Feb 07

Persediaan penyusuan sejak dari hamil..

Assalamualaikum..

Ada ibu-ibu yang marah bila ada yang keluar kenyataan semua ibu mesti dapat menyusukan bayinya atau bila keluar isu tiada istilah tak cukup susu. Saya yakin Allah jadikan manusia ni sangat unik dan terselit pelbagai kebaikan dan hikmah dalam setiap kejadiannya. Memang ada ibu-ibu yang tak dapat menyusukan kerana masalah-masalah tertentu. Tapi kita diminta berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap apa yang kita lakukan sebelum mengalah tak kiralah semasa study, masa bekerja untuk menjadi ibu, menjadi seorang hamba Allah yang taat dan dalam segenap kehidupan. Hanya Allah yang tahu sama ada kita dah betul-betul berusaha atau masih ada lagi yang belum kita cuba. Wallahualam.

Saya cuma kongsikan dari pembacaan dan pengalaman saya. Selepas segala usaha, mungkin anda perlu merujuk kepada yang lebih pakar sekiranya masih ada masalah. Bagi saya persediaan untuk menyusu ni bermula sejak hamil. Bagaimana?

1. Setkan niat dan azam

Setkan niat dan azam untuk menyusu sejak dari hamil. Sentiasa berfikiran positif bahawa anda akan dapat menyusukan anak. Menyusukan anak adalah salah satu suruhan Allah.

Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya. Apabila kedua-duanya ingin memberhentikan (sebelum cukup tempoh dua tahun) dengan kerelaan kedua-duanya dan melalui perbincangan, maka tidak ada dosa bagi kedua-duanya.”
Al-baqarah, 233

Saya tak berapa pandai bahasa arab, tapi pernah dengar seorang ustazah kata, ayat ni ayat arahan sebenarnya. Cuma mungkin bila kita baca dalam bahasa melayu tak macam arahan sangat. Dalam bahasa arab kan ada fe’el mardhi, fe’el amar. Saya pun tak berapa tahu. Jadi, bila arahan kena buat sedaya-upaya macam solat, puasa etc. Tapi ayat tu disambung dengan sedikit keringanan iaitu kalau nak berhentikan penyusuan (kalau ada masalah tertentu) boleh berbincang sesama suami isteri dan lepas bincang dan rasa itu keputusan terbaik maka takde dosa. (Jadi kalau tak bincang dan buat keputusan tak nak menyusu adakah berdosa? Wallahualam. Kena tanya pada yang pakar.)

Pilihan kedua kalau tak boleh menyusu adalah memilih ibu susuan. Tapi kena hati-hati juga,

Imam Ali bin Abi Thalib a.s berkata :
Hati-hatilah kalian dalam memilih ibu susu untuk anak kalian kerana air susu yang diminumnya akan mempengaruhi jalan kehidupannya. [12]

Jadi, pilihlah ibu susuan yang beriman kerana ia salah satu faktor yang mempengaruhi selain dari didikan ibu bapa tersebut sendiri. Dan juga untuk menjaga keturunan. Takut nanti bila dah besar terkawin dengan saudara susuan pula. Cuma sekarang ni sebab dah banyak sangat dimomokkan dengan susu formula, jadi mungkin tekad kita tak cukup kuat sebab dalam minda dah ada, ‘takpe, nanti beli susu formula sebagai back up in case kalau tak cukup susu’.

2. Ikuti kelas penyusuan

Ramai yang rasa menyusu adalah perkara semula jadi. Walau bagaimanapun, di zaman serba mencabar ni dengan ibu yang bekerja dan pemakanan yang tak berapa sihat (junk food, fast food, makanan tin, perasa pewarna tambahan dll) penyusuan susu ibu jadi mencabar dan ramai yang mengalami masalah di tengah jalan.

Jadi sebaiknya pergi la kelas penyusuan semasa hamil. Boleh pergi ke hospital dan klinik kerajaan untuk dapatkan secara percuma. Tapi saya lebih galakkan pergi yang berbayar yang mana speakernya kaunselor laktasi. Memang terasa berbeza. Memang doktor dan nurse pun diberi pengetahuan susu ibu tapi doktor pun ada doktor biasa dan ada doktor yang pakar dalam bidang tertentu. Bila berjumpa dengan kaunselor laktasi, yang memang pakar dalam bidang penyusuan tentulah berbeza.

