Mar 29

Muadz sembelit…

Assalamualaikum…

Ini salah satu benda yang saya risau bila mula weaning off Muadz. Sekarang ni Muadz masih lagi menyusu di waktu malam. Kadang2 ada juga tanya, nak botol tak? terus dia geleng. Untuk di taska bagi bekal 2 kali minum susu ILHAM dan 1 kali minum susu kambing segar. Tapi pihak Taska kata Muadz tak mau sangat minum susu kambing tu, jadi sekarang dalam proses menghabiskan yang ada kat rumah.

Sebelum ni bagi 2 kali susu kambing 1 kali susu ilham. Oh, dalam susu ilham saya tambahkan sikit meal shake untuk keperluan nutrien dia. Sebelum ni Muadz tiada masalah pembuangan walaupun kebelakangan ini, makin keras pula najis dia.

Sampai la ahad lepas, dia meneran dan terus menangis sekuatnya. Kalau sesiapa kenal muadz, tentu tahu, muadz bukan jenis menangis kuat. Tangisan dia slow dan mendayu2 je. kalau nangis kuat tu mesti ada something sama ada sakit, terkejut, takut etc. Saya perasan jumaat, sabtu dia tak membuang. Khamis tak sure dia ada membuang kat taska ke tak, lupa tanya.

Tapi pagi ahad tu memang pengalaman pertama buat saya, terus bawa naik atas dan masuk ke tandas tapi tengok tiada yang keluar. Bila tengok, rupanya lubang punggung dia dah keluar darah. aduihai, kesiannya anakku. Saya cuba tekan2 perut dia dan cakap ‘Muadz cuba teran sket lagi.’ dia cuma geleng dan menangis. Sakit sangat agaknya. Saya cuba juga urut2 lubang dubur dia. Lama juga dalam toilet tapi tiada hasil. Sampai la Muadz dah tak rasa sakit dan boleh main air.

Saya pakaikan pampers semula, sapu minyak yuyi kat perut dia dan urut2 sket. Kemudian, saya terus turun telan 2 biji alfalfa, minum air masak banyak sikit dan susukan Muadz. Dia seronok aje la bila dioffer. Lama juga dia menyusu sambil dok buat aksi akrobatik, tiba2 nangis semula. Kali ni saya tengok dalam pampers dah ada keluar sikit.

Terus bawa ke tandas semula. Alhamdulillah dapat keluar walaupun dengan tangisan. Banyak juga dan keras. (sorry ya kalau ada yg rasa menggelikan. )Sampai saya tanya, ‘Sakit perut lagi’. dan dia geleng sambil jawab ‘Takk’. Pakaikan pampers dan baju semula. Menyusu lagi, tiba2 menangis lagi. Ada lagi hasil yang keluar. Dah cuci2 pakai baju, main2, nangis lagi.

Kali ketiga ni saya tengok najisnya lembut sikit. Mungkin yang terakhir. Tapi dia still nangis, agaknya sakit lagi kot. alhamdulillah lepas tu dia boleh main dengan ceria. Jadinya, sekarang ni bila dia nak menyusu saya bagi je. Sebab risau juga dia sembelit. Kalau boleh biar dia sendiri yang nak berhenti menyusu. Bukan dengan cara paksa letak ubat gigi, ubat pahit dan sebagainya.

Sekarang kalau sakit masa dia menyusu, saya akan cakap, sakit. dan dia berhenti sekejap. risau juga bila dah jadi sembelit macam ni. Semalam ke klinik, untuk ambil ubat. Doktor kata cuba monitor lagi sebelum bagi ubat tu. Takut cirit pula nanti. Lepas ni kena minum lebih banyak air masak dan buah tau muadz. Ummi nak kena cari jus buah la lepas ni.

