Air susu ibu

Assalamualaikum..

Semalam seperti biasa lepas solat Zohor, saya memulakan aktiviti mengepam. Disebabkan dah berpindah ke office baru, saya pam di surau sahaja sebab masih belum ramai orang dan surau dekat.

Masa pam ada seorang akak tanya, anak berapa bulan. Saya jawab 5 bulan. Dia kata anak dia dah 4 tahun tapi masih minum susu ibu. Tak mahu berhenti. Dia sempat juga bagi tips, kalau rasa susu kurang pergi urut. Mungkin ada yang tersumbat. Kalau tidak pun, urut boleh melancarkan lagi aliran darah untuk keluar susu.
Continue reading

Oct 01

Bayi minum banyak

Assalamualaikum…

Saya ada dapat email, ada seorang sahabat yang anaknya minum banyak dan dia masih belum sempat buat stok. hantar ke taska 6x3oz dan semuanya habis. saya pun mula terfikir, anak saya minum sikit sangat ke? tapi bila dengan saya ok je. poo poo dia pun ok. tapi memang dah biasa macam tu dari mula hantar. saya tengok memang kebanyakkan orang bagi 6x3oz, lebih bilangan botol pun ada.
Continue reading

Sep 28

Mula kerja, susu kering

Assalamualaikum…

Sebelum ni banyak mitos yang saya baca tentang susu ibu daripada blog-blog lain. ada yang pernah diberitahu anak mereka kurus sebab tak cukup khasiat, di mana susu ibu tak cukup untuk anak dan macam-macam lagilah.

dari segi saya sendiri, orang sekeliling tak pernah pula cakap keburukan susu ibu. Malah bila tengok anak saya yang bulat tu ada yang kata ‘minum susu ibu ye, patutla.’ Ramai yang kata badan anak saya tegap sebab minum susu ibu. Dibandingkan dengan ada bayi yang bulat juga tapi badan lembik-lembik.
Continue reading

Aug 24

pengurusan EBM di taska

Assalamualaikum…

Semalam terpaksa membuang 3 bekas EBM dalam bekas dadih tu. Lebih kurang 5 1/2 oz terpaksa dibuang sebab dah expired. rasanya lepas ni pun ada yang bakal menyusul. lupa pulak nak ambil gambar sebelum buang.

hubby kata membazir je. baik bagi kat taska. hmm…ada juga terfikir, membazir buang EBM tu. sebelum ni ada bincang dengan kawan, nak jadikan anak dia anak susuan sebab susu dia sikit dan dia kena top-up formula. daripada top-up formula pilihan yang lebih baik adalah susu ibu dari ibu lain. tapi hubby dia macam tak setuju dan nak cuba juga. Yelah, ibu dia pun sedih sebab tak dapat nak bagi susu dia sepenuhnya.
Continue reading

Aug 17

Susu kurang di bulan puasa?

Assalamualaikum…

Tentu ramai ibu yang risau kalau susu kurang di bulan puasa. sebelum ni takde la nak fikir sangat pun. tapi selepas beberapa hari puasa, ada nampak effect sikit bergantung pada cara pemakanan masa sahur. So pemakanan sangatlah penting untuk wanita yang menyusukan anak.

Sabtu lepas terlepas waktu sahur, bangun je dengar azan tapi tawakkal aje la. bila dah petang-petang tu memang terasa kekeringan. Muadz pula asyik nak menyusu. agaknya dia tak puas kot sebab susu tak banyak. sebab sehari sebelum tu, hasil pam di waktu petang memang sangat kurang berbanding selalu. by 6.30 saya dah start rasa seram-sejuk dan pening-pening. rasa sayang nak berbuka sebab lagi sikit je lagi. by pukul 7 badan dah menggigil sikit. bila bangun je dari duduk rasa macam nak pitam sikit. masa tu memang berdoa je semoga Allah kuatkan diri ini. Alhamdulillah berjaya juga habiskan puasa. berbuka terus makan 2 biji kurma dan minum Shaklee ESP+PD dan air masak yang agak banyak. kemudian, solat maghrib dan makan nasi.
Continue reading

Jul 27

BF baby mahal?

Assalamualaikum..

Ada yang beranggapan BF baby memerlukan perbelanjaan yang besar. (terutama kalau anda membaca blog saya.  tongue  ) saya memang cepat  teruja dengan benda yang saya minat dan sanggup berbelanja sekiranya saya rasa benda yang dibeli itu berbaloi.

