Oct 01

Bayi minum banyak

Assalamualaikum…

Saya ada dapat email, ada seorang sahabat yang anaknya minum banyak dan dia masih belum sempat buat stok. hantar ke taska 6x3oz dan semuanya habis. saya pun mula terfikir, anak saya minum sikit sangat ke? tapi bila dengan saya ok je. poo poo dia pun ok. tapi memang dah biasa macam tu dari mula hantar. saya tengok memang kebanyakkan orang bagi 6x3oz, lebih bilangan botol pun ada.
Continue reading

Sep 28

Mula kerja, susu kering

Assalamualaikum…

Sebelum ni banyak mitos yang saya baca tentang susu ibu daripada blog-blog lain. ada yang pernah diberitahu anak mereka kurus sebab tak cukup khasiat, di mana susu ibu tak cukup untuk anak dan macam-macam lagilah.

dari segi saya sendiri, orang sekeliling tak pernah pula cakap keburukan susu ibu. Malah bila tengok anak saya yang bulat tu ada yang kata ‘minum susu ibu ye, patutla.’ Ramai yang kata badan anak saya tegap sebab minum susu ibu. Dibandingkan dengan ada bayi yang bulat juga tapi badan lembik-lembik.
Continue reading

Aug 24

pengurusan EBM di taska

Assalamualaikum…

Semalam terpaksa membuang 3 bekas EBM dalam bekas dadih tu. Lebih kurang 5 1/2 oz terpaksa dibuang sebab dah expired. rasanya lepas ni pun ada yang bakal menyusul. lupa pulak nak ambil gambar sebelum buang.

hubby kata membazir je. baik bagi kat taska. hmm…ada juga terfikir, membazir buang EBM tu. sebelum ni ada bincang dengan kawan, nak jadikan anak dia anak susuan sebab susu dia sikit dan dia kena top-up formula. daripada top-up formula pilihan yang lebih baik adalah susu ibu dari ibu lain. tapi hubby dia macam tak setuju dan nak cuba juga. Yelah, ibu dia pun sedih sebab tak dapat nak bagi susu dia sepenuhnya.
Continue reading

Aug 17

Susu kurang di bulan puasa?

Assalamualaikum…

Tentu ramai ibu yang risau kalau susu kurang di bulan puasa. sebelum ni takde la nak fikir sangat pun. tapi selepas beberapa hari puasa, ada nampak effect sikit bergantung pada cara pemakanan masa sahur. So pemakanan sangatlah penting untuk wanita yang menyusukan anak.

Sabtu lepas terlepas waktu sahur, bangun je dengar azan tapi tawakkal aje la. bila dah petang-petang tu memang terasa kekeringan. Muadz pula asyik nak menyusu. agaknya dia tak puas kot sebab susu tak banyak. sebab sehari sebelum tu, hasil pam di waktu petang memang sangat kurang berbanding selalu. by 6.30 saya dah start rasa seram-sejuk dan pening-pening. rasa sayang nak berbuka sebab lagi sikit je lagi. by pukul 7 badan dah menggigil sikit. bila bangun je dari duduk rasa macam nak pitam sikit. masa tu memang berdoa je semoga Allah kuatkan diri ini. Alhamdulillah berjaya juga habiskan puasa. berbuka terus makan 2 biji kurma dan minum Shaklee ESP+PD dan air masak yang agak banyak. kemudian, solat maghrib dan makan nasi.
Continue reading

Jul 27

BF baby mahal?

Assalamualaikum..

Ada yang beranggapan BF baby memerlukan perbelanjaan yang besar. (terutama kalau anda membaca blog saya.  tongue  ) saya memang cepat  teruja dengan benda yang saya minat dan sanggup berbelanja sekiranya saya rasa benda yang dibeli itu berbaloi.

Untuk barangan mengepam seperti set Medela FS, ice pack, botol MLO, bantal menyusu dan banyak lagi, saya sanggup berbelanja kerana saya yakin ianya akan digunakan untuk jangkamasa yang panjang. Saya jarang membeli handbag dan kasut kerana yang ada masih boleh dipakai. nanti kalau tukar-tukar handbag tentu ada sahaja benda yang tertinggal. kasut saya ada 3 pasang iaitu sepatu, sandal dan selipar. cukuplah tu.
Continue reading

Jul 14

Bilik Menyusu dan Shaklee

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sejak minggu lepas dah dapat access ke tingkat 4, di mana di dalam tu ada bilik untuk mengepam. sangat seronok sebab dekat. dapat jimat masa sikit. dan biliknya pun agak privacy, jadi tak perlu nak cover2 sangat, yang mana tambah melambatkan lagi.