 

May 26

Bahaya air masak pada bayi bawah 6 bulan

Assalamualaikum…

Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.
Continue reading

Feb 07

Bila bayi nak tumbuh gigi

Assalamualaikum…

Lately ni Muadz asyik demam. kejap demam kejap ok. Rasanya nak tumbuh gigi. Makan pun kurang. asyik nak menyusu je. bagi teether tak mau pula gigit. cuma nak gigit2 jari dia je. Semalam satu hari meragam. agaknya tak selesa kot. Hari ni saje cari pasal baby nak tumbmuh gigi. Ni amik dari website PAMA
Continue reading

Jan 17

Perlukah Susu Lain Selepas 2 Tahun?

Perlu sangat-sangat-sangat. Entri kali ini saya nak cuba sedarkan masyarakat tentang pengambilan susu selepas terputusnya susu badan bagi ibu yang sudah pun selesai 2 tahun penyusuannya. Sesetengah pendapat mengatakan tidak perlu bergantung kepada susu sahaja kerana kalsium boleh juga di dapati daripada sumber makanan seharian tetapi bagaimana pula anak yang susah nak makan?

First, saya ucapkan terima kasih kepada mommylina kerana mengupas isu ini dengan lebih mendalam dan saya harap selepas ini ibu-ibu akan lebih jelas dengan misi mereka selepas 2 tahun.
Continue reading

Jan 14

Surah al-Insyirah buat penenang

Assalamualaikum….

Sekarang ni ramai betul orang yang tak sihat. Kami sekeluarga sendiri mengalami batuk-batuk. Di pejabat pun ramai yang batuk dan selsema.

Jumaat lepas Muadz satu hari menangis di Taska sampai pihak Taska tak tahu nak buat apa. Muadz demam dan batuk, jadi mungkin dia rasa tak selesa. Dia tak mahu minum, makan dan juga tidur. Asyik merengek sahaja. Jadi, saya terpaksa balik awal untuk ambil dia.

Setiap kali lepas batuk dia akan menangis, kesian sangat. Saya tepuk-tepuk di belakang badannya untuk melonggarkan kahak-kahak dalam dada. Ini yang diajar oleh seorang doktor kepada kami. Lekukkan tangan bentuk C dan tepuk belakang badan bayi. Kadang-kala dia akan muntah dan keluarkan kahak yang tersekat. Bila muntah biasanya bayi akan lega sedikit.

Sabtu ahad yang lepas memang mencabar. Muadz asyik merengek sepanjang hari dan tak mahu dengan orang lain. Seorang sahabat memberi tips supaya membacakan surah al-Insyirah. Alhamdulillah, bukan sahaja menenangkan bayi tetapi juga orang yang menjaganya.

Walau bagaimanapun, ayat al-Quran ni bukanlah tangkal atau jampi, ia
perlu difahami maksudnya supaya lebih terkesan di hati. Jadi, mari kita
lihat maksud surah al-Insyirah.

1. (Wahai Muhammad) bukankah Kami telah lapangkan dadamu?
2. Dan Kami telah ringankan bebananmu.
3. Yang telah memberatkan belakangmu.
4. Dan Kami telah angkatkan namamu (di dunia dan di Akhirat).
5. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.
6. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.
7. Oleh itu apabila engkau telah selesai dari kegiatan-kegiatan hidupmu,
maka usahakanlah kegiatan yang lain pula.
8. Dan kepada Tuhanmu tumpukan perhatian dan minatmu.

Saya dukung Muadz, tepuk belakangnya sambil bisikkan surah ini ke
telinganya. Sambil baca, teringat ujian yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w yang lebih berat lagi. Sedangkan saya cuma diuji sedikit sahaja. Bila sampai ayat 5 & 6, saya berhenti sekejap, tarik nafas dan berdoa semoga saya diberi kekuatan menghadapi ujian ini. Bila Muadz tak mahu berhenti menangis saya ulang-ulang surah ini sambil berdoa.

Alhamdulillah, hati saya cukup tenang. Hilang rasa nak marah dengan kerenah anak. Hilang rasa risau melihat anak yang tak tenang. Muadz sendiri seperti faham perasaan ibunya dan terlentok manja.

