Nov 28

Persediaan anak masuk darjah 1

Assalamualaikum….

Dah akhir tahun ni banyak juga nampak kawan-kawan mencari tips untuk anak-anak yang bakal masuk darjah 1 tahun depan. Tahun lepas, saya pun mencari-cari benda yang sama. Yelah, pertama kali anak nak masuk darjah 1, macam-macam persediaan dan keperluan yang difikirkan.

Jadi kali ni, saya kongsikan sikit hasil carian dan pengalaman saya untuk rujukan kawan-kawan ya.

  1. Baju sekolah – Anak darjah 1 ni cepat membesar, jadi tak perlu beli baju yang mahal. Beli baju yang mix cotton kerana lebih mudah dibasuh. Saya beli jenama J&J dari hari-hari, sehingga hujung tahun baju masih cantik lagi cuma dah kecik sket sebab anak dah membesar. Ada seluar yg saya beli besar sedikit, awal tahun kena pakai tali pinggang ketat dan lipat kakinya, hujung tahun dah muat-muat.
  2. Bilangan baju – Jika anda ibu bekerja dan nak mudah, boleh beli 4 set terus. Biasanya sehari dalam seminggu anak akan pakai baju sukan. Saya beli 3 pasang baju untuk anak, jadi tengah minggu WAJIB basuh baju, takut tak cukup pula.
  3. Beg sekolah – Bergantung pada kelas, kalau kelas di tingkat atas, tak sesuai beg beroda. Yang penting alas bahu beg tu sesuai untuk bawa buku berat supaya tak membebankan anak2. Saya beli buku di kedai hari-hari juga. Alhamdulillah, masih elok sampai hujung tahun. Tahun depan tak payah beli beg baru. hehehe
  4. Kasut sekolah – seelok-eloknya ada 2 pasang. 1 yang berspan, 1 yang fully kain. Fully kain tu cepat sikit kering in case musim hujan. Kalau anak cepat besar, pertengahan tahun dah kena beli kasut lain, jadi tak perlu kasut mahal sangat pun takpe. Tapi ada juga anak yg setengah tahun kasut dah koyak. Jadi pandai-pandai la cari kasut yg elok. Kami beli kasut di hari-hari juga. Senang satu tempat borong semua. Sepasang lagi kami beli pallas jazz.
  5. Stokin – Stokin beli banyak pun takpe. Nanti pertengahan tahun ada la stokin yang tinggal sebelah je, ataupun yang berlubang. Jadi, nak senang beli banyak2 terus pun takpe. Kami beli 1 set yang ada 5 pasang tu. Lepas tu tok mak muadz bagi lagi 1 set, jadi mmg banyak stokin Muadz. Dekat nak hujung tahun kena juga beli lagi 2-3 pasang sebab banyak dah hilang dan berlubang.
  6. Sticker nama/cop nama – Sebaik-baiknya buat sticker nama/cop nama untuk tampal pada buku2 teks dan barang-barang anak. xde la penat nak tulis satu2 kan. Kalau guna buku teks pinjaman, lepas balut better tampal sticker, jangan cop pula buku tu. Nanti orang lain nak guna pula.
  7. Peralatan alat tulis – Sebaik-baiknya beli borong banyak sikit untuk pensil, pemadam, pengasah pensil, pembaris pendek. Lepas tu sorokkan tau. Bagi sikit je kat anak. Jangan bagitau ada extra. Biasanya bila hilang, saya minta anak cari dulu di sekolah esoknya, baru bagi yg lain. Nak ajar dia supaya jaga barang sendiri.
  8. Botol air – beri anak bawa bekal air masak untuk galakkan mereka minum air masak. botol tak perlu mahal sangat. pastikan tulis nama ye. Dah pesan beribu-ribu kali supaya jaga botol air. hehehe.

hmm…ada lagi ke ye? Setakat ni, itu je yang ingat. Kalau ada lagi boleh la tambah di komen ya.

 

Semoga bermanfaat buat kawan-kawan.