kenapa saya sangat berkira dengan masa? sebab kerja saya kena sentiasa berada di meja sendiri. bila ada di meja baru ada kerja masuk. lagi lama saya hilang, lagi kurangla kerja saya tapi orang lain terpaksa terima banyak kerja untuk menggantikan saya. jadi, saya rasa tak seronok. sebab kerja pun amanah, menyusukan anak pun amanah juga yang paling penting amanah untuk menjadi khalifah di bumi Allah ini. kalau boleh, saya nak buat yang terbaik untuk semuanya. Tak tau la rekod saya macam mana sejak saya guna bilik tu. harapnya menepati kriteria yang diberikan.
Continue reading

Jul 08

Susu Apa Terbaik Selepas Anak 2 Tahun Breastfeeding???

Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu ‘terpesong’ dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak ‘sangat perlu minum susu’ dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.

Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat:
Continue reading

Jul 06

Makanan penambah dan pengurang susu

Assalamualaikum..

Semalam susu saya tiba-tiba berkurangan. bila pam tak macam biasa. alhamdulillah, masih cukup untuk baby tapi macam agak terkejut. hari ni, lagi kurang dari semalam. mungkin sebab saya tukar corak pemakanan. sebelum ni pagi-pagi minum air coklat, sekarang ni minum air masak je. ada kaitan ke?

Baby baru 2 bulan lebih. Ni belum lagi masuk bulan puasa atau datang bulan. agak merisaukan juga la. Jadi saya pun cari di susuibu.com.
Continue reading

Mar 23

20 mitos penyusuan susu ibu

Mitos 1
Sesetengah susu formula(FM) lebih baik dari susu ibu (SI) kerana ditambah vitamin.
Fakta:
Sesetengah vitamin yang ditambah mungkin memberi kesan negatif kepada bayi.

Mitos 2
Bayi menyusu SI mempunyai jadual menyusu yang sama dengan bayi menyusu FM.
Fakta
Susukan bayi mengikut kehendak.
SI lebih mudah hadam, maka bayi akan cepat berasa lapar semula.

Mitos 3
Sesetengah ibu tidak mampu menyediakan SI yang secukupnya.
Fakta
Kekerapan menyusu akan merangsang pengeluaran susu yang secukupnya.

Mitos 4
Adalah tidak mustahil bayi juga mempunyai alahan terhadap SI.
Fakta
Sekiranya berlaku alahan, mungkin disebabkan pemakanan ibu ataupun faktor sekeliling.

Mitos 5
Sekiranya ibu sakit, demam,selesema, ibu sepatutnya berhenti menyusu.
Fakta
Semasa sakit, ibu akan menghasilkan antibodi terhadap penyakit tersebut dan ianya sangat bermanfaat untuk bayi.
Bayi yang menyusu FM dua kali terdedah risiko jangkitan.

Mitos 6
Susu awal iaitu susu selepas kelahiran adalah tidak berfaedah.
Fakta
Kolostrum amatlah penting sebagai imuniti pertama bayi.

Mitos 7
SI sama sifat seperti FM.
Fakta
SI akan berubah dari segi warna pada masa dan waktu yang berlainan.
SI juga berubah2 rasa bergantung kepada pemakanan ibu.

Continue reading

Mar 16

Peranan suami dalam menjayakan penyusuan susu ibu

Salah satu perkara yang boleh menjayakan dan menggagalkan BF adalah ‘suami’. Kadang2 ada isteri mengeluh suami tidak menyokong BF. Artikel ni saya jumpa di Sarakids. Artikel ini ditulis sendiri oleh suami Farah ni yer.. so from husband to husband lah kiranya..

9 Cara Suami Membantu Menjayakan Penyusuan Susu Ibu:

1) Membuat Pilihan Bersama Isteri Untuk Melahirkan Anak di Hospital Rakan Bayi.

Ramai suami mengeluh apabila membuat keputusan memilih hospital untuk isterinya bersalin. Semua suami mahu yg terbaik, tetapi kadang-kadang lupa apa aspek yg penting yg perlu diambil kira. Hospital rakan bayi adalah status yg diberikan kepada hospital yg mengamalkan penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya. Para suami perlu tahu betapa pentingnya penyusuan pada 1 jam yg pertama. kita galakkan isteri menyusu secepat mungkin selepas melahirkan anak.

2) Menjaga anak (yang lain) semasa isteri berpantang – siapkan keperluan.

Itu adalah menjadi satu tanggungjawab bagi semua suami apabila isteri berpantang. Pada masa ini bapa perlu mengambilalih tugas isteri sekejap. Mungkin pada masa ini anak-anak yg lain akan berasa jauh hati sebab adik baru lahir. Jadi perhatian akan ibu akan teralih sekejap kepada adik. Jadi di sini pentingnya suami comfort anak2 yg lain supaya belajar sayang adik dan alihkan perhatian dgn bermain atau bawa mereka keluar dan biar isteri ada masa berkenalan dgn adik baru.