Masa Muadz dulu saya pergi kelas berbayar dianjurkan oleh susuibu.com bersama suami. Memang best. Diajar pegang bayi, cara perah susu secara manual, kenapa sokongan suami & keluarga penting, dan macam-macam lagi. Perbincangan pula secara 2 hala. Rasa memang sangat berbaloi pegi walaupun berbayar. Alhamdulillah, masa tu pergi dengan suami jadi suami pun dapat ilmu sekali dan menyokong sepenuhnya. Berbeza dengan klinik kerajaan yang saya pergi masa anak kedua ni, kelas dihadiri oleh ramai ibu jadi komukasi hanya sehala. Dan banyak diberikan teori2 sahaja. Tiada perbincangan dan suami tak boleh join sekali ya. Jadi, kalau mampu cubalah hadiri kelas berbayar bersama suami.

3. Tambah ilmu penyusuan.

Selain kelas boleh tambah ilmu dengan search internet dan ikuti forum2. Malah sekarang ni dah banyak blog tulis tentang penyusuan. forum pun ada. Bila kita banyakkan membaca, boleh baca pengalaman ibu-ibu yag hadapi masalah dan boleh tahu cara nak atasinya.

4. Amalkan pemakanan sihat. 

Insya Allah bila kita amalkan pemakanan sihat semasa hamil dan semasa menyusu, badan akan lebih mudah untuk menghasilkan susu. Kita pun lebih sihat dan kurang letih. Pastikan keperluan kalsium dan juga protein dalam badan mencukupi. Saya pilih untuk ambil supplemen Shaklee kerana dah rasa perbezaan bila tak ambil supplemen mahupun bila ambil supplemen lain. Terpulang pada anda memilih cara tersendiri.

5. Simpan nombor telefon peer kaunselor

Kadang-kadang walaupun dah banyak membaca tapi bila bayi lahir mungkin kita akan hadapi masalah untuk menyusukan. Kalau nak telefon pakar laktasi boleh juga tapi biasa mereka cas bayaran sebab menggunakan khidmat kepakaran mereka. Peer kaunselor ni pula ibu-ibu yang volunteer menjadi rakan ibu untuk membantu penyusuan. Mereka diberi latihan khas dan ada ikuti kursus2 tertentu.

Jadi, simpan nombor telefon peer kaunselor berdekatan anda. Saya sendiri masa muadz ada telefon dan minta peer kaunselor datang sebab saya rasa cara saya pegang bayi semasa menyusu tak betul. Saya risau bayi tak dapat susu secukupnya. Lebih-lebih lagi bila pegang tangan kiri untuk susukan yang belah kiri, rasa kekok sangat. Dan tak tau nak letak tangan bayi kat mana sebab rasa tangan bayi menghalang mulut bayi untuk sampai ke payudara. hehehe. Kelakar je rasa.

Peer kaunselor datang tengok cara saya pegang dan betulkan sikit2. Dia juga ajar position kalau nak menyusu baring, siap anak dia yang 5 tahun tu jadi model lagi. Kemudian, dia juga bantu sebab saya kata sakit masa pam pakai medela FS. Alhamdulillah. Bersyukur dapat bantuan ibu ini.

6. Banyakkan berdoa

Sentiasa berdoa dipermudahkan proses penyusuan. Allah itu sangat baik. Dia suka dengar kita berdoa dan merayu padaNya. Dia suka dengar suara hamba-hambaNya. Jadi dekatkan diri kepada Allah ya. Sesungguhnya Dia Maha Pemberi Rezeki.

Mungkin banyak lagi persediaan yang anda boleh lakukan dari segi minda, emosi, fizikal dan lain-lain.

Selamat menyusukan bayi anda!! Semoga bayi anda dapat yang terbaik.

Feb 05

Pemakanan ibu menyusu…

Assalamualaikum..

Adakah makanan yang tidak boleh diambil oleh ibu menyusu?

SERINGKASNYA, NO – TAK ADA APA
Makanlah apa yang ibu suka makan. Malah, jika anda makan makanan favourite dengan rasa gembira dan mengekalkan mood itu hingga waktu menyusu atau memerah, besar kemungkinan milk production anda akan turut meningkatkan secara semulajadi. Ini kerana, mood dan emosi mempengaruhi production ibu.

Tentunya susu anda susu yang berkualiti walau apapun yang anda makan, kerana susu dihasilkan bukan melalui diet anda. Tetapi ini bukanlah bermaksud ibu2 boleh makan apa sahaja makanan bergula, berkanji dan makanan yang “sedap tetapi tidak sihat”. Ini kerana makanan berkanji, bergula akan menghasilkan “empty calories” Dan dalam masa yang sama, kelenjar mamari (kelenjar utk menghasilkan susu) akan menggunakan semua vitamin, mineral dan protein dari kalori “kosong” tadi utk keperluan penghasilan susu.Anda akan hanya merasa letih dan “used up” tetapi berat tidak akan berkurangan dek penggunaan kalori tadi. Malah akan bertambah berat

