Feb 15

Kelas Antenatal di HKL

Assalamualaikum…

Selepas 4 hari bercuti, hari ni agak liat sikit nak pergi kerja. Dah la semua orang pun tengah cuti Chinese New Year. Lagi la semangat nak bekerja tu kurang. Tiba-tiba pagi tadi dapat call bertubi-tubi pula. Tak sempat nak update satu-satu. Ok, enough pasal kerja.

Pamphlet yang dapat masa kelas.

Seperti yang dijanjikan, nak cerita tentang kelas antenatal yang saya pergi. Ada 5 orang perempuan mengandung yang hadir bersama 3 orang suami (salah seorang tu hubby saya la). Saya rasa mengandung dan penjagaan baby sejak dari dalam kandungan hingga lahir bukan tanggungjawab ibu sahaja, jadi ayah pun perlu ambil maklumat ye.

Ada beberapa maklumat yang dikongsi tapi semuanya secara ringkas, mungkin sebab masa yang agak suntuk. Kelas start jam 9.30 pagi, terlewat sedikit dari jadual. Mula-mula diceritakan tentang breastfeed. Hospital Kuala Lumpur adalah salah satu hospital rakan bayi dan father friendly. Botol susu baby adalah benda yang dilarang keras untuk dibawa di hospital. Tapi cara penerangannya untuk ibu yang tak faham dan tak tau sangat tentang susu ibu ni tak merasakan kepentingan dan urgencynya untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. Yup, saya memang merasakan urgency untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. FM is the last option setelah saya faham pelbagai perkara tentang susu ibu dan susu formula.

Ada juga dipromosikan buku penyusuan susu ibu untuk ibu yang bekerja. Tapi kena beli sendiri. Alhamdulillah, saya dah ada 2 buku tu. Satu memang beli, satu lagi dapat free masa ikut kelas susu ibu di seri kembangan yang lepas. Yang saya nampak, hanya seorang yang beriya-iya bertanya pasal susu ibu ni. Yang lain nampak macam tak berminat atau mungkin malu. Wallahua’lam. Masa break pun nampak seorang ni yang beriya tengok buku yang dipromosikan tu.

Saya pernah juga terdengar/terbaca ada ibu yang mengadu di’paksa’ beri susu pada baby walaupun dia berulang kali kata takde susu atau sakit ketika menyusu. Sayangnya, mungkin tidak diterangkan/diajar dengan betul. dan memang ada setengah nurse yang hanya tahu marah dan arah tapi tidak mengajar dan explain. Mungkin tak semua ye. Ada setengah sahaja. Masa kakak saya melahirkan anak sulung, dia langsung tidak diajar untuk menyusukan atau tentang penjagaan baby. Tiba-tiba nurse tanya, dah susukan baby ke belum? Barulah kakak saya terkial-kial ambil baby, dengan menahan sakit sebab katil agak tinggi. susah nak turun. takde bantuan pun.

Kemudian, kami diterangkan proses semasa kelahiran. Apa yang doktor akan buat dan apa yang doktor nak kami buat dan apa yang dilarang buat masa proses kelahiran. Disebabkan hospital ni father friendly, memang digalakkan ayah membantu ibu semasa di labor room. Tapi sila jangan mengacau doktor dengan ambil gambar atau sibuk-sibuk nak tengok masa baby keluar ye. Bantu ibu aje. Oh, kamera adalah dilarang sama sekali dilabor room.

Selain itu, diterangkan juga tentang perancangan keluarga. Ini adalah supaya ibu cepat recover sebab kalau cepat sangat mengandung semula, ibu mungkin akan menghadapi masalah. Selepas itu, acara paling best sekali iaitu exersice. sebabnya dapat baring. laughing Encik hubby, dapat duduk di sebelah sahaja. Tak boleh baring ye. Best sebab dapat belajar practical dan doktor memang tengok sama ada kita buat tu betul atau salah.

Masa baring tu hubby betulkan sket tudung dan baju supaya kelihatan lebih sopan. Terasa perut saya sorang je yang kecik sket sebab orang lain dah 8 bulan. Selalu rasa bangga dan seronok bila hubby tegur atau betulkan pakaian, sebab nampak dia menjaga aurat isteri dia. Tak tau nak cakap camna tapi selalu rasa berbunga-bunga je hati bila dia tegur tentang pemakaian atau betulkan pakaian. love struck Ok, out of topic.

