Mar 10

Cloth diapering..

Assalamualaikum..

Dah balik rumah sendiri, makin busy uruskan rumah, anak-anak dan business, maka blog ni pun sedikit terabai. hehe. Alhamdulillah, sejak balik ke rumah lepas pantang, dah mula start cloth diapering Zilal. Rasa pening masa pantang sebulan setengah di rumah mak, lebih kurang 4-5 peket disposable diaper beli. Terasa sangat banyak betul duit keluar. Masa tu rasa tak confident nak pakaikan lampin basuh untuk baby. Lagipun kesian kat mak takut dia tak larat basuh. Mak basuh baju dan barang baby semua pakai tangan.

Balik rumah try cloth diaper yang ada kat rumah, yang muadz punya dulu. Sekarang Muadz dah tak mau pakai. Sejak dia 2 tahun dah pandai pilih, dia pilih nak pakai disposable diapers je. Lagipun masa tu tak fully CDing.  Masa pantang terasa banyak betul duit keluar untuk Disposable Diapers (DD) ni untuk baby dan Muadz.

Tapi bila try CD yang ada di rumah, banyak yang bocor sebab besar. Walaupun semuanya One size(boleh adjust size S,M,L) tapi still ada ruangan kat celah peha. Mungkin sebab peha dia masih kecil. Ada beberapa brand je yang fit untuk peha Zilal. Muadz dulu start masa dah 4 atau 5 bulan. Antara yang muat : lunatots, Weegro  dan babyland. coolababy kalau pakaikan 2 insert ok la tapi jadi sangat bulky.

zilal-CD

Semuanya pocket diaper kecuali weegro (AI2) sebab masa tu jenis-jenis lain tak berapa famous. Sekarang ni dah macam-macam jenama dan macam-macam jenis di jual di malaysia. Selepas tanya-tanya, ramai yang cadangkan prefold. Tapi mula-mula rasa risau nak beli, takut tak reti nak pakaikan. Tapi selepas banyak review dan cadangan kawan-kawan akhirnya saya beli 6 helai prefolds untuk cuba.

Cover weegro tu boleh guna jadikan cover. Malah Pocket CD yang lain pun boleh dijadikan cover cuma kalau basah kena tukar cover sebab dalamnya ada kain. Rasa macam lebih mudah sebab cuma perlu tukar prefold. Cover tak perlu tukar.

Tapi masa mula2 nak guna memang tak reti. Berapa kali cuba, macam tak fit dan macam2. Sampai baby sempat mengamuk. Huhu. Tapi lepas tengok semua video di bawah dan cuba lagi, alhamdulillah dah ok. Seronok pula nak ber’prefold.

Tapi sebab cover ada 2 je, yang lain tu actually poket CD. Rasa nak beli lagi cover tapi yang murah2 dan yang second hand je. Harap2 lebih mudah untuk travel lepas ni. Kalau tak, besar juga beg nak kena bawa pocket diapers tu semua.