Seorang ibu akan menghasilkan 600-1000 ml (20-35 oz) dalam masa 24 jam ~ bergantung kepada umur, saiz dan permintaan dari bayi. Dan setiap 1000 ml susu yang terhasil akan memerlukan 1000 kalori untuk tenaga dalam susu dan tenaga ini digunakan untuk menghasilkan susu. Ini belum dihitung kalori yang diperlukan utk tenaga oleh tubuh si ibu. Dan ingat ya, bukan semuanya di dapati dari diet si ibu, sesetengahnya di dapati dari simpanan lemak di dalam badan ibu semasa mengandung. :-)

Saya ingin tekankan sekali lagi bahawa amaun makanan dan apa jenis makanan yang di ambil oleh ibu tidak sesekali akan mempengaruhi kuantiti mahupun kualiti susu yang dihasilkan. Dalam erti kata lain “minum air banyak untuk hasilkan susu banyak atau harus makan banyak untuk banyakkan susu”. Tidak sesekali dan tiada kaitan. :-)

Semasa menyusu, badan ibu memerlukan lebih protein dan kalsium. Dengan mengambil makanan yang sihat dan baik adalah “hadiah” buat diri sendiri sebenarnya. :-) Mengambil makanan mengikut piramid makanan membantu anda mengetahui jenis2 makanan yang perlu di ambil dalam setiap hidangan.

Susu ibu walau bagaimanapun, tetap yang terbaik, bernutrisi dengan tahap imun yang tinggi walaupun anda tidak mengamalkan pemakanan yang sempurna. Apalagi jika anda mengamalkan pemakanan yang sempurna. Pengambilan vitamin dan supplemen adalah sokongan kepada pemakanan yang tidak seimbang dan membantu kesihatan ibu dan menyumbang pada peningkatan taraf hidup secara keseluruhan.

Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin sendiri akan meningkatkan kepekatan darah si ibu maka sebab itu la si ibu perlu mengamalkan pengambilan air kosong yang seimbang dan tidak kurang 3L sehari jika amalkan vitamin.

ALAHAN DAN BAYI
Dalam sedap-sedap ibu makan tu, kena juga perhatikan sama ada anak yang disusui ada  mengalami alergic terhadap makanan tersebut. Selalunya tidak. Namun, kalau dah setiap kali makan, memang anak tunjukkan tanda alahan seperti naik ruam, cirit birit dan sebagainya, jadi kenalah hindarkan makanan tersebut. Ikan yang biasanya mengadungi kandungan merkuri tinggi juga harus dielakkan sama ada ibu menyusu atau mengandung lagi. Samalah juga dengan makanan-makanan yang sejuk atau berangin. Ada sesetengah bayi akan cepat kembung selepas menyusu jika ibunya makan makanan berangin.

Protein mampu disalurkan pada bayi melalui susu ibu. Jadi, jika anak alah pada protein lembu, ibu pun perlu pantang protein lembu. Juga kekacang jika memang ada sejarah keluarga yang alah. Untuk mengetahui, boleh test sendiri dengan kadar yang sedikit atau jumpalah doktor. Pastikan anda catat keadaan anak supaya senang nak beritahu doktor dan elakkan makanan tersebut.

ADA KESAN TAK KALAU IBU MENYUSU AMBIL SUPPLEMEN?
Yang PASTI khasiat dan kecergasan dari pemakanan vitamin akan dapat dinikmati oleh ibu.

Vitamin B Complex dan Vitamin C adalah jenis larut air. Jadi, ia boleh meningkatkan kuantiti susu sehingga satu tahap. Namun, lepas tu, kalau kita up pun Vitamin C tu, tak adalah kuantiti susu akan turut bertambah. Kekerapan menyusu dengan betul dan efektif yang akan membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Vitamin larut lemak iaitu Vitamin E & A perlu dikawal dan mengikut sukatan yang betul. Ini kerana ia memberi kesan pada susu manusia dan boleh memudaratkan bayi jika berlebihan.

Kalau ibu tu tak ambil daging sebab vegeterian, sebaiknya tambah vitamin B 12 dalam diet.

Rujukan ini adalah dari www.kellymom.com

KOMPOSISI SUSU IBU
Jadi, memanglah pengambilan supplemen akan mempengaruhi komposisi susu ibu walaupun hanya minor. Namun, susu ibu tetap yang terbaik berbanding susu formula tidak kira ibu mengambil supplemen atau tidak dan tidak kira  ibu mengambil pemakanan yang seimbang atau tidak.

