Sep 07

Review Sekolah SRI Al Furqan Shah Alam

Assalamualaikum..

Dah lama nak tulis review ni sebenarnya. Tapi asyik tak sempat je. Busy memanjang. Hari ni ada kesempatan sikit. Saya sharekan sedikit pengalaman anak saya belajar ni sekolah ni. Sebelum ni dah ada cerita serba-sedikit tentang sekolah ni. Boleh klik sini untuk baca ya.

Alhamdulillah, dah nak hampir setahun pun di sekolah ni. Setakat ni sangat berpuas hati. Setiap hari balik sekolah, saya atau suami selalu sembang-sembang dengan anak, tanya apa dia buat di sekolah. Suami kata anak saya ni suka kawan dengan orang yang berusia sikit dari dia. Petang-petang selalu tgk dia duduk-duduk dengan budak darjah 3, darjah 4, darjah 6 pun ada.

Seperti sekolah lain, dalam kelas memang ada la juga budak-budak yang agak nakal sikit. Yang suka usik orang, yang suka buat perangai. Dulu pernah ada kawan ambil duit Muadz, kemudian bila beritahu muallim, budak tu tak mengaku dan muallim kata Muadz penipu. Kami agak terkejut masa tu dengan sikap muallim tersebut. Jadi, en suami buat keputusan untuk bertemu dengan guru dan guru besar.

Untuk pengetahuan, kami ada group wassap kelas tapi guru-guru tiada dalam tu. Yang ada cuma admin sekolah, guru besar, guru kanan dan guru hal ehwal pelajar. Group tersebut kebanyakannya untuk info. Jadi takde la ibu bapa yang nak manjakan anak sikit2 attach cikgu kan. hehehe. Apa-apa guru besar kata boleh datang jumpa dan berbincang. Lebih baik berbincang depan-depan, boleh faham betul2.

Bila berbincang kami cuma nyatakan akan kesal bila guru tersebut bertindak terus menidakkan kenyataan murid. Mungkin menyebabkan selepas ni murid tak mahu beritahu apa-apa pada guru sebab beranggapan guru takkan mempercayainya. Alhamdulillah, pihak sekolah mmg terbuka dengan perbincangan dan teguran. Yang penting, pada saluran yang betul.

Oh ya, satu lagi yang saya suka tentang sekolah ni, peperiksaannya takde NOMBOR!! Jadi takde yang nak tanya anak nombor berapa dalam kelas. hehehe. Yang penting anak minat nak belajar. Bukan nak banding-bandingkan. Tapi mungkin bila dah darjah 4,5, 6 ada nombor untuk bagi semangat berlumba-lumba.

Untuk pelajar lemah, ada ditawarkan kelas tambahan. Cikgu akan offer pada ibu bapa yang dirasakan anaknya agak lemah dan terpulang pada ibu bapa untuk masukkan atau tidak. Sekolah ni juga agak aktif Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Memang banyak aktiviti hasil perbincangan PIBG. Banyak ibu bapa yang bantu gerakkan program sekolah. Baguslah, xde la semua cikgu sekolah nak fikir. Kesian cikgu.

Alhamdulillah setakat ni berpuas hati sangat dengan sekolah ni. Anak yang no 2 pun rasa nak masukkan ke sekolah ni. Jadi, kena rancang kewangan dari sekarang.

P/s – tiada gambar kali ni. Tak sempat nak masukkan gambar.

Jan 16

Sekolah Intergrasi SRI Al Furqan

Assalamualaikum…

Sebelum decide masukkan Muadz ke sekolah ni, cari-cari juga info dan review tentang sekolah ni. Tapi tak berapa jumpa pula. Jadi, saje nak share kalau ada yang berminat nak cari tentang sekolah Intergrasi SRI Al Furqan ni. Sekolah ni tak berapa besar, kat deretan kedai je tapi berpagar. Jadi budak-budak tak boleh sesuka hati nak keluar ke kedai.

Masuk ke sekolah kena buka kasut dan letakkan dalam beg kasut. Jadi, kasut sekolah mmg susah nak kotor. Cuma masa hari pendidikan jasmani sahaja bermain di padang di luar sekolah. Dalam kelas ada air-cond. Tak pasti semua kelas atau untuk tahap 1 sahaja. Makanan pula disediakan untuk rehat waktu pagi dan makan tengah hari. Jadi, tak perlu berebut beli makanan atau bawa bekal. Cuma mungkin perlu sediakan roti untuk dia makan petang.

sri al furqan

Sekolah ni sekolah integrasi, maksudnya dia dah gabungkan mata pelajaran sekolah kebangsaan dan mata pelajaran deeniyah (agama). Subjek deeniyah tu pula guna silibus IKRAM Musleh. Waktu persekolahan jam 8 pagi sehingga 3.30 petang. Tapi digalakkan datang 7.30 pagi sebab ada bacaan mathurat dan solat sunat dhuha. Kalau datang lepas pukul 8 pagi baru kena tulis nama dan denda. Untuk tahap 1, diajar solat zohor jam 3 petang sehingga 3.30 petang dan terus balik. Untuk tahap 2, diajar untuk solat berjemaah di masjid berdekatan pada awal waktu zohor.

Petang pula, hari isnin-rabu ada kelas mengaji tambahan. Hari khamis ada kelas taekwando. Hari Jumaat ada kelas renang. Kelas2 ni tambahan jika ada yang mahu ambil dan di buat di waktu petang selepas sesi persekolahan.

Sekolah ni menekankan elemen akhlak, akidah dan perasaan cintakan Allah dan Rasul. Jadi, walaupun subjek Matematik contohnya, akan dikaitkan juga dengan akidah. Hari tu, guru-gurunya terangkan, kita cuba buat konsep ‘jika Rasulullah berada bersama kita, apa Rasul akan buat? Apa Rasul akan kata?’ Jadi menggunakan konsep tersebut untuk bina akhlak anak-anak.

Alhamdulillah, setakat ni berpuas hati dengan sekolah ni. (baru 2 minggu je pun masuk sekolah). Harapnya membantu membentuk anak yang soleh dan musleh. Cuma yuran agak mahal sikit. Yelah, sebab sekolah swasta, tak dapat peruntukan dari kerajaan. Untuk pendaftaran, bayar RM400 (bulan 10), sebelum masuk sekolah kena bayar lagi RM820. Ada la perincian dia. Tak ingat pula. Setiap bulan bayaran sebanyak RM420 termasuk makan. Jadi ummi ayah kena bekerja keras sikit. InsyaAllah, moga jadi saham akhirat.