Lepas habis, kami pergi mothly check-up pula dan shopping lagi tongue . Entry lain la pula cerita pasal check-up ye. Macam dah panjang sangat je membebel.

p/s- terlupa pula. nurse bagi nasihat, lepas keluar hospital, bila dah sampai rumah tu minta hubby beri rekod kesihatan ibu dan anak di klinik kesihatan yang terdekat. nanti nurse akan datang rumah untuk pantau kesihatan ibu dan anak. kalau ada masalah pasal breastfeed pun boleh tanya. Kalau tak bersalin hospital kerajaan pun takpe. yang oenting kena ada rekod kesihatan ibu dan anak masa mengandung dan delivery.

Feb 08

Kelas Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum..

Alhamdulillah… Sabtu lepas berkesempatan hadir ke kelas penyusuan susu ibu yang dianjurkan oleh susuibu.com di Seri Kembangan. Kelas start pukul 9.30 pagi. Ada 2 perempuan mengandung dan 2 couple(termasuk saya). so total up ada 6 orang je. Tapi lagi senang nak tanya. kelas yang patutnya abis jam 12.30, habis jam 1 lebih sebab banyak betul benda yang ditanya dan dibincangkan.

Sangat seronok kelas ni. Lebih-lebih lagi dengan gaya Pn Rita yang sangat bersemangat. Hubby pun kata tak boring dan dia kata banyak benda baru yang dia tau. Alhamdulillah…boleh la dia support kalau ada masalah nanti.

Antara benda menarik yang nak share sket adalah bila Pn Rita cerita macam mana proses susu formula dibuat. Awalnya Pn Rita bercerita tentang struktur penghadaman manusia dan haiwan. Mestilah berbeza kan. Jadi susu lembu dah custom made untuk anak dia, susu ibu pun begitu. Antara seorang ibu dengan ibu yang lain pun kandungan detailsnya ada sedikit berbeza sebab dah di’custom made’kan untuk baby dia sendiri. Dah tentulah Allah tahu yang terbaik sebab dia yang menciptakan kita kan. Untuk bayi kita yang terbaik adalah

  1. susu ibu dari ibu kandung
  2. susu simpan(EBM) dari ibu kandung
  3. susu dari ibu susuan(ibu lain)
  4. formula milk

memang formula milk tu tak boleh nak dibandingkan dari segi khasiat dan kesesuaian berbanding susu ibu. tapi tak bermaksud tak boleh bagi but as a last option. kalau yang tiga2 sebelum tu memang dah takde. dalam apa jua pun mestilah kita nak yang terbaik kan dan kita akan berusaha ke arah itu. So same case as this one. Cuba sedaya upaya yang boleh sebelum pergi ke option seterusnya.

Ops, lupa pulak. ingat nak cerita proses buat susu formula tadi. Pn Rita kata dari maklumat dan research yang dia dapat ada dua cara untuk dapatkan susu lembu dengan hasil yang banyak. Satu dengan mengasingkan ibu lembu dan anaknya dan dipasangkan audio bunyi anaknya menangis untuk merangsang pengeluaran susu lembu. Kesian dia. Dah la dipisahkan dengan anaknya, manusia sesuka hati mengambil sepenuh-penuh hak anaknya dan tak diberikan langsung. Memang Allah jadikan susu haiwan salah satunya untuk minuman manusia juga tapi janganlah sampai menidakkan hak anaknya.

Satu lagi cara dengan cucuk hormon. Jadi br*ast lembu akan jadi bengkak dan sakit. Wallahu’alam. saya belum pernah mengalami bengkak susu tapi dari forum dan pembacaan, sangatlah sakit bila bengkak susu ni berlaku. so bayangkanlah benda yang sama pada lembu.

Banyak lagi khasiat, kepentingan dan lain-lain yang diceritakan tapi rasanya kalau nak cerita kat sini tak habis semuanya. Lebih penting bila dengar gaya penyampai yang penuh semangat secara tak langsung kita pun jadi semangat. Tak sama dengan membaca walaupun dah banyak sangat baca sampai kadang-kadang rasa dah tepu otak. Bila la nak applikasikan ni.

Sebelum ni ada yang kata bila dah 6-7 bulan ada sedikit colostrum keluar. Ada la juga try urut tapi takde apa pun. Rupanya cara urut tak betul. Balik kelas try buat, eh ada keluar sikit. Alhamdulillah. Moga baby boleh menyusu tanpa masalah.

Terima kasih Pn Rita dan Dr Ning yang banyak beri tips dan semangat. Memang tak rasa rugi langsung pergi kelas tu.

Bersama Pn Rita Rahayu(kiri), Dr Ning(kanan) dan dummy baby. (Do I look pregnant?)

