Feb 17

Checkup @ 28weeks

Assalamualaikum…

Seperti yang dijanjikan, nak cerita pasal monthly check-up sebaik pulang dari kelas antenatal. Dalam kepala memang dah macam-macam juga benda nak ditanya pada doktor. Salah satunya nak minta copy rekod sepanjang check-up tapi itu yang lupa nak ditanya. Hehe. Takpelah, bulan depan minta, insyaAllah. Hubby pun kata better prepare, takut emergency kena bersalin kat tempat lain tapi takde rekod.

Kali ni print lagi gambar baby untuk kali kedua. Sebab boleh nampak baby as whole. Result scan due 7 Mei 2010 sebab baby kecik. Jadi, berat yang banyak-banyak tu? Pada maknya la..  tongue

This is my baby @ 28weeks

Boleh nampak tak kepala, tangan dan kaki dia? Mata pun boleh nampak kalau tengok betul-betul. Tak percaya? Cuba klik pada gambar tu. Saya lukiskan supaya mudah nampak. Hubby kata baby duduk macam teddy bear. Masa scan nampak jantung baby berdegup kencang, so saje tambah gambar jantung tu.

Sangat excited dapat tengok baby. Alhamdulillah, baby sihat dan berada di kedudukan yang betul. Hospital ni agak kurang mementingkan breastfeeding. Ada tanya, akan bagi bagi breastfeed tak lepas lahir. Doktor kata, kalau nak boleh je. Nanti beritahulah. Baby pun tak dibenarkan room-in sekali. Duduk dalam bilik baby. Hmm…ada kemungkinan untuk diberi susu formula tu. Tapi hubby kata takpe, nanti dia minta supaya baby boleh room-in.

InsyaAllah, next time nak tunjuk birth plan pada doktor dan nak tanya macam mana proses masa bersalin tu. Sebab hari tu doktor kata lepas mandi dan pakaikan baju, baru baby diberi pada maknya. Kalau ikut kelas antenatal hari tu, baby akan diberi skin-to-skin dengan ibunya. Mungkin setiap hospital lain, so kena tanya balik betul-betul supaya tau la nak request apa nanti. Takut time dah nak bersalin baru nak bincang dan lain dari expectation tak best plak.

Masa balik dapat pula free gift, diapers huggies for newborn dan susu anmum materna. Alhamdulillah, tak payah beli diapers tapi huggies la pula. Takpelah, nanti dah habis ummi belikan jenama lain ye. Harap-harap baby ok. Tak pun kita cuba cloth diapers pula ye.

Free diapers for baby

Kenapa dengan huggies? Huggies termasuk antara barang boikot israel. Tak percaya boleh check sini. Apa yang boleh diboikot insyaAllah akan diboikot. Mungkin ada yang kata buat apa beria sangat boikot bukan ada effect pun. Mungkin tiada effect pada company berkenaan tapi harapnya dengan usaha kecil saya ini menjadi saham di akhirat nanti. Allah melihat pada usaha bukan pada hasil. Harap benda-benda kecil ni boleh top-up memberatkan timbangan di sana nanti.

Sanggup ke kita katakan, takpelah sorang je anak kita mati dibunuh, ada 3 orang anak lagi. Kalau seorang anak kita yang hilang mesti terasa lain kan. Mungkin tak terasa sebab persaudaraan sesama Islam kita masih belum kuat. Sedang dengan jiran pun kadang kita tak kisah je kalau rumah dia kena masuk pencuri ke apa. Terpulang pada masing-masing. Lagipun, saya rasa masih boleh hidup tanpa menggunakan produk-produk yang disenaraikan itu. Susah? Kalau di Jepun dulu saya boleh periksa setiap barang sebelum beli untuk memastikan kehalalannya kenapa tidak sekarang…

Jan 13

Suntikan kancing gigi

Assalamualaikum..

Sabtu lepas semasa buat monthly check-up doktor beri suntikan kancing gigi yang pertama. masa suntik tu sakit sikit, ingatkan macam suntikan biasa je. sampai hari ahad still sakit dan hari isnin lepas tengok dia macam ada bengkak sikit. bila tersentuh sikit je pun, sakit.

