Mar 22

My Favourite Surfing Spot

Assalamualaikum..

Pertama kali nak mencuba projek Alpha Nuffnang ni. Tulis dalam bahasa melayu boleh kan? Takpelah, saje mencuba nasib.

My favourite surfing spot. Hmm…bagi saya, di office. Rasa lebih ramai yang suka surf internet di rumah sebab lebih selasa dan privacy. Tetapi disebabkan line internet di rumah yang tidak berapa cantik menjadi kesukaran untuk surfing. Lagipun, kami hanya ada satu PC, nanti berebut pula la dengan hubby tersayang. Biasanya dia yang akan pakai PC.

Di rumah, rasa macam banyak lagi kerja lain yang perlu diuruskan. Memasak, basuh kain, jemur kain, gosok kain, kemas rumah, rasanya senarai tu memang takkan habis untuk seorang yang bergelar isteri. Alhamdulillah, hubby pun turut membantu.

Di pejabat, dah memang kerja mengadap komputer dari 8-5 petang. Kalau kerja tak banyak memang boleh surf internet. Oh, kerja pun memang kena surf internet juga kadang-kala so sambil-sambil tu singgah la untuk buat benda-benda lain. Dua dalam satulah.

Alhamdulillah, kerja sekarang ni memang banyak masa untuk surf tapi kerja tetap berjalan ye. Internet pun laju jadi memang senanglah. Dah diberi gaji takkan nak makan gaji buta pula kan. Tapi kadang-kadang kerja memang takde. Jadi terpaksalah buat benda lain. tongue InsyaAllah, bila pindah rumah baru nanti baru akan pasang internet betul-betul. Tapi lambat lagi nak masuk rumah pun. Proses pemindahan nama tak habis-habis lagi. Harap semuanya dipermudahkan.

Oh ye, Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS