Feb 15

Kelas Antenatal di HKL

Assalamualaikum…

Selepas 4 hari bercuti, hari ni agak liat sikit nak pergi kerja. Dah la semua orang pun tengah cuti Chinese New Year. Lagi la semangat nak bekerja tu kurang. Tiba-tiba pagi tadi dapat call bertubi-tubi pula. Tak sempat nak update satu-satu. Ok, enough pasal kerja.

Pamphlet yang dapat masa kelas.

Seperti yang dijanjikan, nak cerita tentang kelas antenatal yang saya pergi. Ada 5 orang perempuan mengandung yang hadir bersama 3 orang suami (salah seorang tu hubby saya la). Saya rasa mengandung dan penjagaan baby sejak dari dalam kandungan hingga lahir bukan tanggungjawab ibu sahaja, jadi ayah pun perlu ambil maklumat ye.

Ada beberapa maklumat yang dikongsi tapi semuanya secara ringkas, mungkin sebab masa yang agak suntuk. Kelas start jam 9.30 pagi, terlewat sedikit dari jadual. Mula-mula diceritakan tentang breastfeed. Hospital Kuala Lumpur adalah salah satu hospital rakan bayi dan father friendly. Botol susu baby adalah benda yang dilarang keras untuk dibawa di hospital. Tapi cara penerangannya untuk ibu yang tak faham dan tak tau sangat tentang susu ibu ni tak merasakan kepentingan dan urgencynya untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. Yup, saya memang merasakan urgency untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. FM is the last option setelah saya faham pelbagai perkara tentang susu ibu dan susu formula.

Ada juga dipromosikan buku penyusuan susu ibu untuk ibu yang bekerja. Tapi kena beli sendiri. Alhamdulillah, saya dah ada 2 buku tu. Satu memang beli, satu lagi dapat free masa ikut kelas susu ibu di seri kembangan yang lepas. Yang saya nampak, hanya seorang yang beriya-iya bertanya pasal susu ibu ni. Yang lain nampak macam tak berminat atau mungkin malu. Wallahua’lam. Masa break pun nampak seorang ni yang beriya tengok buku yang dipromosikan tu.

Saya pernah juga terdengar/terbaca ada ibu yang mengadu di’paksa’ beri susu pada baby walaupun dia berulang kali kata takde susu atau sakit ketika menyusu. Sayangnya, mungkin tidak diterangkan/diajar dengan betul. dan memang ada setengah nurse yang hanya tahu marah dan arah tapi tidak mengajar dan explain. Mungkin tak semua ye. Ada setengah sahaja. Masa kakak saya melahirkan anak sulung, dia langsung tidak diajar untuk menyusukan atau tentang penjagaan baby. Tiba-tiba nurse tanya, dah susukan baby ke belum? Barulah kakak saya terkial-kial ambil baby, dengan menahan sakit sebab katil agak tinggi. susah nak turun. takde bantuan pun.

Kemudian, kami diterangkan proses semasa kelahiran. Apa yang doktor akan buat dan apa yang doktor nak kami buat dan apa yang dilarang buat masa proses kelahiran. Disebabkan hospital ni father friendly, memang digalakkan ayah membantu ibu semasa di labor room. Tapi sila jangan mengacau doktor dengan ambil gambar atau sibuk-sibuk nak tengok masa baby keluar ye. Bantu ibu aje. Oh, kamera adalah dilarang sama sekali dilabor room.

Selain itu, diterangkan juga tentang perancangan keluarga. Ini adalah supaya ibu cepat recover sebab kalau cepat sangat mengandung semula, ibu mungkin akan menghadapi masalah. Selepas itu, acara paling best sekali iaitu exersice. sebabnya dapat baring. laughing Encik hubby, dapat duduk di sebelah sahaja. Tak boleh baring ye. Best sebab dapat belajar practical dan doktor memang tengok sama ada kita buat tu betul atau salah.

Masa baring tu hubby betulkan sket tudung dan baju supaya kelihatan lebih sopan. Terasa perut saya sorang je yang kecik sket sebab orang lain dah 8 bulan. Selalu rasa bangga dan seronok bila hubby tegur atau betulkan pakaian, sebab nampak dia menjaga aurat isteri dia. Tak tau nak cakap camna tapi selalu rasa berbunga-bunga je hati bila dia tegur tentang pemakaian atau betulkan pakaian. love struck Ok, out of topic.