Mula-mula, call kakak yang doktor tu, dia tanya sakit sangat sampai tak boleh angkat tangan ke? Takdelah sampai tak boleh angkat tangan, nak angkat barang pun ok je lagi, cuma terasa sakit dia kat situ. kakakku kata suntikan tu memang sakit sikit sebab ada kena-mengena dengan saraf (sorry, maklumat details tak tahu, tak ingat dah apa dia cakap masa tu.)

bila isnin tu jadi membengkak risau juga la dan mula search di internet. rupanya ada orang yang sampai seminggu sakit. kemudian, ada terjumpa cadangan supaya tuam air suam kat bahagian kena inject tu. balik dari kerja terus cuba. Alhamdulillah, semalam tengok bengkak dah surut, sakit pun berkurangan. Balik office semalam cuba tuam lagi, nampak macam semakin baik tapi ada gatal sikit kat tempat kena inject tu.

Sekarang ni bila pegang betul-betul masih terasa sakit tapi kalau tersentuh lengan masih ok lagi. dan sakitnya pun dah berkurangan. Check-up bulan depan akan kena suntikan yang kedua pula, insyaAllah.

Nov 09

Baby sihat

Assalamualaikum..

Last friday, buat monthly check-up. alhamdulillah, baby sihat. dah boleh nampak jantung dia yang berdegup kencang. tangan dan kaki pun aktif bergerak-gerak. ntah apa la yang dia buat dalam perut tu agaknya. macam busy sesangat je.

Tak pasti doktor menggunakan sistem scan 2D, 3D atau 4D. tapi memang boleh nampak jelas tangan dan kaki baby dalam bentuk 3D. Alhamdulillah, overall baby sihat, cuma umminya je yang tak berapa sihat.

Doktor pun kata,”Berat ni naik sikit sangat ni. Tak lalu nak makan lagi ke?”. Yup, saya masih tak lalu nak makan. Sampai dah tak tau nak makan apa. Penat memikirkan makanan yang boleh masuk kat tekak. biasa kalau beli tu makan je, tapi dengan gaya yang sangatlah slow motion. pastu petang2 atau malam2 sket mula la mengeluarkan isi perut yang ada.

Jumaat malam tu lepas check-up, terus pulang ke rumah mertua dan keluar makan. adik ipar belanja satu family makan kat luar sebab baru dapat pinjaman. masa makan tu rasa macam selera. tapi on the way balik tu dah rasa makanan ni macam tak masuk kat perut je. cuba juga minum air masak. kot2 boleh tolak masuk. sampai je kat rumah abis keluar semua. sebiji2 rupa nasi. memang betul makanan tak masuk perut. At least sebelum ni dah takde rupa sangat. macam dah diproses juga la. kali ni macam tak proses langsung.

sepatutnya dah 3 bulan lebih beransur ok, tapi saya macam beransur kurang ok pula. orang lain makan makin banyak, saya makan makin sikit. Ingatkan dah boleh bau makanan yang dimasak, rupanya masih belum boleh. Kesian suamiku, dah lama tak rasa air tangan isteri.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami…

Oct 07

10 weeks and 3 days

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, semalam dah pergi buat check-up. Sebelum ni hasil scan dan kiraan tak sama. Maybe sebab baby kecik lagi kot. Dan doktor pun tak dapat nak bagi due lagi masa tu. Dia suruh datang lepas raya untuk buat fully check-up air kencing etc. Kali ni doktor yang bertugas doktor Zarina. Doktor ni doktor pakar. Memang lain sangat layanannya. (Tapi kalau nak book doktor pakar untuk bersalin, kena tambah sikit la…winking

Masa scan tu tiba-tiba hubby cakap, “Eh, tangan dia gerak.” Wah, dah ada hidupan yang bergerak dalam perut. Subhanallah, besarnya kekuasaan Allah. On the way balik tu kami berdua dok tersengih-sengih macam tak percaya. (Maafkanlah kami yang baru pengalaman pertama ni ye.) Nak ambil gambar lupa bawa kamera pula. Nak print doktor kata kecik lagi, tak berapa clear kalau print. Takpelah, tunggu baby besar sket baru kami print ye.