VITAMINS

The amount and types of vitamins in breast milk is directly related to the mother’s vitamin intake.  This is why it is essential that she gets adequate nutrition, including vitamins.  Fat-soluble vitamins, including vitamins A, D, E, and K, are all vital to the infant’s health.  Water-soluble vitamins such as vitamin C, riboflavin, niacin, and panthothenic acid are also essential.  Because of the need for these vitamins, many healthcare providers and lactation consultants will have nursing mothers continue on prenatal vitamins.

Rujukan ini adalah dari http://www.americanpregnancy.org

Jadi, jangan jadikan alasan untuk tidak menyusukan anak kita kerana kita tak sunggup berjauhan dengan makanan kegemaran kita atau tak mampu beli supplemen. Anda tetap dapat menikmati makanan kegemaran anda dan menyusukan bayi dengan gembira.

Supplemen pula membantu supaya kita boleh fokus, mengawal stress dan cergas sepanjang masa.  Jadi, tak adalah alasan tak nak pumping. Jangan cari alasan tapi carilah punca dan jalan penyelesaian pada setiap masalah kita.

sumber : MamaQaireenSarakids

Saya memilih untuk mengambil supplemen Shaklee. Anda bagaimana?

Jul 22

WHI – Benarkah susu ibu boleh tercemar?

Assalamualaikum..

Berkongsi topik Wanita Hari Ini bertarikh 20 July 2011 yang dicatat oleh Kak Hana. Terima kasih kak.

Tajuk WHI hari ini adalah : Benarkah susu ibu boleh tercemar?
Panel jemputan:

Dr. Norashikin Muhd Fuad- Pakar O&G Hospital Sungai Buloh
Pn. Kamariah bt Mohd Alwi – lactation Consultant (also my sifu)
Dynaz – celebrity dan owner DNA

Ibu cuba catat apa yang ibu ingat (sebab time on air tadi, fawwaz nak menyusu pulak, so, ibu cuba gunakan kapasiti hard drive otak ibu ni untuk recall balik isi kandungan topik WHI tadi.

antara soalan yang dikemukakan..

Adakah susu ibu boleh tercemar?
Susu ibu kalau tercemar pun sangat minima.
Ini kerana susu ibu adalah susu HIDUP, manakala susu formula adalah susu mati.
Maknanya dalam susu ibu ada antiviral, antifungal dan antibakteria yang akan melawan viral, bakteria dan fungal dari luar. Even susu ibu kalau dibiarkan tidak bertutup pun, boleh bertahan lama..

Ubat-ubat yang boleh menyebabkan susu tercemar..
Dr. Norashikin menyatakan bahawa ubatan dalam kemoterapi sahaja boleh memberi kesan kepada susu ibu.. ubatan yang lain tidak memberi kesan kepada susu ibu. Ini kerana setiap apa yang dimakan untuk ibu akan ditapis sebelum disalurkan kepada susu ibu. So, kalau demam, selesema, takde masalah untuk ambil ubat-ubatan.

Payudara adalah steril
Pn Kamariah menjelaskan bahawa payudara adalah tempat paling steril. Disebabkan itu semua ibu digalakkan untuk menyusu secara terus dari payudara setaip kali bersama bayi. Ini kerana, ‘askar-askar’ dalam susu ibu aktif jika keluar dari payudara.. so askar-askar itu akan memberi pertahanan kepada sistem tubuh bayi.
Ini berbeza bila susu yang disimpan. Askar2 tersebut akan tidur dalam suhu yang rendah, bila dipanaskan, mereka perlu berlawan dengan bakteria2 yang telah muncul dalam susu ibu. Namun begitu bakteria itu tidaklah memberi kesan kepada bayi kerana askar2 dalam susu ibu sedang berperang dengan bakteria tersebut (yang ni ibu qouote kata2 Pn Kamariah time kursus MBfPC hari tu)

Susu ibu basi?
Susu ibu tidak akan basi. Susu ibu tidak akan bertukar jadi keju (kata puan Kamariah lagi)..
Susu ibu hanya akan tercemar jika semasa memerah ibu tidak mencuci tangan dengan sempurna, bekas yang digunakan adalah tercemar. maka, tercemarlah susu tersebut.

Susu ibu pelbagai rasa..
Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza. Ia mengikut menu ibu pada hari tersebut. Kalau ibu makan durian, baby pun akan merasa susu durian,. kalau ibu makan petai, susu pun akan berperisa petai.
Sebenarnya itulah uniknya susu ibu, kerana bayi yang menyusu susu ibu telah bersedia dengan pelbagai rasa sebelum memulakan solid food. Maka bayi yang menyusu selalunya tidak memilih makan sebab dari baby lagi telah diperkenalkan dengan pelbagai perisa.
Kenyataan ini disahkan oleh Dyna kerana anaknya Khyra, tidak memilih makanan. Dia makan apa yang orang lain makan.