Untuk barangan mengepam seperti set Medela FS, ice pack, botol MLO, bantal menyusu dan banyak lagi, saya sanggup berbelanja kerana saya yakin ianya akan digunakan untuk jangkamasa yang panjang. Saya jarang membeli handbag dan kasut kerana yang ada masih boleh dipakai. nanti kalau tukar-tukar handbag tentu ada sahaja benda yang tertinggal. kasut saya ada 3 pasang iaitu sepatu, sandal dan selipar. cukuplah tu.
Continue reading

Jul 22

Puasa dan mengepam

Assalamualaikum..

Hari ni saya berpuasa sunat. dah lama tak berpuasa, risau pula nak berpuasa sambil mengepam dan menyusu ni. Ramai yang kata hasil akan kurang tetapi ada juga yang kata hasil sama aje, yang penting MIND SET.

Yup, untuk menjayakan penyusuan susu ibu ni mind set adalah sangat penting. Pagi tadi alhamdulillah dapat bangun sahur. Si kecil pun bangun juga. Mula-mula risau dia sibuk nak menyusu aje. Biasa bangun menyusu dan tidur balik. Alamat ummi tak boleh nak makan la macam ni. Alhamdulillah, dia bangun terus nak main. Dah mula nak sembang-sembang.
Continue reading

Jul 22

First toy

Assalamualaikum…

Isnin lepas bercuti sebab Jepun cuti. Jadi, saya dan suami mengambil kesempatan untuk ke Toys R Us dan beli mainan Muadz. Saya tercari-cari mainan yang juga boleh menjadi bahan pembelajaran Muadz.

Mula-mula ingat nak cari baby bath book. Konon nak perkenalkan buku dari kecil tapi buku yang ada besar. Muadz pun tak pandai pegang lagi tapi dah boleh menggenggam. buku tu pula takde bunyi-bunyi. setelah mencari-cari kami jumpa mainan di bawah.
Continue reading

Jul 20

Shaklee : Hasilnya?

Assalamualaikum…

Sejak semalam dah cuba ambil shaklee set B. tapi memang dah teruja, rasa nak beli terus full-pack+ESP tapi tunggu fulus masuk dulu la. tongue

Semalam, tak perasan sangat perubahan, mungkin sebab cuti dan sibuk bercinta dengan suami. tapi still sempat pam dua kali di rumah. petang tu kami ke midvalley beli barang baby. sekarang ni memang tengah obses dengan barangan baby. beli first toy untuk muadz tapi lupa ambil gambar. lain kali la ye.
Continue reading

Jul 08

Susu Apa Terbaik Selepas Anak 2 Tahun Breastfeeding???

Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu ‘terpesong’ dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak ‘sangat perlu minum susu’ dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.

Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat:
Continue reading

Jul 06

Makanan penambah dan pengurang susu

Assalamualaikum..

Semalam susu saya tiba-tiba berkurangan. bila pam tak macam biasa. alhamdulillah, masih cukup untuk baby tapi macam agak terkejut. hari ni, lagi kurang dari semalam. mungkin sebab saya tukar corak pemakanan. sebelum ni pagi-pagi minum air coklat, sekarang ni minum air masak je. ada kaitan ke?

Baby baru 2 bulan lebih. Ni belum lagi masuk bulan puasa atau datang bulan. agak merisaukan juga la. Jadi saya pun cari di susuibu.com.
Continue reading

Mar 23

20 mitos penyusuan susu ibu

Mitos 1
Sesetengah susu formula(FM) lebih baik dari susu ibu (SI) kerana ditambah vitamin.
Fakta:
Sesetengah vitamin yang ditambah mungkin memberi kesan negatif kepada bayi.

Mitos 2
Bayi menyusu SI mempunyai jadual menyusu yang sama dengan bayi menyusu FM.
Fakta
Susukan bayi mengikut kehendak.
SI lebih mudah hadam, maka bayi akan cepat berasa lapar semula.

Mitos 3
Sesetengah ibu tidak mampu menyediakan SI yang secukupnya.
Fakta
Kekerapan menyusu akan merangsang pengeluaran susu yang secukupnya.

Mitos 4
Adalah tidak mustahil bayi juga mempunyai alahan terhadap SI.
Fakta
Sekiranya berlaku alahan, mungkin disebabkan pemakanan ibu ataupun faktor sekeliling.

Mitos 5
Sekiranya ibu sakit, demam,selesema, ibu sepatutnya berhenti menyusu.
Fakta
Semasa sakit, ibu akan menghasilkan antibodi terhadap penyakit tersebut dan ianya sangat bermanfaat untuk bayi.
Bayi yang menyusu FM dua kali terdedah risiko jangkitan.