Hasil check semalam insyaAllah due between 30 April-2 May and I’m a 10 weeks and 2 days pregnant(hari ni 3 hari la kan). Pandai baby pilih tarikh antara birthday ummi dan ayah ye. Kalau lahir 1 May sama dengan anniversary kami. Nak jimat belanja boleh combine je semua tarikh untuk raikan sekali. Wah, nanti first anniversary present is our baby. Harap semuanya selamat. Baby duduk elok-elok dalam perut ummi ye. Jangan nakal-nakal tau. We are waiting for you.

Rasa nak mengalir je air mata terharu bila tengok baby gerak-gerak. Next week kami pergi tengok baby lagi ye. Harapnya in the meantime mabuk dan muntah dah kurang sket. Kesian ayah asyik complain ummi asyik tidur hujung katil sambil pandang dinding.

blogger-emoticon.blogspot.com

p/s – dah start sakit-sakit pinggang sikit-sikit.

Sep 15

Hasil check-up

Assalamualaikum..

Semalam dah buat check-up sekali lagi di Pusat Rawatan Kohilal. Saje check sebab risau. Alhamdulillah, the baby is fine. Kecik sangat lagi takleh nak nampak apa. Kalau ikut mesin tu baby tu besar 5 minggu. Setakat ni doktor kata kalau puasa pun tak memudaratkan baby cuma takut maknya yang tak tahan.

Alhamdulillah, setakat ni ok lagi kalau sahur tu dan malam tu makan lebih sket. Biasa sebelum tidur akan cuba makan roti sket dan minum air coklat. Tapi bangun pagi untuk sahur mesti dah kelaparan dan perut mula berangain. Angin sangat la banyak melanda kebelakangan ni. Lately, dah takde muntah angin tapi muntah kosong. Memang beria gaya muntah tapi takde apa pun yang keluar. Lagi la sakit. At least lepas keluar angin lega sikit.

Doktor kata teruskan makan ubat gastrik, boleh neutralkan asid dalam perut. Ganbatte, sikit je lagi nak puasa. Tapi nanti kena ganti satu hari tu. Harap-harap dapat bertahan dengan jayanya.

Semalam sempat berbuka di rumah mertua. Memandangkan pusat rawatan tu memang dekat sangat (15 minit je) dari rumah mertua, jadi malam tadi tidur di sana. Sempat bantu mak buat 2 jenis biskut raya malam tadi. Biskut badam dan biskut tart. Malangnya biskut tart tu saya tak dapat tolong sampai habis sebab dah ‘pengsan’. Bak kata hubby sejak mengandung ni tengah mengaji pun boleh tidur sambil duduk. Tak sampai hati nak kejut. Tapi di rumah mertua takde la buat perangai tidur sambil menguli, siap-siap terus berangkat untuk tidur. Mak pun kata muka nampak penat. huhu.

Review sikit tentang Pusat Rawatan Kohilal ni. Alhamdulillah, semua doktor perempuan muslim. Rasa selamat sikit. Kata hubby bila masuk tu rasa ‘tenang’ je, saya tak perasan la pula. Mungkin sebab ada sedikit tension dengan doktor sebab bila cakap pasal symptom2 biasa tu dia kata, “Biasalah tu. Dah sendiri yang buat kan. Sendiri yang nak.” Memang la. Tapi kalau ye pun puan doktor cakap la elok-elok sikit. Saya ni dah ler baru first time mengandung.

Bila tanya nak next check-up pun dia macam tak berminat je. Dia kata baby kecik sangat lagi, tunggu la sebulan lagi ke. Tapi sib baik lepas tu dia bagi nasihat baik-baik. Agaknya just the hormon in me kot yang buat rasa cam tak best. Sebab hubby ok je. Siap dia bagi ambil gambar dalam scan tu pakai kamera sendiri.(Nak suruh print takut mahal plak. tunggu besar sket baru print). Tapi lupa nak bawa card reader, jadi tak dapat nak update gambar. Esok la ye.