3) Bangun tengah malam – salin lampin bayi dan kejutkan isteri untuk susukan anak.

Suami biasanya akan kejutkan isteri untuk susukan anak. Sebagai balasan kpd isteri yg telah menyusukan anak, suami kenalah tolong tukarkan lampin anak. Jadi isteri pun akan rasa dihargai kerana suami pun turut bangun memberi bantuan selain daripada tidur mati. hahaha
Continue reading

Feb 19

Breastfeeding Plan

Assalamualaikum..

Breastfeeding planner

My breastfeeding plan

Alhamdulillah, siap juga plan ni. Ingat nak buat semalam tapi lupa nak bawa kertasnya pula. Sebenarnya kertas ni dapat masa pergi kelas penyusuan susu ibu hari tu. Dah tulis dan bagi pada hubby untuk bincang. Saje type in balik dan letak di blog supaya boleh jadi motivasi diri di kemudian hari. Mana tau, bila banyak cabaran tiba-tiba rasa nak stop breastfeed boleh tengok benda ni.

kalau tengok hope for the baby to macam berat je kan. Takde la berat sangat. Yang penting impian/cita-cita, kemudian usaha. Bila dah set target baru la senang nak usaha kan. Ummi dan ayah tak harap pun baby jadi ustaz, bukan title ustaz tu yang penting sebab itu hanya dari segi sijil dan panggilan. Yang lebih penting, benar-benar menjadi hamba Allah dari segi iman dan amal.

Bukan berat untuk baby je, lebih berat lagi untuk ummi dan ayah la. Huhuhu. Dah tentu la kena usaha keras untuk mendidik baby. Nanti tak pasal-pasal plak anak cakap masa kat akhirat, “mak ayah saya bercita-cita je tapi tak didik pun saya betul-betul.” Masa tu mana nak letak muka.

Jadi, ummi dan ayah pun kena berusaha untuk menjadi the best mu’min supaya anak-anak jadi the best mu’min juga. Tapi, akhirnya segala hasil terpulang pada Allah. Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha dan bertawakkal.

Feb 15

Kelas Antenatal di HKL

Assalamualaikum…

Selepas 4 hari bercuti, hari ni agak liat sikit nak pergi kerja. Dah la semua orang pun tengah cuti Chinese New Year. Lagi la semangat nak bekerja tu kurang. Tiba-tiba pagi tadi dapat call bertubi-tubi pula. Tak sempat nak update satu-satu. Ok, enough pasal kerja.

Pamphlet yang dapat masa kelas.

Seperti yang dijanjikan, nak cerita tentang kelas antenatal yang saya pergi. Ada 5 orang perempuan mengandung yang hadir bersama 3 orang suami (salah seorang tu hubby saya la). Saya rasa mengandung dan penjagaan baby sejak dari dalam kandungan hingga lahir bukan tanggungjawab ibu sahaja, jadi ayah pun perlu ambil maklumat ye.

Ada beberapa maklumat yang dikongsi tapi semuanya secara ringkas, mungkin sebab masa yang agak suntuk. Kelas start jam 9.30 pagi, terlewat sedikit dari jadual. Mula-mula diceritakan tentang breastfeed. Hospital Kuala Lumpur adalah salah satu hospital rakan bayi dan father friendly. Botol susu baby adalah benda yang dilarang keras untuk dibawa di hospital. Tapi cara penerangannya untuk ibu yang tak faham dan tak tau sangat tentang susu ibu ni tak merasakan kepentingan dan urgencynya untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. Yup, saya memang merasakan urgency untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. FM is the last option setelah saya faham pelbagai perkara tentang susu ibu dan susu formula.

Ada juga dipromosikan buku penyusuan susu ibu untuk ibu yang bekerja. Tapi kena beli sendiri. Alhamdulillah, saya dah ada 2 buku tu. Satu memang beli, satu lagi dapat free masa ikut kelas susu ibu di seri kembangan yang lepas. Yang saya nampak, hanya seorang yang beriya-iya bertanya pasal susu ibu ni. Yang lain nampak macam tak berminat atau mungkin malu. Wallahua’lam. Masa break pun nampak seorang ni yang beriya tengok buku yang dipromosikan tu.