Saya juga amalkan sentiasa beri pesanan sambil usap kepala bayi. Tak kira semasa menyusu, bermain atau tidur. Ahad malam saya bisikkan padanya bahawa esok dia akan ke taska, ummi terpaksa kerja. Please be a good boy. Esoknya 2-3 kali saya telefon taska kerana risau. Tetapi Alhamdulillah walaupun masih belum baik sepenuhnya, Muadz mahu minum susu. Semalam, Muadz bertambah baik & ceria. Dah boleh senyum dan bermain.
Syukur.

Harap tips ini boleh membantu ibu-ibu lain juga. Yang penting kebergantungan kepada Allah ya.

Jan 12

bagi bayi makan awal

Assalamualaikum…

Lama tak update blog ni. Agak banyak sedikit kerja kebelakangan ni. Ada terbaca update seoragn sahabat yang mula beri anaknya makan kerana merasakan susu tidak cukup untuk bayi.

Sebenarnya bayi berusia 4-5 bulan, dah mula nampak jauh dan mula seronok belajar mencapai benda. Jadi, segala apa yang dia nampak semua nak dicapainya. Bagaimana pula kalau bayi meragam walaupun dah bagi minum?

saya pun pernah suatu ketika berlaku macam tu. Tapi dalam kepala tak pernah terfikir sebab susu tak cukup (konon positif sangatlah tu.. tongue ). Tapi cuma risau, kenapa dengan Muadz ni? Tak sihat ke? Last..last..saya layankan aje. sepanjang malam nak menyusu. bila lepas je menangis.

Kemudian baru saya tahu, mungkin Muadz mengalami Growth spurt. Dalam 2-3 malam juga Muadz asyik nak bergayut. Di Taska ok je pula.

Tapi sayangnya bila tengok, ramai dah start bagi anak makan awal. Memang bayi akan terima je. Tapi jangkamasa panjang, baru umur 30++ dah sakit badan macam-macam. Kebanyakkan institusi kesihatan seperti World Health Organisation, the American Academy of Pediatrics, Health Canada, Health Insite – Australia dan the Department of Public Health (U.K.) mencadangkan bayi diperkenalkan makanan pada usia 6 bulan. Boleh refer sini.

Banyak lagi link tentang memperkenalkan makanan kepada bayi. Kesian perut bayi yang kecil tu disumbat macam-macam kan. Sayangilah bayi anda kerana dia adalah amanah yang diberikan.

Jan 06

Keguguran rambut

Assalamualaikum…

Rasanya rata-rata ibu mengalami masalah keguguran selepas bersalin. Ada yang kata bila bayi mula main air liur, mulalah rambut gugur dengan banyaknya. Saya sendiri mengalami keguguran rambut yang teruk. Setiap kali mandi, penuh lantai tanda dengan rambut. bila pegang rambut banyak betul yang tertarik. Dah la rambut nipis, semua pun kata sampai nampak kulit kepala. Dah nak botak dah. huhuhu.

Dah pakai minyak rambut pun tak berkesan (tapi tak rajin sangat pakai sebenarnya. bila ingat je. tongue ) Jom kita tengok apa kata kellymom.
Continue reading

Dec 27

Soya boleh membanyakkan susu?

Assalamualaikum…

Salah satu makanan yang boleh membanyakkan susu adalah soya atau sumber protein yang lain. Sebab tu bila ambil ESP Shaklee pun dapat membantu membanyakkan susu. tapi kadang-kadang asyik minum soya suam atau ESP sahaja pun boring juga kan.

Apa kata kita cuba pelbagai resipi Taufufah? Taufu pun salah satu sumber protein tau. Boleh buat special macam kat hotel sket. Kalau berjaya boleh buat business. Mana nak dapat resipi banyak-banyak? Boleh klik banner di bawah.


Continue reading

Dec 16

Dah sampai

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semalam dah dapat pun vitamin yang diorder. Kali ni order Full pack Set B, menggantikan yang dah nak habis. Alfalfa dah habis terus, yang lain ada baki lagi sikit tapi alang-alang beli je la terus.

My Shaklee

Koleksi Vitamin yang ada di rumah

Continue reading

Aug 09

Resipi ESP dan PD

Assalamualaikum..

