Apr 22

Pemakanan dalam pantang

Assalamualaikum…

Akhirnya saya berjaya menyiapkan ebook Tips pemakanan dan resipi dalam pantang seperti yang dijanjikan. Lama betul berjanji, akhirnya baru nak siap. Salah satu sebabnya adalah kerana saya sendiri nak print untuk kegunaan saya semasa dalam pantang nanti. laughing Saya dah pun selamat print dan letak bersama-sama beg buku bayi yang saya akan bawa ke rumah mak nanti.

Saya letakkan semua maklumat yang saya dapat untuk penjagaan bayi dan ibu semasa dalam pantang dalam satu beg untuk memudahkan. Buku tu hanyalah hasil pencarian saya, bukan pendapat peribadi. Tetapi saya ada membuang dan menambah maklumat yang saya rasakan perlu dan sesuai dengan saya. Jadi, untuk orang lain mungkin terdapat sedikit perbezaan.
Continue reading

Mar 18

Sale! Sale!

Assalamualaikum…

Tengok-tengok banyak betul sale ada dalam bulan ni dan awal bulan depan. Sempat ke nak pegi ye? macam banyak lagi barang tak beli tapi takut nak kejar semua tak dapat pula. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Takut pula nak beli last minutes, kot-kot terbersalin awal. Anyway, senaraikan je la sale yang ada. ada rezeki pergi. kalau tak, insyaAllah pergi mana yang boleh aje.

Babyjaya

Babyjaya Sale 13 March to 11 April 2010

A One-Stop Shop for your Baby

Baby Products on Sale:
Car Seat
Stroller
Travel System
Baby Cot
Breast Pump
Bottle Warmer
and more…

Time: 11am – 8pm (Except Tues)
(click Read more)
Continue reading

Jan 28

Checklist Ibu & Bayi

Assalamualaikum..

Alhamdulillah…Dah berjaya menyiapkan ebook percuma checklist ibu & bayi. Checklist ni untuk memastikan tiada keperluan yang tertinggal di dalam menyambut kelahiran orang baru. Checklist ni saya kumpulkan dari yang saya dapat dalam buku dan juga website dan saya tambah dan tolak sedikit mengikut keperluan yang saya rasa perlu.

Checklist ini mengandungi keperluan semasa di hospital, semasa dalam pantang dan keperluan bayi dari pakaian hinggalah tempat tidur. Harap ebook ini dapat bermanfaat kepada semua.

Untuk download, klik aje pada gambar banner di sebelah dan isikan nama dan email. link untuk download akan diberi pada email.

Ataupun klik SINI.