Jan 22

Carta Perencanaan Anak Soleh

Assalamualaikum..

Nak kongsikan info dari facebook Ustaz Zahazan

Doa Memohon Mendapat Anak Yang Soleh –Majalah al-Ustaz isu 09

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. – Furqan ayat 74

 Jom amalkan supaya anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah.
May 24

suntikan imunisasi pertama

Assalamualaikum…

dah lama tak menulis di sini. maaflah kepada yang tertunggu-tunggu. (ada ke ye?) huhuhu.

InsyaAllah hari ni nak share suntikan imunisasi pertama untuk baby. Kalau untuk pemakanan, selepas bayi ditahnik, kolostrum ibu adalah makan terbaik yang mengandungi antibodi untuk baby. Tetapi selain itu, tahu tak azan yang dikumandangkan di telinga baby pun salah satu suntikan imunisasi yang paling hebat untuk bayi. Bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga rohani.

Info ni saya dapat dari majalah Fardu Ain Jilid 17.
Continue reading

Jul 08

Susu Apa Terbaik Selepas Anak 2 Tahun Breastfeeding???

Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu ‘terpesong’ dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak ‘sangat perlu minum susu’ dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.

Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat:
Continue reading

Apr 22

Pemakanan dalam pantang

Assalamualaikum…

Akhirnya saya berjaya menyiapkan ebook Tips pemakanan dan resipi dalam pantang seperti yang dijanjikan. Lama betul berjanji, akhirnya baru nak siap. Salah satu sebabnya adalah kerana saya sendiri nak print untuk kegunaan saya semasa dalam pantang nanti. laughing Saya dah pun selamat print dan letak bersama-sama beg buku bayi yang saya akan bawa ke rumah mak nanti.

Saya letakkan semua maklumat yang saya dapat untuk penjagaan bayi dan ibu semasa dalam pantang dalam satu beg untuk memudahkan. Buku tu hanyalah hasil pencarian saya, bukan pendapat peribadi. Tetapi saya ada membuang dan menambah maklumat yang saya rasakan perlu dan sesuai dengan saya. Jadi, untuk orang lain mungkin terdapat sedikit perbezaan.
Continue reading

Mar 16

Peranan suami dalam menjayakan penyusuan susu ibu

Salah satu perkara yang boleh menjayakan dan menggagalkan BF adalah ‘suami’. Kadang2 ada isteri mengeluh suami tidak menyokong BF. Artikel ni saya jumpa di Sarakids. Artikel ini ditulis sendiri oleh suami Farah ni yer.. so from husband to husband lah kiranya..

9 Cara Suami Membantu Menjayakan Penyusuan Susu Ibu:

1) Membuat Pilihan Bersama Isteri Untuk Melahirkan Anak di Hospital Rakan Bayi.

Ramai suami mengeluh apabila membuat keputusan memilih hospital untuk isterinya bersalin. Semua suami mahu yg terbaik, tetapi kadang-kadang lupa apa aspek yg penting yg perlu diambil kira. Hospital rakan bayi adalah status yg diberikan kepada hospital yg mengamalkan penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya. Para suami perlu tahu betapa pentingnya penyusuan pada 1 jam yg pertama. kita galakkan isteri menyusu secepat mungkin selepas melahirkan anak.

2) Menjaga anak (yang lain) semasa isteri berpantang – siapkan keperluan.

Itu adalah menjadi satu tanggungjawab bagi semua suami apabila isteri berpantang. Pada masa ini bapa perlu mengambilalih tugas isteri sekejap. Mungkin pada masa ini anak-anak yg lain akan berasa jauh hati sebab adik baru lahir. Jadi perhatian akan ibu akan teralih sekejap kepada adik. Jadi di sini pentingnya suami comfort anak2 yg lain supaya belajar sayang adik dan alihkan perhatian dgn bermain atau bawa mereka keluar dan biar isteri ada masa berkenalan dgn adik baru.

