May 24

suntikan imunisasi pertama

Assalamualaikum…

dah lama tak menulis di sini. maaflah kepada yang tertunggu-tunggu. (ada ke ye?) huhuhu.

InsyaAllah hari ni nak share suntikan imunisasi pertama untuk baby. Kalau untuk pemakanan, selepas bayi ditahnik, kolostrum ibu adalah makan terbaik yang mengandungi antibodi untuk baby. Tetapi selain itu, tahu tak azan yang dikumandangkan di telinga baby pun salah satu suntikan imunisasi yang paling hebat untuk bayi. Bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga rohani.

Info ni saya dapat dari majalah Fardu Ain Jilid 17.
Continue reading

Mar 07

Doa membanyakkan susu

Assalamualaikum…

Kadang-kala kita terlampau sibuk mencari-cari benda untuk memperbanyakkan susu sampai terlupa kepada Yang Memberi Rezeki. Sedangkan kepada Dialah yang layak kita minta. Walau macam mana pun kita usaha tetapi kalau Allah tak izinkan maka tentunya tiada rezeki di situ.

Jadi, di samping memahami dan mengamalkan konsep asas penyusuan (kerap kosongkan payudara dan minum air masak 3L sehari) dan mengambil makanan penambah susu (sama ada makanan semula jadi seperti kurma atau supplemen), apa kata kita check juga hubungan kita dengan Allah.
Continue reading

Feb 19

Breastfeeding Plan

Assalamualaikum..

Breastfeeding planner

My breastfeeding plan

Alhamdulillah, siap juga plan ni. Ingat nak buat semalam tapi lupa nak bawa kertasnya pula. Sebenarnya kertas ni dapat masa pergi kelas penyusuan susu ibu hari tu. Dah tulis dan bagi pada hubby untuk bincang. Saje type in balik dan letak di blog supaya boleh jadi motivasi diri di kemudian hari. Mana tau, bila banyak cabaran tiba-tiba rasa nak stop breastfeed boleh tengok benda ni.

kalau tengok hope for the baby to macam berat je kan. Takde la berat sangat. Yang penting impian/cita-cita, kemudian usaha. Bila dah set target baru la senang nak usaha kan. Ummi dan ayah tak harap pun baby jadi ustaz, bukan title ustaz tu yang penting sebab itu hanya dari segi sijil dan panggilan. Yang lebih penting, benar-benar menjadi hamba Allah dari segi iman dan amal.

Bukan berat untuk baby je, lebih berat lagi untuk ummi dan ayah la. Huhuhu. Dah tentu la kena usaha keras untuk mendidik baby. Nanti tak pasal-pasal plak anak cakap masa kat akhirat, “mak ayah saya bercita-cita je tapi tak didik pun saya betul-betul.” Masa tu mana nak letak muka.

Jadi, ummi dan ayah pun kena berusaha untuk menjadi the best mu’min supaya anak-anak jadi the best mu’min juga. Tapi, akhirnya segala hasil terpulang pada Allah. Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha dan bertawakkal.

Dec 17

Tips kebahagiaan rumahtangga

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semalam dapat berjumpa seorang yang memang banyak membantu diri ini. Beliau juga adalah salah seorang idola saya. Semalam beliau sempat memberikan tips kebahagiaan rumahtangga, cara bagaimana untuk kita membentuk keluarga seperti yang diharapkan. Ilmu tak baik simpan sorang-sorang kan. Jom kita share sama.