Sejak dapat Energizing Soy Protein(ESP) dan Performance Drink(PD) hari tu, saya pun mula bermacam-macam cara nak minumnya.
1) 1 cawan air + 1 sudu ESP + 1 sudu PD
2) 1 cawan air + 3 sudu ESP
3) 1 cawan air + 3 sudu PD
4) 1 cawan air + anmum lacta + 1 sudu ESP
5) oren twister + 1 sudu ESP
(1 cawan air = 250ml)
Continue reading

Aug 04

Shaklee full set

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semalam dah dapat Shaklee full set yang terdiri dari Set B + ESP + PD. Punyalah dapat kotak besar sebab dalam tu ada starter pack untuk member. macam mana nak jadi member? pakat ramai-ramai dengan kawan-kawan untuk beli lebih dari RM650, dapatlah membership free(untuk seorang sahaja ye). kalau siapa tak nak beli banyak-banyak tapi nak jadi member pun boleh juga tapi kena bayarlah.

Semalam try satu sudu ESP + 1 sudu PD campur dengan air. tapi dia still ada rasa serbuk. tak larut betul. maybe nak kena shake kot. nanti la beli bekas ada tutup untuk letak kat rumah. Rasanya? hmm..okla kot. boleh la untuk ditelan. tapi sebab ada rasa serbuk tu yang tak best sket.
Continue reading

Jul 29

Shaklee menguruskan badan?

Assalamualaikum…

Saya tidak pasti sama ada kenyataan di atas benar atau tidak tetapi saya hilang 3kg sejak makan shaklee! Selepas habis pantang saya tidak berharap berat saya akan turun walaupun saya memang mahu menghilang lemak-lemak degil yang ada pada badan. Saya naik 20++kg semasa mengandung, selepas melahirkan saya hilang 10kg dan semasa dalam pantang saya hilang 5kg. jadi saya perlu buang lagi 5++kg lagi.

Orang kata breastfeeding boleh membantu menguruskan badan. Mungkin itu juga salah satu faktor. menyusukan anak menjadi cepat lapar tetapi saya makan seadanya. saya masih makan nasi separuh kerana dah cukup mengenyangkan tetapi kalau diberi nasi penuh pun saya boleh habiskan. tongue
Continue reading

Jul 20

Shaklee : Hasilnya?

Assalamualaikum…

Sejak semalam dah cuba ambil shaklee set B. tapi memang dah teruja, rasa nak beli terus full-pack+ESP tapi tunggu fulus masuk dulu la. tongue

Semalam, tak perasan sangat perubahan, mungkin sebab cuti dan sibuk bercinta dengan suami. tapi still sempat pam dua kali di rumah. petang tu kami ke midvalley beli barang baby. sekarang ni memang tengah obses dengan barangan baby. beli first toy untuk muadz tapi lupa ambil gambar. lain kali la ye.
Continue reading

Jul 14

Bilik Menyusu dan Shaklee

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sejak minggu lepas dah dapat access ke tingkat 4, di mana di dalam tu ada bilik untuk mengepam. sangat seronok sebab dekat. dapat jimat masa sikit. dan biliknya pun agak privacy, jadi tak perlu nak cover2 sangat, yang mana tambah melambatkan lagi.

kenapa saya sangat berkira dengan masa? sebab kerja saya kena sentiasa berada di meja sendiri. bila ada di meja baru ada kerja masuk. lagi lama saya hilang, lagi kurangla kerja saya tapi orang lain terpaksa terima banyak kerja untuk menggantikan saya. jadi, saya rasa tak seronok. sebab kerja pun amanah, menyusukan anak pun amanah juga yang paling penting amanah untuk menjadi khalifah di bumi Allah ini. kalau boleh, saya nak buat yang terbaik untuk semuanya. Tak tau la rekod saya macam mana sejak saya guna bilik tu. harapnya menepati kriteria yang diberikan.
Continue reading