3) Bangun tengah malam – salin lampin bayi dan kejutkan isteri untuk susukan anak.

Suami biasanya akan kejutkan isteri untuk susukan anak. Sebagai balasan kpd isteri yg telah menyusukan anak, suami kenalah tolong tukarkan lampin anak. Jadi isteri pun akan rasa dihargai kerana suami pun turut bangun memberi bantuan selain daripada tidur mati. hahaha
Continue reading

Feb 25

Senaman Kegels

Masa ke kelas antenatal, salah satu senaman yang di ajar adalah senaman kegels. Ini ada info dari portal alam hamil.

Senaman ini adalah sesuatu yang harus dipelajari oleh setiap wanita mengandung kerana ia bukan sahaja mudah dipelajari malah boleh diamalkan di mana-mana sahaja. Senaman Kegels cuma memerlukan sedikit usaha namun ia memberi begitu banyak manafaat, anda sememangnya tidak mempunyai sebab untuk tidak mempelajarinya. Senaman ini menumpukan kepada otot pada pelvis, menolong menguatkan salur kencing, pundi kencing, rahim dan usus rektum.

Wanita hamil digalakan mebuat senaman ini kerana otot pelvis yang kuat akan menolong melancarkan kelahiran terutama semasa proses meneran. Lagipun, ia mengurangkan risiko untuk berlaku koyakkan semasa bersalin.

Semasa pantang, kegel boleh menolong anda pulih dari luka episiotomi dengan lebih cepat, menolong mengurangkan air kencing yang tidak terkawal dan menguatkan kembali otot-otot plevis anda.

Manfaat kegel bukan berhenti setakat itu:

  • Ia boleh mengelak dari mendapat rahim jatuh (prolapse) dimasa hadapan
  • Memudahkan anda mengalami klimaks semasa seks
  • Mengurang buasir

Bagaimana untuk membuat senaman Kegels?

Ia cukup senang dibuat:

  1. Kemutkan otot pelvis seperti anda mahu menahan air kencing
  2. Tahan selama 2-3saat
  3. Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat
  4. Buat 25 kali setiap kali tiga kali sehari pagi petang atau malam tidak kira dimana anda berada, sambil menonton TV, sambil memasak, mencuci kain dan sebagainya. Anda mungkin boleh meningkatkan masa kecutan sekiranya otot sudah menjadi kuat.
  5. Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman ini. Ia tidak diperlukan semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang anda kecutkan.
Feb 08

Kelas Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum..

Alhamdulillah… Sabtu lepas berkesempatan hadir ke kelas penyusuan susu ibu yang dianjurkan oleh susuibu.com di Seri Kembangan. Kelas start pukul 9.30 pagi. Ada 2 perempuan mengandung dan 2 couple(termasuk saya). so total up ada 6 orang je. Tapi lagi senang nak tanya. kelas yang patutnya abis jam 12.30, habis jam 1 lebih sebab banyak betul benda yang ditanya dan dibincangkan.

Sangat seronok kelas ni. Lebih-lebih lagi dengan gaya Pn Rita yang sangat bersemangat. Hubby pun kata tak boring dan dia kata banyak benda baru yang dia tau. Alhamdulillah…boleh la dia support kalau ada masalah nanti.

Antara benda menarik yang nak share sket adalah bila Pn Rita cerita macam mana proses susu formula dibuat. Awalnya Pn Rita bercerita tentang struktur penghadaman manusia dan haiwan. Mestilah berbeza kan. Jadi susu lembu dah custom made untuk anak dia, susu ibu pun begitu. Antara seorang ibu dengan ibu yang lain pun kandungan detailsnya ada sedikit berbeza sebab dah di’custom made’kan untuk baby dia sendiri. Dah tentulah Allah tahu yang terbaik sebab dia yang menciptakan kita kan. Untuk bayi kita yang terbaik adalah

  1. susu ibu dari ibu kandung
  2. susu simpan(EBM) dari ibu kandung
  3. susu dari ibu susuan(ibu lain)
  4. formula milk

memang formula milk tu tak boleh nak dibandingkan dari segi khasiat dan kesesuaian berbanding susu ibu. tapi tak bermaksud tak boleh bagi but as a last option. kalau yang tiga2 sebelum tu memang dah takde. dalam apa jua pun mestilah kita nak yang terbaik kan dan kita akan berusaha ke arah itu. So same case as this one. Cuba sedaya upaya yang boleh sebelum pergi ke option seterusnya.