Susu ibu boleh bertukar warna
Betul! Ikut apa yang ibu makan. Kalau hari tu ibu banyak makan sayur hijau. warna susu pun berwarna kehijauan gitu.

Nak kuruskan badan.. BF saja
Pengakuan dari Dynaz.. Sebab setiap kali kawan dia tnaya macam mana dia boleh kuruskan badan dengan cepat.. jawapan dia 1 jer : menyusulah anak anda.
Dan suka sangat dengar Dynaz bercerita tentang dunia BF dia, macam mana Khayra appreciate susunya, bonding yang diceritakan sangat jujur.

Majikan perlu bagi sokongan

Sebelum menutup tirai Dr. Norashikin menyeru kepada semua majikan agar menyokong penyusuan susu ibu.. Ini kerana ia boleh meningkatkan mutu kerja pekerja kerana kurang mengambil cuti disebabkan anak jarang sakit. Selain itu beliau juga menyeru agar para majikan boleh menyediakan tempat khas dan juga 2nd hand fridge untuk pekerja yang menyusukan anak.
Selain daripada itu Dynaz juga ada bercerita tentang cara-cara untuk handle EBM.. Dia menggunakan cooler bag dan icepack yang tahan sehingga 16jam. Dan dia juga menyatakan sebagai seorang selebriti dia rasa amat bertanggungjawab untuk sebarkan maklumat tentang Bf. Dia juga berharap agar BF akan menjadi satu trend kepada ibu-ibu. Bila dah jadi trend, semua orang akan memilih untuk BF.
Apa lagi yer? Ibu try tengok kat tonton.com, tapi belum upload lagi episod hari ni.
May 26

Bahaya air masak pada bayi bawah 6 bulan

Assalamualaikum…

Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.
Continue reading

May 05

Tips pujuk bayi suka menyusu sebelah payudara sahaja

Assalamualaikum..

Proses memujuk dan melatih bayi untuk menerima payudara yang tidak digemarinya memerlukan kesabaran dan kesungguhan. Jangan sesekali memaksa bayi untuk menerima dan menyukai payudara bermasalah dalam masa singkat.

Mulakan dengan sentuhan kulit ke kulit antara bayi dan anda. Biarkan bayi meneroka tubuh agar dia dapat mengenal dan mengecam bau anda. Proses ini harus dilakukan sekerap mungkin.
Continue reading

Mar 31

Sebab susu merudum

Assalamualaikum…

Maaflah, lama tak berupdate blog ni. Agak sedikit sibuk kebelakangan ini. huhu. Asyik cerita cara nak upkan susu, apa kata kali ni kita tengok pula faktor-faktor yang boleh menyebabkan susu merudum atau berkurangan.

  • Tidak mengosongkan payudara dengan betul dan kerap. Ini dah memang asas penyusuan. Kena kerap kosongkan payudara. Buatlah macam-macam cara untuk upkan susu pun tapi kalau benda paling asas ni tak buat makin lama akan makin berkurangan.
  • Kurang minum air masak. Bukan air yang manis-manis tu, air masak yang kena minum banyak. Sekurang-kurangnya 2 liter sehari ye.
  • Stress. Yup, bila kita stress boleh tengok hasil pam berkurangan. Saya pernah pam dapat 2oz je sedangkan sebelum tu tak pernah sampai macam tu.
  • Pengambilan makanan yang kurang berkhasiat. Bila makanan yang diambil kurang berkhasiat automatik tahap kesihatan ibu pun berkurangan, maka susu pun akan mula berkurangan. Kalau tak dapat penuhi piramid makanan, boleh ambil supplemen untuk mendapatkan khasiat sepenuhnya.
  • ibu tidak sihat. biasanya bila ibu tidak sihat, hasil pengeluaran akan sedikit berkurangan daripada biasa. sebab ibu pun tak larat kan.
  • Mengandung. Biasanya apabila mengandung susu ibu akan berkurangan disebabkan oleh hormon semasa mengandung.

Apa lagi ye? Setakat ni, itu je yang terfikir. siapa nak tambah silalah komen untuk menambah senarai yang ada di atas ya.

Mar 10

Rahsia Stok Susu Banyak

Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsi tips membanyakkan stok susu dari puan Sarakids. Semoga kita dapat sama-sama manfaatkan.