Mar 03

Berpantang

Assalamualaikum…

Alhamdulillah…Kebelakangan ni baby bergerak aktif. Dulu macam dah slow sikit. Risau juga. Ingat bulan ni nak buat check-up awal sikit sebab risau tapi lepas je dukung anak kakak ipar yang baru lahir tu terus aktif dia membuat somersault dalam perut. Kadang-kadang sampai perut berubah bentuk jadinya. Agaknya baby jeles kot ummi dukung baby lain. hee hee

Minggu lepas tengok kakak ipar yang masih dalam pantang di rumah mertua. Nak tengok juga cara berpantang. Mak mertua saya jenis tak kisah, ikut anak nak macam mana. Tapi yang saya nampak yang jaga betul adalah pemakanan. Hari-hari makan ikan haruan sahaja. Urut tu dah tentulah wajib dan memang dia ada sediakan air panas untuk mandian. Tapi mungkin juga sebab kakak ipar bersalin secara c-zer, jadi cara penjagaan agak berbeza.

Mak mertua saya memang jenis tak memaksa, dia cuma beri pendapat. Nak ikut atau tidak, terpulanglah. Dalam hal lain-lain pun macam tu. Mungkin agaknya cara begitu yang menyebabkan anak-anaknya berdikari dan sangat bertanggungjawab including my hubby. love struck (siapa lagi nak puji kalau bukan isteri sendiri kan.)

Tapi saya pula sangatla tak boleh makan benda yang sama lebih dari 2 kali. Terus dah tak lalu makan dan makin lama makan pun makin sikit. Macam sekarang dekat office ni, bila waktu rehat je mesti pening fikir nak makan apa. Walaupun memang banyak lauk tapi rasa macam dah try yang menarik semua, lama-lama mengadap lauk yang lebih kurang sama jadi tak bersemangat nak makan dah. Tapi kalau tak makan lapar pula. Jadi, makan aje la.

Mak saya pula memang tak mengamalkan pantang jadi dia pun tak tau macam mana cara berpantang. Cuma sikit-sikit mungkin. Masa kak long dulu dia ada juga tolong carikan tukang urut, yang lain kak long beli sendiri rasanya. Tapi mak sangat pentingkan penjagaan baby. Baby kena sapu minyak, bedung dan bengkung. Cara tidur baby kena betul.

Bagi saya pula, pantang tu sangat penting. Yelah, badan ni bukan nak pakai sekejap. Mak sendiri pun ada kata kalau tak pantang betul, dah tua sikit nanti macam-macam sakit. Jadi, saya memang cari sendiri cara berpantang. Cuma takkan saya nak masak, tunku sendiri. Terpaksa la hubby tersayang buatkan. hee hee Saya ada cari dan compilekan tips pemakanan dan resipi dalam pantang. InsyaAllah, nanti saya cuba share di sini untuk memudahkan orang lain tengok juga. Saya ingat nak print dan beri pada mak nanti. tongue Supaya taklah makan benda yang sama sahaja. Dulu, opah buatkan lada hitam dan ikan bilis digoreng tanpa minyak, makan dengan nasi. Tapi takkan hari-hari nak makan tu je? sad (Asyik ingat makan aje. tongue )

Saya juga dah plan nak beli set bersalin dan cari cara-cara berpantang yang lain. Ingat nak beli bulan ni tapi hubby kata beli bulan depan la. Macam awal lagi. Ada call beberapa tukang urut tapi belum buat desicion nak ambil yang mana. Saya memang jenis suka merancang. Masa kawen dulu pun mostly plan saya tapi of course la bincang dengan parents juga. Keperluan semua banyak cari sendiri macam baju, kek, hantaran, jurugambar. Agaknya sebab dah biasa buat semua benda sendiri masa di luar negara dulu.

Oh, saya ada jumpa cara berpantang untuk mereka yang bersalin c-zer. Harapnya saya bersalin normal. Boleh klik banner di bawah ni. Ada Ebook PANDUAN SELEPAS BERSALIN CESAREAN. Selain tu, boleh juga dapatkan tips-tips di bawah secara percuma.