Ops, lupa pulak. ingat nak cerita proses buat susu formula tadi. Pn Rita kata dari maklumat dan research yang dia dapat ada dua cara untuk dapatkan susu lembu dengan hasil yang banyak. Satu dengan mengasingkan ibu lembu dan anaknya dan dipasangkan audio bunyi anaknya menangis untuk merangsang pengeluaran susu lembu. Kesian dia. Dah la dipisahkan dengan anaknya, manusia sesuka hati mengambil sepenuh-penuh hak anaknya dan tak diberikan langsung. Memang Allah jadikan susu haiwan salah satunya untuk minuman manusia juga tapi janganlah sampai menidakkan hak anaknya.

Satu lagi cara dengan cucuk hormon. Jadi br*ast lembu akan jadi bengkak dan sakit. Wallahu’alam. saya belum pernah mengalami bengkak susu tapi dari forum dan pembacaan, sangatlah sakit bila bengkak susu ni berlaku. so bayangkanlah benda yang sama pada lembu.

Banyak lagi khasiat, kepentingan dan lain-lain yang diceritakan tapi rasanya kalau nak cerita kat sini tak habis semuanya. Lebih penting bila dengar gaya penyampai yang penuh semangat secara tak langsung kita pun jadi semangat. Tak sama dengan membaca walaupun dah banyak sangat baca sampai kadang-kadang rasa dah tepu otak. Bila la nak applikasikan ni.

Sebelum ni ada yang kata bila dah 6-7 bulan ada sedikit colostrum keluar. Ada la juga try urut tapi takde apa pun. Rupanya cara urut tak betul. Balik kelas try buat, eh ada keluar sikit. Alhamdulillah. Moga baby boleh menyusu tanpa masalah.

Terima kasih Pn Rita dan Dr Ning yang banyak beri tips dan semangat. Memang tak rasa rugi langsung pergi kelas tu.

Bersama Pn Rita Rahayu(kiri), Dr Ning(kanan) dan dummy baby. (Do I look pregnant?)

Tengok lagi 3 orang semua perut besar macam dah sarat sangat je. Terasa macam keciknya lagi perutku. Baru 7 bulan. Lagi pula bila ditutup dengan tudung, lagi la tak nampak macam mengandung. Semalam ada jumpa junior yang baru jumpa. Dia kata,”Akak ni nampak macam dah kawin la.” Hehehe. Memang dah kawen pun dik oii. Bila cakap due akhir bulan 4 dan angkat sket tudung baru dia kata eh, dah besar perut. big grin

Dapat free babybook ni...

Habis kelas tu kami singgah kedai susu ibu di tingkat bawah sempat membeli botol kecil untuk simpan EBM nanti. Kemudian kami ke FobulousMom pula sebab ada flea market. Ada banyak barang secondhand dan baru yang elok-elok. Sempat beli 2 baju baby dan 2 set baju baby untuk bagi hadiah pada kawan-kawan yang bakal melahirkan juga. Dan sempat juga beli 3 nursing bra sebab semua barangan di fobulousmom ada 15% sale. big grin

Jan 15

Normal birth

Assalamualaikum…

Start dari semalam baca tentang pengalaman bersalin di forum ratuhati. macam-mamcam pengalaman bersalin. ada yang menakutkan, ada yang mudah. bila baca tu rasa risau pun ada, harap-harap dapat bersalin normal. Setiap kali baca pasal baby, baby dalam perut ni pun bergerak aktif menendang-nendang. seronok agaknya ummi baca pasal baby.