Lepas habis, kami pergi mothly check-up pula dan shopping lagi tongue . Entry lain la pula cerita pasal check-up ye. Macam dah panjang sangat je membebel.

p/s- terlupa pula. nurse bagi nasihat, lepas keluar hospital, bila dah sampai rumah tu minta hubby beri rekod kesihatan ibu dan anak di klinik kesihatan yang terdekat. nanti nurse akan datang rumah untuk pantau kesihatan ibu dan anak. kalau ada masalah pasal breastfeed pun boleh tanya. Kalau tak bersalin hospital kerajaan pun takpe. yang oenting kena ada rekod kesihatan ibu dan anak masa mengandung dan delivery.

Sep 11

I’m going to be a mom

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Akhirnya segala telah jelas semalam. I’m going to be a mom. Sebelum ni memang macam dah agak juga sebab ‘teman baik’ setiap bulan tak datang-datang. Tapi malas nak check dulu. Tunggu 2 kali tak datang baru ingat nak pergi check. Tapi sebab dah ramai sangat yang bertanya dan ada yang kata muka saya agak lesu seperti orang mengandung. Dan juga kerana peristiwa ini, kami pun mengambil keputusan untuk beli pregnancy test kit di farmasi.

test kit

Inilah hasilnya. Tapi masa tu macam tak sure lagi walaupun dia tulis benda tu 100% accurate. Akhirnya semalam sempat juga pergi klinik dan dapat tengok sesuatu dalam perut. Cuti semalam bukan untuk pergi klinik sahaja ye. Banyak urusan-urusan lain lagi antaranya pergi LHDN, pusat zakat, bank-bank dan lepas tu pergi membeli-belah sekali.

Masa scan dan doktor tunjuk ada kantung tu rasa macam nak mengalir air mata. Tak tau sebab apa. Mungkin sebab gembira sangat kot. Tapi belum nampak baby. Cuma nampak satu dot putih sebab baru 5 minggu. Doktor suruh datang lagi lepas raya untuk ukur janin, baru boleh confirmkan dah berapa minggu sebenarnya. Banyak juga bincang-bincang dengan doktor tu antaranya tentang nak bersalin di mana. Saya nak doktor perempuan muslim yang sambut anak saya.

Ada survey beberapa hospital. Kalau boleh biarlah anak saya mendengar nama Allah sebaik keluar perut. Ada baca di forum, ada hospital yang beri salam pada baby sebaik sahaja lahir. Sejuk perut ibu yang mendengar kan. Kena fikir nak bersalin di mana supaya senang nak buat monthly check-up. Nak cari hospital yang :

* support breastfeeding – nak cuba BF baby sampai 2 tahun

* Doktor perempuan muslim

* Boleh request tak nak doktor pelatih

Tapi risau juga kalau hospital swasta dan kalau jadi apa-apa. Isyk..minta dijauhkan. Lagipun klinik kerajaan tak buka hari sabtu ahad. Saya pula kekurangan cuti untuk ambil sebulan sehari cuti. Dah la memang diperuntukkan sebulan sekali je cuti. Nanti takde cuti dalam simpanan kalau ada emergency.

Harap-harap rakan sekerja dapat memahami saya yang asyik ke tandas. Bukan sebab tak nak angkat telefon tapi sebab asyik rasa nak muntah. Dan seperti biasa hanya muntah angin. Tiada isi yang keluar. Dan saya makin tidak berselera untuk makan. Menurut kakak saya orang mengandung kena kerap makan tapi saya sangatlah tak lalu nak makan. Berbuka makan sikit sahur pun makan sikit. Itu agaknya yang lebih menyumbang kepada angin dan gastrik. Harapnya mereka juga dapat menahan hidung sebab saya melumurkan minyak angin di leher dan dada sebanyak-banyaknya untuk menahan rasa nak muntah dan pening.

Menurut doktor orang mengandung memang akan banyak angin, dan mungkin akan datang balik gastrik so dia suruh teruskan makan ubat gastrik. Oh, dahsyat juga mengandung ni ye. Pernah dengar orang kata bila start mengandung bersedialah untuk sakit dan terus sakit. Sakit mengandung, sakit bersalin, sakit melayan kerenah anak-anak dan lebih menyakitkan adalah bila anak-anak dah besar dan terus menyakitkan hati ibunya. Sebab itulah syurga di bawah tapak kaki ibu kan. Tabah betul menjadi seorang ibu ni. Harap saya dapat menjadi seorang ibu yang tabah dan sabar dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan musleh. tapi sebelum tu ibu ayah dia kena la menjadi soleh dan musleh juga kan.

p/s – rasa sungguh tidak larat hari ini. perlukah saya mengambil mc atau terus bertahan…