  1. Mula memerah dari hari ke-4 selepas kelahiran.
    Ini bergantung kepada pada hari keberapa susu matangnya keluar. Semasa awal kelahiran dan susu masih dalam colostrum form, susukan bayi sekerap yang mungkin. setelah susu matang keluar, dah boleh mula memerah susu selepas bayi tidur selama 3 jam sekali. Jika bayi terjaga dalam semasa memerah, utamakan bayi. Berhenti memerah dan susukan bayi terlebih dahulu. Setelah selesai, barulah sambung semula.
  2. Tidak memberikan anak susu perahan semasa tempoh berpantang dan hanya menyusukan secara terus.
    Stok susu yang disimpan hanyalah untuk kegunaan jika ada perpisahan sementara dgn bayi (bekerja, keluar sebentar dan lain2). Bayi tidak didedahkan dengan botol susu seawal 50 hari kelahiran bayi.
  3. Percaya pada konsep supply and demand.
    Semakin banyak saya mengosongkan payudara, semakin banyak susu dihasilkan. Susu tidak akan dihasilkan semula jika tiada permintaan dari bayi.
  4. Setiap kali memerah susu di sebelah kanan, pakai milk collecter/milk collection shell di sebelah kiri. Begitu juga sebaliknya.
    Semasa kita menyusukan bayi, atau memerah, selepas beberapa ransangan oleh bayi atau pam, hormon oksitosin (hormon yang memancutkan susu) akan dibebaskan ke dalam darah ke kelenjar susu. hormon ini akan meransang semua otot di sekeliling payudara untuk memancutkan susu secara tiba2. Ia dipanggil Let Down Reflex atau Milk Ejection Reflex.Susu yang terhasil semasa Let Down Reflex adalah lebih CAIR kerana minit2 pertama menyusukan anak, susu yang terhasil adalah FOREMILK, yang mana susu ini lebih tinggi kandungan air, rendah protein dan rendah lemak. Susu inilah AIR untuk menghilangkan dahaga bayi. Itu sebabnya, sepanjang 6 bulan pertama umur anak, mereka tidak perlukan AIR MASAK kerana dah ada air di dalam susu ibu itu di awal2 penyusuannyn.
  5. Displin dalam penyusuan.
    Bila ckp pasal displin, ianya melibatkan diri sendiri. Cara mengurus penyusuan. Waktu memerah. Tidak skip waktu memerah. Memerah 3 jam sekali. Kalau tinggalkan stok susu untuk anak 12 oz (waktu siang), ibu seharusnya membawa pulang sekurang-kurangnya 12 oz atau lebih. Andaikata mmg hari tersebut terlalu sibuk, ibu seharusnya mengganti waktu memerah waktu malam (bangun malam) supaya tiada stok NEGATIF (contoh: anak minum 13 oz, ibu bawa balik 10 oz, ibu digalakkan bangun malam untuk mendapat lagi 3 oz).Kunci: Jangan LEKA, jangan LALAI.
  6. Pengurusan EBM yang betul
    Ini penting untuk memastikan stok susu cukup sehingga penyusuan boleh berlangsung selama 2 tahun.Saya menerima banyak kes, pengasuh/ibu/ibu mertua meminta susu lebih kerana anak tak cukup susu. Contoh: Ada yang minum sampai 18-20 oz waktu siang (ibu bekerja) sedangkan ibu hanya boleh bawa pulang 15 oz (memerah secara konsisten). Kalau begini, setiap hari negatif, stok susu 1 peti pun akan habis cepat.

    Latihan yang berterusan kepada individu yang ingin menjaga anak-anak amat penting.

    Beritahu pengasuh, ibu, pembantu rumah:
    Keperluan susu ibu untuk anak sejak 1 bulan hingga 6 bulan adalah SAMA dan TIDAK BERUBAH.

    Malah, selepas umurnya 6 bulan, keperluan susu nya makin berkurang kerana bayi perlu belajar makan :-) 2-3 oz sekali minum, dan dalam 5- 6 kali sepanjang siang, dan tidak lebih dari itu!

    Ketahuilah, perut bayi dari 1-6 bulan adalah sebesar telur puyuh dan dia kenyang bila minum amaun yang ditinggalkan oleh ibu.

    Saya faham, kadang2 sukar untuk memberitahu ibu/pengasuh tentang hal ini, kerana mereka seringkali berkata “baby mcm nak lagi, tak cukup 3 oz. dia asyik menangis mcm nak menyusu”, tetapi kita cuba pendekatan lain. Beritahu ibu, pengasuh, susu untuk bayi adalah cukup dan anak telah kenyang. Mungkin dia mahukan perhatian, dia mahu bermain dan bosan ditinggalkan seorang diri, dia mahu didukung dan lain2. Mungkin boleh provide flash cards, rattle dan toys atau dukung bayi.