Tengok lagi 3 orang semua perut besar macam dah sarat sangat je. Terasa macam keciknya lagi perutku. Baru 7 bulan. Lagi pula bila ditutup dengan tudung, lagi la tak nampak macam mengandung. Semalam ada jumpa junior yang baru jumpa. Dia kata,”Akak ni nampak macam dah kawin la.” Hehehe. Memang dah kawen pun dik oii. Bila cakap due akhir bulan 4 dan angkat sket tudung baru dia kata eh, dah besar perut. big grin

Dapat free babybook ni...

Habis kelas tu kami singgah kedai susu ibu di tingkat bawah sempat membeli botol kecil untuk simpan EBM nanti. Kemudian kami ke FobulousMom pula sebab ada flea market. Ada banyak barang secondhand dan baru yang elok-elok. Sempat beli 2 baju baby dan 2 set baju baby untuk bagi hadiah pada kawan-kawan yang bakal melahirkan juga. Dan sempat juga beli 3 nursing bra sebab semua barangan di fobulousmom ada 15% sale. big grin

Feb 02

Breastfeeding Guide

Assalamualaikum…

Hari tu terjumpa breastfeeding guidebook kat ratuhati.com. Guidebook tu saya letak dalam page download supaya mudah orang nak download. right click+save aje kalau nak simpan. Boleh print sendiri nanti.

Bagus untuk sesiapa yang nak belajar tentang penyusuan susu ibu ni. Siap ada gambar, jadi lebih mudah faham. Ada dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu. InsyaAllah, hujung minggu ni saya akan pergi ke kelas penyusuan yang diadakan di seri kembangan oleh susuibu.com.  sangat teruja nak ikuti kelas ni.

Perut pun dah makin besar dan baby makin aktif. Semoga baby ummi sihat sentiasa ye. big grin

Jan 12

Kelas antenatal

Assalamualaikum…

Sekarang ni tengah sibuk-sibuk juga mencari kelas antenatal. Takut kalau lambat-lambat sangat ada masalah pula. Kebetulan pula bulan depan memang plan nak ambil cuti 11 hari bulan (cuti paksa rela sebab japan holiday tongue ). Jadi ingat kalau boleh memang masa tu nak pergi kelas antenatal. hasil search kat internet hospital kerajaan biasanya akan buat weekdays. Jadi, hari tu sibuk la mengumpul nama-nama hospital yang berdekatan dan mana-mana maklumat yang ada.

Nak share sama-sama kat sini. Mana tau ada yang memang tengah mencari ke. Untuk tempat swasta ada yang berbayar. Cubalah hubungi hospital-hospital di bawah ni ye.

1) Hospital Serdang
Jalan Puchong
43000 Kajang
Hubungi Unit Pendidikan Kesihatan
+603 – 8947 5555
Kelas Antenatal (Ibu Mengandung)
Isnin & Khamis
10.00pagi – 11.00pagi
http://hserdang.moh.gov.my/

2) HOSPITAL KUALA LUMPUR
Jalan Pahang, 50586 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Tel: 603-26155555 Fax: 603-26989845

3) Hospital Putrajaya
Tel:03-83124200

4) Hospital Ampang
Jalan Mewah Utara,
Pandan Mewah,
68000 Ampang
No. Telefon : 03-42896000

5) Hospital Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
No. Telefon : 03-8736 3333
http://hkjg.moh.gov.my

6) Hospital Pantai Cheras (PHC)
masa : 2.00 – 5.30 ptg
03-91322022

7) PPUM – RM50 (couple)
8 ) Pantai Medical Center, Bangsar – RM200 (couple)
9) Hospital Pakat An-Nur Bangi
Obstetrics & Gynaecology Clinic
603-8925 0020

Tadi, tiba-tiba mendapat panggilan dari hospital KL tanya boleh datang tak kelas antenatal khamis ni. khamis ni? surprise mana la nak sempat. katanya kelas diadakan setiap 2 minggu sekali hari khamis. try check, alhamdulillah 11 feb ada kelas.

maklumat kelas yang saya dapat:

  • masa : 9.00pagi~12 tengah hari
  • tempat : klinik ibu bersalin
  • bayaran : percuma
  • subjek : breastfeed, proses bersalin, cara bernafas, senaman
  • dicadangkan pakai seluar supaya senang senaman

Thanks to my lovely hubby yang tolong callkan dan bagi contact number pada orang hospital KL. maklumlah, isteri dia ni susah sket nak calling-calling time kerja. Semalam try call hospital serdang tapi dia tengah busy dan macam tak nak layan. Alhamdulillah, akhirnya dah dapat tempat dan maklumat.

InsyaAllah lepas dah ikuti kelas ni saya akan cuba share ye.