Mitos 6
Susu awal iaitu susu selepas kelahiran adalah tidak berfaedah.
Fakta
Kolostrum amatlah penting sebagai imuniti pertama bayi.

Mitos 7
SI sama sifat seperti FM.
Fakta
SI akan berubah dari segi warna pada masa dan waktu yang berlainan.
SI juga berubah2 rasa bergantung kepada pemakanan ibu.

Continue reading

Mar 16

Peranan suami dalam menjayakan penyusuan susu ibu

Salah satu perkara yang boleh menjayakan dan menggagalkan BF adalah ‘suami’. Kadang2 ada isteri mengeluh suami tidak menyokong BF. Artikel ni saya jumpa di Sarakids. Artikel ini ditulis sendiri oleh suami Farah ni yer.. so from husband to husband lah kiranya..

9 Cara Suami Membantu Menjayakan Penyusuan Susu Ibu:

1) Membuat Pilihan Bersama Isteri Untuk Melahirkan Anak di Hospital Rakan Bayi.

Ramai suami mengeluh apabila membuat keputusan memilih hospital untuk isterinya bersalin. Semua suami mahu yg terbaik, tetapi kadang-kadang lupa apa aspek yg penting yg perlu diambil kira. Hospital rakan bayi adalah status yg diberikan kepada hospital yg mengamalkan penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya. Para suami perlu tahu betapa pentingnya penyusuan pada 1 jam yg pertama. kita galakkan isteri menyusu secepat mungkin selepas melahirkan anak.

2) Menjaga anak (yang lain) semasa isteri berpantang – siapkan keperluan.

Itu adalah menjadi satu tanggungjawab bagi semua suami apabila isteri berpantang. Pada masa ini bapa perlu mengambilalih tugas isteri sekejap. Mungkin pada masa ini anak-anak yg lain akan berasa jauh hati sebab adik baru lahir. Jadi perhatian akan ibu akan teralih sekejap kepada adik. Jadi di sini pentingnya suami comfort anak2 yg lain supaya belajar sayang adik dan alihkan perhatian dgn bermain atau bawa mereka keluar dan biar isteri ada masa berkenalan dgn adik baru.

3) Bangun tengah malam – salin lampin bayi dan kejutkan isteri untuk susukan anak.

Suami biasanya akan kejutkan isteri untuk susukan anak. Sebagai balasan kpd isteri yg telah menyusukan anak, suami kenalah tolong tukarkan lampin anak. Jadi isteri pun akan rasa dihargai kerana suami pun turut bangun memberi bantuan selain daripada tidur mati. hahaha
Continue reading

Feb 19

Breastfeeding Plan

Assalamualaikum..

Breastfeeding planner

My breastfeeding plan

Alhamdulillah, siap juga plan ni. Ingat nak buat semalam tapi lupa nak bawa kertasnya pula. Sebenarnya kertas ni dapat masa pergi kelas penyusuan susu ibu hari tu. Dah tulis dan bagi pada hubby untuk bincang. Saje type in balik dan letak di blog supaya boleh jadi motivasi diri di kemudian hari. Mana tau, bila banyak cabaran tiba-tiba rasa nak stop breastfeed boleh tengok benda ni.

kalau tengok hope for the baby to macam berat je kan. Takde la berat sangat. Yang penting impian/cita-cita, kemudian usaha. Bila dah set target baru la senang nak usaha kan. Ummi dan ayah tak harap pun baby jadi ustaz, bukan title ustaz tu yang penting sebab itu hanya dari segi sijil dan panggilan. Yang lebih penting, benar-benar menjadi hamba Allah dari segi iman dan amal.

Bukan berat untuk baby je, lebih berat lagi untuk ummi dan ayah la. Huhuhu. Dah tentu la kena usaha keras untuk mendidik baby. Nanti tak pasal-pasal plak anak cakap masa kat akhirat, “mak ayah saya bercita-cita je tapi tak didik pun saya betul-betul.” Masa tu mana nak letak muka.

Jadi, ummi dan ayah pun kena berusaha untuk menjadi the best mu’min supaya anak-anak jadi the best mu’min juga. Tapi, akhirnya segala hasil terpulang pada Allah. Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha dan bertawakkal.

Feb 15

Kelas Antenatal di HKL

Assalamualaikum…

Selepas 4 hari bercuti, hari ni agak liat sikit nak pergi kerja. Dah la semua orang pun tengah cuti Chinese New Year. Lagi la semangat nak bekerja tu kurang. Tiba-tiba pagi tadi dapat call bertubi-tubi pula. Tak sempat nak update satu-satu. Ok, enough pasal kerja.

Pamphlet yang dapat masa kelas.