  • Tips dan panduan menjaga luka pembedahan/cesarean. Dapatkan tips bagaimana menjaga luka pembedahan agar tidak terkena jangkitan dan bernanah!
  • Tips Menghilangkan Stretchmark / Kesan Regangan Kulit. Tips ini turut membantu dan menunjukkan kepada anda cara pencegahan yang berkesan!
  • Tips menghilangkan selulit. Selulit sebenarnya boleh menyerang sesiapa saja tidak kira sama ada anda seorang yang berbadan kurus atau gemuk. Tips ini pasti dapat membantu mengatasi masalah selulit yang anda hadapi!

Feb 25

Senaman Kegels

Masa ke kelas antenatal, salah satu senaman yang di ajar adalah senaman kegels. Ini ada info dari portal alam hamil.

Senaman ini adalah sesuatu yang harus dipelajari oleh setiap wanita mengandung kerana ia bukan sahaja mudah dipelajari malah boleh diamalkan di mana-mana sahaja. Senaman Kegels cuma memerlukan sedikit usaha namun ia memberi begitu banyak manafaat, anda sememangnya tidak mempunyai sebab untuk tidak mempelajarinya. Senaman ini menumpukan kepada otot pada pelvis, menolong menguatkan salur kencing, pundi kencing, rahim dan usus rektum.

Wanita hamil digalakan mebuat senaman ini kerana otot pelvis yang kuat akan menolong melancarkan kelahiran terutama semasa proses meneran. Lagipun, ia mengurangkan risiko untuk berlaku koyakkan semasa bersalin.

Semasa pantang, kegel boleh menolong anda pulih dari luka episiotomi dengan lebih cepat, menolong mengurangkan air kencing yang tidak terkawal dan menguatkan kembali otot-otot plevis anda.

Manfaat kegel bukan berhenti setakat itu:

  • Ia boleh mengelak dari mendapat rahim jatuh (prolapse) dimasa hadapan
  • Memudahkan anda mengalami klimaks semasa seks
  • Mengurang buasir

Bagaimana untuk membuat senaman Kegels?

Ia cukup senang dibuat:

  1. Kemutkan otot pelvis seperti anda mahu menahan air kencing
  2. Tahan selama 2-3saat
  3. Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat
  4. Buat 25 kali setiap kali tiga kali sehari pagi petang atau malam tidak kira dimana anda berada, sambil menonton TV, sambil memasak, mencuci kain dan sebagainya. Anda mungkin boleh meningkatkan masa kecutan sekiranya otot sudah menjadi kuat.
  5. Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman ini. Ia tidak diperlukan semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang anda kecutkan.
Jan 13

Suntikan kancing gigi

Assalamualaikum..

Sabtu lepas semasa buat monthly check-up doktor beri suntikan kancing gigi yang pertama. masa suntik tu sakit sikit, ingatkan macam suntikan biasa je. sampai hari ahad still sakit dan hari isnin lepas tengok dia macam ada bengkak sikit. bila tersentuh sikit je pun, sakit.

Mula-mula, call kakak yang doktor tu, dia tanya sakit sangat sampai tak boleh angkat tangan ke? Takdelah sampai tak boleh angkat tangan, nak angkat barang pun ok je lagi, cuma terasa sakit dia kat situ. kakakku kata suntikan tu memang sakit sikit sebab ada kena-mengena dengan saraf (sorry, maklumat details tak tahu, tak ingat dah apa dia cakap masa tu.)

bila isnin tu jadi membengkak risau juga la dan mula search di internet. rupanya ada orang yang sampai seminggu sakit. kemudian, ada terjumpa cadangan supaya tuam air suam kat bahagian kena inject tu. balik dari kerja terus cuba. Alhamdulillah, semalam tengok bengkak dah surut, sakit pun berkurangan. Balik office semalam cuba tuam lagi, nampak macam semakin baik tapi ada gatal sikit kat tempat kena inject tu.

Sekarang ni bila pegang betul-betul masih terasa sakit tapi kalau tersentuh lengan masih ok lagi. dan sakitnya pun dah berkurangan. Check-up bulan depan akan kena suntikan yang kedua pula, insyaAllah.