  1. Mulakan hari dengan bacaan ayat Quran. Lepas solat subuh tu kalau boleh baca sikit Al-Quran. At least satu muka pun takpe. Kalau yang sedang mengandung usap-usap perut dan kejut baby, bagi baby dengar sekali. Semoga bila dia besar nanti dia amalkan juga. Oh, bukan berhenti setakat baca, cuba baca maknanya sekali dan perhatikan apakah perintah Allah yang masih belum kita buat dan larangan Allah yang masih kita buat. InsyaAllah kita cuba perbaiki diri dengan buat sedikit demi sedikit.
  2. Banyakkan berwudhu. Kalau boleh sentiasa ada dalam keadaan wudhu. (Mak dulu pun selalu pesan. Selalu amik wudhu. Tapi kadang-kadang bila ingat je buat. tongue ) Sebab dengan berwudhu tu boleh menghilangkan dosa-dosa kecil. So lagi banyak kali kita berwudhu lagi banyak la dosa yang gugur. Sambil wudhu tu, doa sekali semoga diampunkan dosa.
  3. Sebelum tidur amalkan buat solat taubat 2 rakaat disamping mengampunkan kesalahan semua orang sama ada yang kita sedar atau tidak. Sebelum tidur cuba bersihkan diri dari sebarang dosa dengan buat solat sunat taubat. Selain tu, maafkan juga kesalahan orang lain yang kita tahu atau tidak untuk mempercepatkan kita dihitung di akhirat kelak. sebab kalau ada orang buat dosa dengan kita yang kita tak maafkan, di akhirat nanti orang tu akan datang dan minta maaf pada kita. makin ramai orang yang kita tak maafkan makin berderet la orang datang.
  4. Sebelum tidur niatkan dalam hati dan bayangkan macam mana keluarga yang kita impikan. Anak-anak yang bagaimana, pasangan yang bagaimana. Pasang niat untuk bentuk keluarga seperti yang diimpikan. Bila hari-hari kita bayangkan, insyaAllah keazaman kita untuk ke arah itu akan lebih tinggi. Contoh, kita bayangkan kita didik anak sebelum tidur gosok gigi dan berwudhu, salam mak ayah, baca doa tidur baru tidur.
  5. Amalkan solat dhuha. Solat dhuha ni banyak kebaikannya. Pernah dengar solat dhuha 2 rakaat sama dengan satu malam qiamullail. Tapi tak sure source dia. nanti la cari balik betul ke tak benda tu. Tapi yang penting kita cuba buat. kalau tak boleh buat masa kerja, cuba buat masa weekend.
  6. Amalkan qiamullail. Masa ni la kita nak berkhalwat dengan Allah. Nak ngadu sungguh-sungguh, nak minta sungguh-sungguh. Takde orang pun akan kacau, dan kita pun tak disibukkan dengan benda dunia. Kadang-kadang kita dah bangun pun, pegi toilet ke menyusu anak ke..tapi tak gunakan masa tu untuk at least solat sunat 2 rakaat.
  7. Selalu bercakap dengan anak dalam kandungan bagi yang sedang mengandung. Nyatakan harapan kita pada dia, beritahu dia bila kita solat atau ada dengar ceramah, suruh dia join sekali dan jangan kacau ummi. Kira kita didik dia sejak dari dalam perut la.

Sebenarnya yang paling penting cuba didik diri kita dulu. Kalau kita jenis tak boleh tinggal tv, anak nangis/panggil pun dok mengadap je tv liat nak gerak, takkan expect anak kita nanti bila panggil terus tinggal tv, sure dia pun liat dok mengadap tv je. Before we change others, change ourselves first. kalau nak suami kita buat macam tu, kita buat macam tu dulu tapi bukan buat nak dia ikut. buat dengan ikhlas disamping disertai dengan doa dan kasih sayang.

Pernah juga baca kalau ada anak yang tak dengar kata masa dia tidur tu usap-usap kepala dia dan baca doa. kemudian bercakap dengan dia walaupun dia tengah tidur. Mula-mula beritahu kita sayang dia dan apa harapan kita pada dia.

“Assalamualaikum, anak ummi. Ummi sayang anak ummi ni. Tapi kalau anak ummi nakal ummi tak suka, Allah pun tak suka. Ummi harap anak ummi jadi anak yang baik, soleh dan dengar kata ye. Bila ummi cakap jangan melawan ye, nak ye.” Disamping tu jangan lupa doakan dia.

