Feb 04

Mimpi mainan tidur…

Assalamualaikum…

Saje nak share mimpi malam tadi. Malam tadi mimpi dah bersalin. Pegi check-up pastu tiba-tiba doktor kata dahkena bersalin dah ni. So dengan terpinga-pinganya ikut aje la. Tapi yang peliknya memang tak sedar langsung masa melahirkan. Diberi pengsan kot. Bersalin secara c-zer. Sedar-sedar je baby dah selamat keluar dan dah minum susu formula sebab saya pengsan agak lama.

Terus nangis sebab nak sangat bersalin normal. Pastu nangis lagi sekali sebab baby dah minum susu formula. tak dapat nak exclusive breastfeed baby. then terus paksa baby minum susu ibu.. huhu. Mula-mula baby susah nak minum, lama sikit baru ok. masa bersalin tu takde siapa pun yang tau kecuali hubby. Keluar hospital terus menuju ke rumah mak. Semua orang pun terkejut sebab due lambat lagi.

Then, baru terfikir, eh, barang baby satu apa pun tak beli lagi. maternity leave pun tak apply kat office. tukang urut tak call lagi dan macam-macam lagi la. Bila terjaga terus pegang perut. Sebelum ni ada baca di sebuah forum ada ibu yang tiba-tiba baby dalam perut hilang. Sebelum tu kisah tu pun pernah masuk paper. Tapi bila dalam forum tu ada la 2-3 orang mengalami nasib yang sama rupanya. Apa yang terjadi wallahua’lam.

Hubby kata, dah tak sabar sangat nak jumpa baby la tu. Inilah akibatnya hari-hari asyik baca pasal penjagaan baby, barang-barang baby etc.   no talking  Sampai masuk dalam mimpi.

Apa-apa pun harap segalanya berjalan dengan lancar. baru dapat berita ada seorang sahabat baru melahirkan. dari bulan 12 sampai bulan 7 nanti berderet-deret ada sahabat yang melahirkan. meriah betul dengan baby.

Jan 28

Seutas gelang Zamrud – kisah sedih

Sapura menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan masak kari kapitan kepala ikan merah kesukaan suaminya. Setelah dua minggu berada di Penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang rakannya.. malam ini Fadley suaminya yang tercinta akan pulang.

Sengaja Sapura mengambil cuti kerja setengah hari. Hari ini anak anaknya Sukinah dan Rosli siang-siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu buat persiapan yang sebaik mungkin untuk Fadley.. lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu… malah tiga hari lagi genaplah tujuh tahun usia perkahwinan mereka.

Alhamdullilah. . walaupun perkahwinannya dengan Fadley mendapat tentangan hebat dari ayahnya pada mulanya.. ternyata Sapura tidak salah pilih. Ini semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa Sapura anaknya yang berkelulusan universiti.. jatuh hati dengan Fadley yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah menengah. Sapura faham.. bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu bimbang Fadley tidak akan dapat membahagiakan Sapura anaknya yang cuma seorang itu.. dengan gaji Fadley sebagai kerani. Tetapi Sapura sudah nekad. Dia tahu Fadley bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita cita dan matlamat hidup yang tinggi.

Buktinya Fadley sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan yang paling penting..Fadley menyintainya sepenuh hati. Perlahan Sapura mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang tuanya, Sapura diijab kabulkan dengan Fadley dalam majlis yang penuh ceria.

“Assalamualaikum. …..” kedengaran suara memberi salam. Sapura tersentak.

“Abang! Walaikumsalam. ..” senyumnya melebar melihat Fadley dibelakangnya. Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah ciuman singgah di dahi Sapura. “Terperanjat Pura!Bila abang masuk? Pura tak dengar bunyi pintu dibuka pun?”. “Saje aje. Nak suprisekan Pura!” Fadley membelai lembut rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung Sapura. Rasanya baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai Fadley. Mungkin Fadley beli “perfume” yang baru dari Penang , fikir Sapura.
Continue reading