    Anda lebih kenal ibu/pengasuh/pembantu rumah anda. Cari cara yang terbaik untuk menyampaikan mesej ini :-)

    ** Kadangkala, lebih baik menjadi sedikit ‘kedekut susu’ daripada anda beri ikut corak yang diminta oleh pengasuh – bimbang jika kita terlalu mengikut, lama kelamaan bukit yang ditarah hari kehari akan menjadi gondol dan stok susu HABIS kesemuanya dan end up terpaksa mengalah pada susu formula. Saya tak mahu itu terjadi jadi kita harus manage betul2 stok susu.

    Dan, itu antara RAHSIA bagaimana ibu berjaya menyusukan sehingga umur anak 2 tahun.

  7. Makan makanan penambah susu
    Ini adalah salah satu alternatif jika ibu mahu menambah susu (provided jika anda menyusu sepenuhnya dan memerah susu mengikut jadual anda).
  8. Doa yang tidak putus.
    Baca surah Hujurat dan sapukan kedua2 payudara. Surah Al-Baqarah ayat ke 60 juga membantu. Doa, semoga penyusuan kita dipermudahkan.
  9. Percaya pada diri. Redha.
    Bertenang dan bersabar jika ditimpa dugaan semasa dalam tempoh menyusukan. Sentiasa berfikiran positif. Kita menyusukan anak untuk anak kita, bukan sebab terpaksa, atau trend atau hina atau untuk membandingkan dengan sesiapa. semuanya kerana Allah.
  10. Berjumpalah dgn rakan2 yang menyokong penyusuan susu ibu. Supaya kita lebih bersemangat waja dalam misi kita happy

Dulu saya dapat simpan 5-6 oz sehari. Sekarang ni macam dah tak cukup. Cukup-cukup untuk sehari je. Jadi, apa yang saya buat. Saya simpan juga 5-6 oz sehari dan gunakan frozen EBM untuk bekal anak. Maknanya anak saya akan dapat 4 fresh EBM dan 2 frozen EBM.

Jadi, tidak membazirlah EBM yang lama dan berterusanlah frozen EBM anak saya. memang sebaiklah bagi yang fresh sahaja tapi nak buat macam mana. Kalau tak buat macam ni, makin lama habislah stok susu saya terpaksa dibuang bila expired dan tiada stok baru.

Sebelum ni tak perah pada hujung minggu (sungguh bukan contoh yang baik tongue ). Sekarang ni bila sempat, saya akan perah juga di hujung minggu untuk dijadikan bekalan muadz atau dijadikan stok. Lagipun sekarang ni Muadz dah pandai main sorang-sorang, so sempat la juga nak curi-curi memerah di masa lain.

Mar 07

Doa membanyakkan susu

Assalamualaikum…

Kadang-kala kita terlampau sibuk mencari-cari benda untuk memperbanyakkan susu sampai terlupa kepada Yang Memberi Rezeki. Sedangkan kepada Dialah yang layak kita minta. Walau macam mana pun kita usaha tetapi kalau Allah tak izinkan maka tentunya tiada rezeki di situ.

Jadi, di samping memahami dan mengamalkan konsep asas penyusuan (kerap kosongkan payudara dan minum air masak 3L sehari) dan mengambil makanan penambah susu (sama ada makanan semula jadi seperti kurma atau supplemen), apa kata kita check juga hubungan kita dengan Allah.
Continue reading

Mar 03

Power pumping

Assalamualaikum

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Kalian jgn igt sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

sumber : Nurul Dhia

Feb 09

Latih anak minum guna botol

Assalamualaikum…

Ada sesetengah bayi yang bermasalah untuk minum pakai botol walaupun minum susu ibunya sendiri yang diperah. untuk melatih bayi, memang perlukan kesabaran. sebaik-baiknya latih 3 minggu sebelum anda mula bekerja. elakkan mula terlalu awal untuk mengelakkan berlaku nipple confuse dan bayi menolak terus untuk menyusu dengan ibu.

Sebelum mulakan latihan perlu persediaan dulu. Antara persediaan yang perlu dibuat.

  • Beli botol dan puting yang menyerupai B ibu. Kini terdapat banyak produk yang sesuai untuk penyusuan susu ibu. Antaranya tommy tippee, NUK, MAM. Personally, saya sukakan Tommy tippee sebab bentuk putingnya yang lebar dan pendek, macam bentuk B.
  • Sediakan puting flow paling perlahan. Tak kira berapa usia bayi, apabila menggunakan flow paling perlahan bayi akan terpaksa berusaha menghisap sepenuh hati sama seperti ketika minum direct dari ibu.
  • Pada permulaan, sediakan cuma 2 oz susu dan tambah setiap 0.5oz sekiranya bayi masih lapar. Susu ibu tidak sama seperti susu formula. Cuma sedikit kuantiti diperlukan untuk bagi bayi kenyang.
  • Jangan paksa bayi. Sekiranya bayi tidak mahu, cuba lagi lain kali. Dengan memaksa, bayi akan lebih menolak untuk minum dari botol.
  • Sebaik-baiknya minta bantuan orang lain beri bayi susu. Jauhkan ibu dari bayi kerana bayi boleh ‘bau’ ibunya yang menyebabkan dia menolak botol.