Bila dengar tips-tips rasa macam bestnya dapat anak yang baik, bestnya jadi ibu yang penyabar. Tapi bila lihat keadaan sebenar di depan mata, dengan anak buah dan adik saudara jadi risau pula. huhuhu. Mampu ke diri ini mendidik anak menjadi seorang yang soleh dan musleh. Seorang yang menegakkan al-haq. Sedang diri ini pun kadang-kala terumbang-ambing.

Teringat pesanan seorang kakak yang juga salah seorang idola saya, akak ni seorang doktor yang sekarang tengah sambung master(yang of course selain sibuk dengan kelas dan belajar, sibuk juga menjadi seorang doktor dan tugas2 on call), ada 3 orang anak nak masuk 4. kadang-kala sibuk pula dengan tugas-tugas luar dan anak-anak dijaga oleh bibik. Tapi anak-anaknya sangat rapat dengan dia dan mendengar kata. yang kakak menjaga adik. sangat sweet. Saya tanya bagaimana dia manage masa. Dia kata akak tak boleh jawab soalan tu, akak pun tak tau macam mana akak boleh bertahan sampai sekarang tapi yang penting hubungan kita dengan Allah tu kena kuat sebab semua benda Allah yang pegang. Hati kita, hati anak-anak kita semuanya dipegang oleh Allah. Even masa tu pun makhluk Allah, kalau Allah izinkan kadang-kadang kita boleh buat banyak benda dan pergi banyak tempat dalam satu hari sedangkan kalau fikir kadang-kadang rasa tak mampu pun sebenarnya nak buat. Jadi bergantung haraplah pada Allah. Kalau kita takde masa didik anak, Allah akan didik anak-anak kita bila kita sibuk tu adalah untuk mencari redha Allah.

Harap diri ini kekal teguh di jalan yang dipilih sehingga akhir hayat. Moga perjalanan mencari redha Allah tidak terhenti di tengah jalan akibat penat dan bosan. Bersyukur ditemukan dengan orang-orang yang hebat tika diri ini melemah. Terima kasih, Ya Allah. big hug p/s - sangat tak reti nak cakap dengan baby sorang-sorang. Biasa hubby je yang banyak cakap dengan baby. cakap dalam hati aci tak? hee hee tapi kata seseorang, kadang Allah suka mendengar suara kita walaupun dia tau apa yang kita doa dalam hati. same goes here, cuba luahkan dengan suara. i'll try my best. - tengah baca buku tarbiyatul aulad tapi tak terhabis-habis sebab tebal sangat bukunya. nak bawa gi office berat la pulak...

Dec 10

Darah Wiladah

Assalamualaikum..

Baru-baru ni bertemu dengan persoalan tentang darah wiladah. Sama ada mandi wajib untuk wiladah dan nifas berbeza atau sama. Jadi, saya membuat keputusan untuk mencari serba-sedikit ilmu. Dalam buku darah kebiasaan wanita tulisan Syaikh Muhammad bin Shaleh Al’Utsaimin, hanya terdapat darah haid, nifas dan istihadhah. Jadi, try cari-cari di internet. Saya sharekan sedikit link di sini yang saya ambil hanya dari sumber-sumber yang saya percayai kesahihannya, insyaAllah.

http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/wiladah-dan-nifas.html
http://www.muftiselangor.gov.my/SoalJawabAgama/Ibadat/SoalJawabIbadat55.htm

Tiada dalil mengenai mandi wiladah. Menurut fatwa Indonesia wiladah ialah wanita bersalin tanpa nifas dan Nifas ialah darah yg keluar sesudah kosongnya rahim wanita bersalin.

Mandi disebabkan illat bersalin ini adalah satu pendapat yg masyhur dalam Syafi’iyah, antaranya dalam Kitab-kitab popular mereka yg berikut: Fathul Mu’ien, Kifayatul Akhyar dan alGhoyah wa taqreeb. Ini dinamakan mandi wajib kerana bersalin kemudian kena pula mandi kerana tamatnya Nifas (40 hari). Tidaklah kita berminat utk memanjangkan kenapa mereka berpendapat demikian.