Sep 11

I’m going to be a mom

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Akhirnya segala telah jelas semalam. I’m going to be a mom. Sebelum ni memang macam dah agak juga sebab ‘teman baik’ setiap bulan tak datang-datang. Tapi malas nak check dulu. Tunggu 2 kali tak datang baru ingat nak pergi check. Tapi sebab dah ramai sangat yang bertanya dan ada yang kata muka saya agak lesu seperti orang mengandung. Dan juga kerana peristiwa ini, kami pun mengambil keputusan untuk beli pregnancy test kit di farmasi.

test kit

Inilah hasilnya. Tapi masa tu macam tak sure lagi walaupun dia tulis benda tu 100% accurate. Akhirnya semalam sempat juga pergi klinik dan dapat tengok sesuatu dalam perut. Cuti semalam bukan untuk pergi klinik sahaja ye. Banyak urusan-urusan lain lagi antaranya pergi LHDN, pusat zakat, bank-bank dan lepas tu pergi membeli-belah sekali.

Masa scan dan doktor tunjuk ada kantung tu rasa macam nak mengalir air mata. Tak tau sebab apa. Mungkin sebab gembira sangat kot. Tapi belum nampak baby. Cuma nampak satu dot putih sebab baru 5 minggu. Doktor suruh datang lagi lepas raya untuk ukur janin, baru boleh confirmkan dah berapa minggu sebenarnya. Banyak juga bincang-bincang dengan doktor tu antaranya tentang nak bersalin di mana. Saya nak doktor perempuan muslim yang sambut anak saya.

Ada survey beberapa hospital. Kalau boleh biarlah anak saya mendengar nama Allah sebaik keluar perut. Ada baca di forum, ada hospital yang beri salam pada baby sebaik sahaja lahir. Sejuk perut ibu yang mendengar kan. Kena fikir nak bersalin di mana supaya senang nak buat monthly check-up. Nak cari hospital yang :

* support breastfeeding – nak cuba BF baby sampai 2 tahun

* Doktor perempuan muslim

* Boleh request tak nak doktor pelatih

Tapi risau juga kalau hospital swasta dan kalau jadi apa-apa. Isyk..minta dijauhkan. Lagipun klinik kerajaan tak buka hari sabtu ahad. Saya pula kekurangan cuti untuk ambil sebulan sehari cuti. Dah la memang diperuntukkan sebulan sekali je cuti. Nanti takde cuti dalam simpanan kalau ada emergency.

Harap-harap rakan sekerja dapat memahami saya yang asyik ke tandas. Bukan sebab tak nak angkat telefon tapi sebab asyik rasa nak muntah. Dan seperti biasa hanya muntah angin. Tiada isi yang keluar. Dan saya makin tidak berselera untuk makan. Menurut kakak saya orang mengandung kena kerap makan tapi saya sangatlah tak lalu nak makan. Berbuka makan sikit sahur pun makan sikit. Itu agaknya yang lebih menyumbang kepada angin dan gastrik. Harapnya mereka juga dapat menahan hidung sebab saya melumurkan minyak angin di leher dan dada sebanyak-banyaknya untuk menahan rasa nak muntah dan pening.

Menurut doktor orang mengandung memang akan banyak angin, dan mungkin akan datang balik gastrik so dia suruh teruskan makan ubat gastrik. Oh, dahsyat juga mengandung ni ye. Pernah dengar orang kata bila start mengandung bersedialah untuk sakit dan terus sakit. Sakit mengandung, sakit bersalin, sakit melayan kerenah anak-anak dan lebih menyakitkan adalah bila anak-anak dah besar dan terus menyakitkan hati ibunya. Sebab itulah syurga di bawah tapak kaki ibu kan. Tabah betul menjadi seorang ibu ni. Harap saya dapat menjadi seorang ibu yang tabah dan sabar dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan musleh. tapi sebelum tu ibu ayah dia kena la menjadi soleh dan musleh juga kan.

p/s – rasa sungguh tidak larat hari ini. perlukah saya mengambil mc atau terus bertahan…