Seperti yang dijanjikan, nak cerita tentang kelas antenatal yang saya pergi. Ada 5 orang perempuan mengandung yang hadir bersama 3 orang suami (salah seorang tu hubby saya la). Saya rasa mengandung dan penjagaan baby sejak dari dalam kandungan hingga lahir bukan tanggungjawab ibu sahaja, jadi ayah pun perlu ambil maklumat ye.

Ada beberapa maklumat yang dikongsi tapi semuanya secara ringkas, mungkin sebab masa yang agak suntuk. Kelas start jam 9.30 pagi, terlewat sedikit dari jadual. Mula-mula diceritakan tentang breastfeed. Hospital Kuala Lumpur adalah salah satu hospital rakan bayi dan father friendly. Botol susu baby adalah benda yang dilarang keras untuk dibawa di hospital. Tapi cara penerangannya untuk ibu yang tak faham dan tak tau sangat tentang susu ibu ni tak merasakan kepentingan dan urgencynya untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. Yup, saya memang merasakan urgency untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. FM is the last option setelah saya faham pelbagai perkara tentang susu ibu dan susu formula.

Ada juga dipromosikan buku penyusuan susu ibu untuk ibu yang bekerja. Tapi kena beli sendiri. Alhamdulillah, saya dah ada 2 buku tu. Satu memang beli, satu lagi dapat free masa ikut kelas susu ibu di seri kembangan yang lepas. Yang saya nampak, hanya seorang yang beriya-iya bertanya pasal susu ibu ni. Yang lain nampak macam tak berminat atau mungkin malu. Wallahua’lam. Masa break pun nampak seorang ni yang beriya tengok buku yang dipromosikan tu.

Saya pernah juga terdengar/terbaca ada ibu yang mengadu di’paksa’ beri susu pada baby walaupun dia berulang kali kata takde susu atau sakit ketika menyusu. Sayangnya, mungkin tidak diterangkan/diajar dengan betul. dan memang ada setengah nurse yang hanya tahu marah dan arah tapi tidak mengajar dan explain. Mungkin tak semua ye. Ada setengah sahaja. Masa kakak saya melahirkan anak sulung, dia langsung tidak diajar untuk menyusukan atau tentang penjagaan baby. Tiba-tiba nurse tanya, dah susukan baby ke belum? Barulah kakak saya terkial-kial ambil baby, dengan menahan sakit sebab katil agak tinggi. susah nak turun. takde bantuan pun.

Kemudian, kami diterangkan proses semasa kelahiran. Apa yang doktor akan buat dan apa yang doktor nak kami buat dan apa yang dilarang buat masa proses kelahiran. Disebabkan hospital ni father friendly, memang digalakkan ayah membantu ibu semasa di labor room. Tapi sila jangan mengacau doktor dengan ambil gambar atau sibuk-sibuk nak tengok masa baby keluar ye. Bantu ibu aje. Oh, kamera adalah dilarang sama sekali dilabor room.

Selain itu, diterangkan juga tentang perancangan keluarga. Ini adalah supaya ibu cepat recover sebab kalau cepat sangat mengandung semula, ibu mungkin akan menghadapi masalah. Selepas itu, acara paling best sekali iaitu exersice. sebabnya dapat baring. laughing Encik hubby, dapat duduk di sebelah sahaja. Tak boleh baring ye. Best sebab dapat belajar practical dan doktor memang tengok sama ada kita buat tu betul atau salah.

Masa baring tu hubby betulkan sket tudung dan baju supaya kelihatan lebih sopan. Terasa perut saya sorang je yang kecik sket sebab orang lain dah 8 bulan. Selalu rasa bangga dan seronok bila hubby tegur atau betulkan pakaian, sebab nampak dia menjaga aurat isteri dia. Tak tau nak cakap camna tapi selalu rasa berbunga-bunga je hati bila dia tegur tentang pemakaian atau betulkan pakaian. love struck Ok, out of topic.

Lepas habis, kami pergi mothly check-up pula dan shopping lagi tongue . Entry lain la pula cerita pasal check-up ye. Macam dah panjang sangat je membebel.

p/s- terlupa pula. nurse bagi nasihat, lepas keluar hospital, bila dah sampai rumah tu minta hubby beri rekod kesihatan ibu dan anak di klinik kesihatan yang terdekat. nanti nurse akan datang rumah untuk pantau kesihatan ibu dan anak. kalau ada masalah pasal breastfeed pun boleh tanya. Kalau tak bersalin hospital kerajaan pun takpe. yang oenting kena ada rekod kesihatan ibu dan anak masa mengandung dan delivery.