Hadith S.A.W hanya menyebut mandi sekali sahaja selepas keringnya darah nifas.

Mengenai mandi dua kali (mandi nifas dan mandi wiladah) datang dari fatwa mufti brunei. Tiada dalil disertakan mengapa perlunya mandi 2 kali(dlm Irysad Hukum Edisi tahun 2000).

Tetapi mandi yang asah di sisi Jumhur (majoriti) ulama ialah mandi Nifas sahaja. Jika bersalin tanpa darah atau bersalin secara Caesar tanpa ada darah, maka di sisi Hanbaliah dan fatwa2 semasa spt Lajnah Daimah KSA tidak wajib mandi sebab illat mandi ialah adanya Nifas (bila kering nifas, barulah mandi)

Tujuan mandi adalah utk membersihkan diri dan membolehkan kita bersolat. Selepas mandi nifas, boleh bersolat spt yg disebut dlm hadith. Jadi, apa keperluan mandi wiladah?

Tafsiran mandi wiladah dan nifas ini adalah khilaf pada tafsiran illat (sebab) mandi bagi wanita: samada kerana bersalin atau kerana darah Nifas.

Pilihan kami: Illat mandi bagi wanita bersalin ialah adanya darah nifas.

Sekian kumpulan jawapan al-ahkam.

sumber : http://www.bincang.net/forum/showthread.php?t=57380

http://ppadm.blogspot.com/2009/10/masalah-darah-wiladah-dan-darah-nifas.html
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/d1b780b3f32c0774482574b40012da62?OpenDocument
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=94&t=18069
http://www.blogger.com/feeds/93776188905293947/posts/default

Kesimpulan yang saya dapat adalah, masalah ni adalah masalah khilaf. Jadi tak perlulah pening-peningkan kepala. Siapa yang rasa sesuai dan yakin dengan satu-satu pendapat tu bolehlah pegang tapi tak perlu memaksa orang lain untuk mengikutinya. Sedangkan imam mazhab pun berbeza pendapat apa lagi la kita yang hadis pun tak kaji, ayat Quran lebih-lebih lagi. Kebanyakan link yang saya sertakan ada disertakan buku rujukan. Kalau ada sesiapa yang rajin, mungkin boleh rujuk. (Rasa macam ada buku pasal fiqh wanita kat rumah, tapi terlupa pula nak check)

Sefaham saya, kita boleh juga mandi wajib dengan niat umum iaitu
“Sahaja aku mandi hadas besar mensucikan diri aku, kerana Allah Taala.”
Jadi, rasa macam tak perlu timbul isu gabung mandi wajib atau tidak.

Wallahua’lam.

p/s – terasa masih banyak kejahilan dalam diri ini. Sesungguhnya ilmu Allah itu luas.
p/s- sedang baca buku yang menceritakan bahawa dalam islam ni perkara aqidah tak boleh diperselisihkan tetapi cabang-cabang islam(masalah furu’winking tak perlu disatukan kerana setiap para sahabat dan imam hadis telah berusaha memahami sesuatu ayat Quran dan hadis itu dengan membuat berbagai kajian dan bukan lihat pada satu ayat sahaja, sebaliknya kaji ayat-ayat lain dan juga sirah bagi memahami hukum. Mudahnya kita hari ini tak perlu bersusah-payah kaji sebab dah ada yang kaji. happy

*update*
weekend lepas cuba cari-cari buku di kedai buku. Tak beli cuma belek-belek. tongue
Belek-belek buku tentang fiqh wanita, darah wanita dan ada juga buku fiqh lain. semua buku yang dibelek tak jumpa pun tentang mandi wiladah. sebab-sebab mandi wajib pun takde termasuk mandi wiladah. tak tau la kalau ada buku yang belum dijumpai yang ada tulis.

Sekadar berkongsi. happy