Sampai sekarang Muadz masih guna yang ini.

Ok. dah bersedia dari segi mental dan emosi? Untuk permulaan, bagi susu fresh yang baru sahaja diperah. Lepas perah cuba bagi bayi minum sekali sehari selama 3-4 hari. Bila bayi ok, cuba pula bagi susu perahan yang dah disejukkan dalam peti ais dan dipanaskan.

Sebaiknya elakkan guna susu beku. susu tersebut boleh dijadikan stok di masa hadapan. Bayi yang masih kecil memerlukan khasiat sepenuhnya dari susu ibu segar. Selepas seminggu, boleh gantikan pula dengan 2 kali susu perahan sehari. Dan pada minggu ketiga, beri susu perahan 3 kali sehari.

Semasa beri bayi minum guna botol, saya tarik sedikit botol supaya bayi terpaksa tarik dan hisap puting tersebut. Selepas dua tiga teguk saya tarik bagi dia rehat sedikit kemudian hisap lagi.

Semoga berjaya!

Feb 07

Bila bayi nak tumbuh gigi

Assalamualaikum…

Lately ni Muadz asyik demam. kejap demam kejap ok. Rasanya nak tumbuh gigi. Makan pun kurang. asyik nak menyusu je. bagi teether tak mau pula gigit. cuma nak gigit2 jari dia je. Semalam satu hari meragam. agaknya tak selesa kot. Hari ni saje cari pasal baby nak tumbmuh gigi. Ni amik dari website PAMA
Continue reading

Jan 17

Perlukah Susu Lain Selepas 2 Tahun?

Perlu sangat-sangat-sangat. Entri kali ini saya nak cuba sedarkan masyarakat tentang pengambilan susu selepas terputusnya susu badan bagi ibu yang sudah pun selesai 2 tahun penyusuannya. Sesetengah pendapat mengatakan tidak perlu bergantung kepada susu sahaja kerana kalsium boleh juga di dapati daripada sumber makanan seharian tetapi bagaimana pula anak yang susah nak makan?

First, saya ucapkan terima kasih kepada mommylina kerana mengupas isu ini dengan lebih mendalam dan saya harap selepas ini ibu-ibu akan lebih jelas dengan misi mereka selepas 2 tahun.
Continue reading

Dec 21

Susu bertambah dengan ESP

Assalamualaikum..

Sejak berpindah office, hasil mengepam pun semakin berkurang. yelah, dulu dapat pam 4 kali sehari. Sekarang 3 kali sahaja. Setiap kali pam, hasil pun dah kurang. kalau dulu sekali pam boleh dapat 10oz atau lebih. Tapi sejak pindah ke office baru, dapat 5oz atau 6oz je.

Untuk bekal muadz ke taska terpaksa ambil stok dari peti ais atas. Saya start tambah Alfalfa dari 2biji sehari ke 4 biji sehari tapi macam tak banyak beza. Tak lama lepas tu saya order pula ESP. Dulu memang pun dah ada beli tapi dah habis. dan ambil masa yang agak lama nak beli semula kerana ada sedikit masalah kewangan.
Continue reading

Oct 28

Growth spurt?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semalam Muadz dah genap 6 bulan exclusive breastfeeding. boleh kira exclusive ke? selain dari masa awal-awal Muadz minum susu formula sket, lepas tu semua alhamdulillah, minum susu ibu sepenuhnya.

Hari tu macam beriya nak bagi dia makan tapi macam tak sempat pula. so maybe lambat sket la muadz start makan. (sudu muadz pun takde lagi tongue ) kat rumah memang takde sudu plastik so kena juga beli sudu untuk muadz.
Continue reading

Oct 25

Anak lapar, susu tak cukup

Assalamualaikum…

Ramai sangat yang cakap rasa susu tak cukup dan anak sering lapar terutama sekali semasa dalam pantang. Tapi tahukah, bila kita setkan mind kita bahawa susu mungkin tak cukup maka itulah yang kita rasakan. Tapi sebenarnya perut baby sangat kecil. baby yang baru lahir, perutnya hanyalah sebesar buah cherry. sanggup ke kita sumbat susu banyak-banyak kat dia? dan disebabkan perut baby yang kecil ni maka dia cepat kenyang dan cepat lapar kembali. sebab tu kena susukan dia sekerap yang mungkin.
Continue reading