Dec 29

Kejang@cramp semasa mengandung

Assalamualaikum..

Kebelakangan ni hampir tiap-tiap malam saya mengalami kejang di betis dan tapak kaki. Kalau kejang tu memang tak boleh bergerak, nak menjerit pun tak keluar suara sebab sakit sangat. Jadi hubby hanya tau saya kejang keesokan harinya. Tapi itupun nak jalan masih sakit juga lagi terutama bila kejang di betis.

Ada baca dalam majalah bahawa kejang ni adalah disebabkan kurangnya kalsium. Masa mengandung memang perlukan banyak kalsium sebab baby pun perlukan kalsium yang banyak untuk pembentukan tulang-tulangnya.

Saya akui, sejak mengandung memang sangat kurang minum susu. Entah kenapa, tak boleh nak masuk susu dalam tekak. Masa first trimester memang kalau minum akan muntah tapi selepas itu pun masih tekak terasa payau lepas minum susu. Tapi kadang-kadang paksa diri juga. Anmum yang dibeli masa awal mengandung tak habis lagi sampai sekarang sedangkan kandungannya taklah sebanyak mana. Kalau minum hari-hari tak sampai sebulan boleh habis sebab beli pack kecil. Tapi punyalah payah nak telan.

Ubat kalsium yang doktor bagi pun susah nak telan. Pernah sekali lepas telan ubat tu muntah, habis nasi dan ubat semua keluar sekali. setiap kali nak telan ubat mesti perlukan mujahadah yang sangat kuat.

Akhirnya, weekend lepas masa di rumah mak mertua tanya akak ipar apa yang dia buat bila alami kejang. Dia kata dulu dia hari-hari kejang tapi lepas minum susu kambing hi-goat alhamdulillah tak kejang dah. saya pun cubalah satu peket. Sedap. Memang senang nak telan. tepung dia pun lembut dan sangat mudah larut dalam air. keesokan harinya terus kami cari dan beli. Harap-harap dapat mengurangkan kejang lepas ni.

Harga sekotak RM36 sebab bukan ahli. Beli di kedai yang banyak jual jamu-jamu atau barang-barang bersalin tu je. dalam tu ada 15 peket. Amboi, sejak mengandung ni asyik makan benda mahal je. hari tu ada yang kata baby ni high standard ni. yelah nak oii..kopak la ummi ngan ayah nanti. Masa first trimester memang selalu tak lalu makan tapi bila makan kat restoran cam JM beriyani tu boleh pula telan. Air pula boleh telan jus epal fresh dan jus oren fresh aje. lepas dah tak mabuk baru ok sket minum air lain. itupun selalu juga tak berselera nak makan. tapi bila makan makanan mahal ok la pula. Amboi, memilih plak anak ummi ni ye. Takpelah, bak kata hubby duit boleh dicari. Yang penting, anak ummi dan ayah ni jadi penegak agama Allah. Ummi dan ayah dah invest macam-macam ni, dah banyak kemudahan diberi, takde alasan tak boleh jadi seorang hamba Allah yang baik, ok. (melainkan kalau ummi dan ayah tak didik betul-betul. ops…winking. semoga Allah membantu kami mendidik anak kami untuk mencapai redha Allah. Amiin.

Selain itu, hubby juga ada ambil satu krim water base yang panas untuk mengurut dari ayahnya. Minyak angin tu memang best. sampai pagi terasa hangatnya tapi masa mula-mula letak rasa sejuk. dan disebabkan ia water base takdelah rasa berminyak. Lagi best bila ada tukang urut. memang rasa lega sangat kaki. lepas kena urut 2 malam berturut-turut, kaki dah tak rasa lenguh. mula-mula segan juga nak kena urut. (ada ke orang segan dengan suami sendiri??) tapi dah dia beria nak urut, biar aje la. Urut kaki aje tau.