Ada jumpa website yang guide untuk bersalin normal, tak perlu induce atau c-zer. Kat website ni ada juga video-video dan tips-tips. Boleh visit http://www.lamaze.org. baca dari pengalaman orang lain, kena induce lebih sakit dari sakit bersalin normal sebab macam kena paksa. Ada yang nak berdiri pun tak boleh.

Alhamdulillah, sekarang ni semua benda pun orang nak kembali kepada fitrah. bersalin secara normal, menyusukan anak sendiri, dalam hal ekonomi pun nak kembali kepada Islam. Alhamdulillah. Allah dah jadikan semua benda pun sebaik-baik kejadian sebab Dia lebih mengetahui makhluknya. Harapnya banyak lagi perkara yang akan kembali kepada fitrah contoh pendidikan, media dan yang paling penting akidah.

Jan 12

Kelas antenatal

Assalamualaikum…

Sekarang ni tengah sibuk-sibuk juga mencari kelas antenatal. Takut kalau lambat-lambat sangat ada masalah pula. Kebetulan pula bulan depan memang plan nak ambil cuti 11 hari bulan (cuti paksa rela sebab japan holiday tongue ). Jadi ingat kalau boleh memang masa tu nak pergi kelas antenatal. hasil search kat internet hospital kerajaan biasanya akan buat weekdays. Jadi, hari tu sibuk la mengumpul nama-nama hospital yang berdekatan dan mana-mana maklumat yang ada.

Nak share sama-sama kat sini. Mana tau ada yang memang tengah mencari ke. Untuk tempat swasta ada yang berbayar. Cubalah hubungi hospital-hospital di bawah ni ye.

1) Hospital Serdang
Jalan Puchong
43000 Kajang
Hubungi Unit Pendidikan Kesihatan
+603 – 8947 5555
Kelas Antenatal (Ibu Mengandung)
Isnin & Khamis
10.00pagi – 11.00pagi
http://hserdang.moh.gov.my/

2) HOSPITAL KUALA LUMPUR
Jalan Pahang, 50586 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Tel: 603-26155555 Fax: 603-26989845

3) Hospital Putrajaya
Tel:03-83124200

4) Hospital Ampang
Jalan Mewah Utara,
Pandan Mewah,
68000 Ampang
No. Telefon : 03-42896000

5) Hospital Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
No. Telefon : 03-8736 3333
http://hkjg.moh.gov.my

6) Hospital Pantai Cheras (PHC)
masa : 2.00 – 5.30 ptg
03-91322022

7) PPUM – RM50 (couple)
8 ) Pantai Medical Center, Bangsar – RM200 (couple)
9) Hospital Pakat An-Nur Bangi
Obstetrics & Gynaecology Clinic
603-8925 0020

Tadi, tiba-tiba mendapat panggilan dari hospital KL tanya boleh datang tak kelas antenatal khamis ni. khamis ni? surprise mana la nak sempat. katanya kelas diadakan setiap 2 minggu sekali hari khamis. try check, alhamdulillah 11 feb ada kelas.

maklumat kelas yang saya dapat:

  • masa : 9.00pagi~12 tengah hari
  • tempat : klinik ibu bersalin
  • bayaran : percuma
  • subjek : breastfeed, proses bersalin, cara bernafas, senaman
  • dicadangkan pakai seluar supaya senang senaman

Thanks to my lovely hubby yang tolong callkan dan bagi contact number pada orang hospital KL. maklumlah, isteri dia ni susah sket nak calling-calling time kerja. Semalam try call hospital serdang tapi dia tengah busy dan macam tak nak layan. Alhamdulillah, akhirnya dah dapat tempat dan maklumat.

InsyaAllah lepas dah ikuti kelas ni saya akan cuba share ye.