Nov 25

Breastmilk vs Formula Milk

Assalamualaikum…

Ada baca di forum dan beberapa artikel yang membandingkan BF dan FM. Bagi saya, mungkin tak perlu membandingkan secara melampau seperti anak yang BF kurus kering, tak cukup khasiat atau anak yang FM anak susuan lembu. Sampai sekarang pun dah tentu kita masih minum susu lembu kan.

Yang penting kita tahu apa yang terbaik untuk diberikan pada anak kita. InsyaAllah apa yang Allah dah kurniakan itulah yang terbaik. Semua itu nikmat dari Allah. Susu ibu, kesihatan, kepandaian dan lain-lainnya semuanya adalah nikmat dari Allah. Kalau Allah nak tarik, bila-bila masa pun boleh.

Dalam adik-beradik saya, tiada yang sepenuhnya menyusu ibu kerana ibu bekerja. Mungkin pada masa tu belum ada maklumat tentang pam dan sebagainya. Melihat kepada kakak saya sendiri, anaknya betul-betul berhenti menyusu badan pada anaknya berusia 2 tahun lebih. Tapi campur dengan susu formula. Biasanya masa anak nak tidur, atau bila anak merengek baru dia bagi susu ibu.

Jadi rasanya masyarakat kita bukanlah tak tau kelebihan susu ibu ni tapi mungkin sebab dah biasa dengan susu formula dan nampak benda tu lebih mudah sebab semua orang buat. Sama juga macam benda lain. Sekarang ni amalan bercouple tu dah jadi biasa. Siapa yang takde couple tu yang nampak pelik sedangkan dalam Islam sendiri pergaulan antara lelaki dan perempuan tu memang kena dijaga betul. Memang sukar untuk mengubah kebiasaan dalam masyarakat kita. Tapi kalau kita berusaha insyaAllah Allah akan bantu kita. Kerana yang dinilai adalah usaha bukannya hasil.

Saya pun tak berani nak cakap banyak kerana belum ada pengalaman menyusu anak. Entah bagaimana rezeki yang Allah tentukan untuk saya masih belum tahu. Tapi insyaAllah saya akan cuba berusaha sedaya yang boleh sebelum berserah.

Semoga urusan ini dipermudahkan.

p/s – saya ada survey-survey keperluan untuk dalam pantang. ada yang kata tak perlu beli set bersalin sebab bukan semua yang akan digunakan. Apa yang penting untuk kegunaan pantang selain bengkung ye….

Nov 18

Sembelit semasa mengandung

Assalamualaikum..

Dari bahan pembacaan memang masalah ni adalah masalah biasa untuk ibu-ibu yang mengandung. Saya ada masalah sukar untuk membuang sebelum mengandung. Saya kena pastikan saya makan sayur hijau setiap hari supaya tidak bermasalah. Alhamdulillah, semasa mengandung saya tidak pula menghadapi masalah. (Mungkin belum lagi. harap-harap tak la). Semasa mengandung ni memang saya sangat tak gemar makan sayur hijau. entah kenapa, jadi tak lalu. kalau makan pun sikit-sikit je.

Tapi nak berkongsi tips untuk ibu-ibu di luar kalau ada yang menghadapi masalah ni. Cuba makan pisang dan minum air masak. Sebelum kawin saya ada amalkan banana diet. Cara diet ni mudah iaitu breakfast dengan pisang dan air masak. nak makan pisang berapa biji pun takpe. tapi kena minum air masak sahaja. lepas 2-3 jam baru boleh makan/minum benda lain. Alhamdulillah memang ada kesan walaupun lambat sedikit. Dan hasilnya sistem pelawasan saya juga berjalan lancar.

Ok, back to the topik. beberapa minggu lepas pun saya hampir mengalami masalah sembelit tapi sekarang ni petang-petang saya selalu beli pisang dan minum dengan air masak. beli pisang tu sebab lapar sebenarnya. dan macam dah tak lalu asyik makan biskut dan roti. jadi makan la pisang.

Alhamdulillah, kadang-kadang sampai 2 kali pergi membuang. Kalau sesiapa yang ada masalah sembelit mungkin boleh cuba cara ni. Siapa yang dah try, care to comment?