Saya pernah juga terdengar/terbaca ada ibu yang mengadu di’paksa’ beri susu pada baby walaupun dia berulang kali kata takde susu atau sakit ketika menyusu. Sayangnya, mungkin tidak diterangkan/diajar dengan betul. dan memang ada setengah nurse yang hanya tahu marah dan arah tapi tidak mengajar dan explain. Mungkin tak semua ye. Ada setengah sahaja. Masa kakak saya melahirkan anak sulung, dia langsung tidak diajar untuk menyusukan atau tentang penjagaan baby. Tiba-tiba nurse tanya, dah susukan baby ke belum? Barulah kakak saya terkial-kial ambil baby, dengan menahan sakit sebab katil agak tinggi. susah nak turun. takde bantuan pun.

Kemudian, kami diterangkan proses semasa kelahiran. Apa yang doktor akan buat dan apa yang doktor nak kami buat dan apa yang dilarang buat masa proses kelahiran. Disebabkan hospital ni father friendly, memang digalakkan ayah membantu ibu semasa di labor room. Tapi sila jangan mengacau doktor dengan ambil gambar atau sibuk-sibuk nak tengok masa baby keluar ye. Bantu ibu aje. Oh, kamera adalah dilarang sama sekali dilabor room.

Selain itu, diterangkan juga tentang perancangan keluarga. Ini adalah supaya ibu cepat recover sebab kalau cepat sangat mengandung semula, ibu mungkin akan menghadapi masalah. Selepas itu, acara paling best sekali iaitu exersice. sebabnya dapat baring. laughing Encik hubby, dapat duduk di sebelah sahaja. Tak boleh baring ye. Best sebab dapat belajar practical dan doktor memang tengok sama ada kita buat tu betul atau salah.

Masa baring tu hubby betulkan sket tudung dan baju supaya kelihatan lebih sopan. Terasa perut saya sorang je yang kecik sket sebab orang lain dah 8 bulan. Selalu rasa bangga dan seronok bila hubby tegur atau betulkan pakaian, sebab nampak dia menjaga aurat isteri dia. Tak tau nak cakap camna tapi selalu rasa berbunga-bunga je hati bila dia tegur tentang pemakaian atau betulkan pakaian. love struck Ok, out of topic.

Lepas habis, kami pergi mothly check-up pula dan shopping lagi tongue . Entry lain la pula cerita pasal check-up ye. Macam dah panjang sangat je membebel.

p/s- terlupa pula. nurse bagi nasihat, lepas keluar hospital, bila dah sampai rumah tu minta hubby beri rekod kesihatan ibu dan anak di klinik kesihatan yang terdekat. nanti nurse akan datang rumah untuk pantau kesihatan ibu dan anak. kalau ada masalah pasal breastfeed pun boleh tanya. Kalau tak bersalin hospital kerajaan pun takpe. yang oenting kena ada rekod kesihatan ibu dan anak masa mengandung dan delivery.

Feb 08

Kelas Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum..

Alhamdulillah… Sabtu lepas berkesempatan hadir ke kelas penyusuan susu ibu yang dianjurkan oleh susuibu.com di Seri Kembangan. Kelas start pukul 9.30 pagi. Ada 2 perempuan mengandung dan 2 couple(termasuk saya). so total up ada 6 orang je. Tapi lagi senang nak tanya. kelas yang patutnya abis jam 12.30, habis jam 1 lebih sebab banyak betul benda yang ditanya dan dibincangkan.

Sangat seronok kelas ni. Lebih-lebih lagi dengan gaya Pn Rita yang sangat bersemangat. Hubby pun kata tak boring dan dia kata banyak benda baru yang dia tau. Alhamdulillah…boleh la dia support kalau ada masalah nanti.

Antara benda menarik yang nak share sket adalah bila Pn Rita cerita macam mana proses susu formula dibuat. Awalnya Pn Rita bercerita tentang struktur penghadaman manusia dan haiwan. Mestilah berbeza kan. Jadi susu lembu dah custom made untuk anak dia, susu ibu pun begitu. Antara seorang ibu dengan ibu yang lain pun kandungan detailsnya ada sedikit berbeza sebab dah di’custom made’kan untuk baby dia sendiri. Dah tentulah Allah tahu yang terbaik sebab dia yang menciptakan kita kan. Untuk bayi kita yang terbaik adalah

  1. susu ibu dari ibu kandung
  2. susu simpan(EBM) dari ibu kandung
  3. susu dari ibu susuan(ibu lain)
  4. formula milk

memang formula milk tu tak boleh nak dibandingkan dari segi khasiat dan kesesuaian berbanding susu ibu. tapi tak bermaksud tak boleh bagi but as a last option. kalau yang tiga2 sebelum tu memang dah takde. dalam apa jua pun mestilah kita nak yang terbaik kan dan kita akan berusaha ke arah itu. So same case as this one. Cuba sedaya upaya yang boleh sebelum pergi ke option seterusnya.

Ops, lupa pulak. ingat nak cerita proses buat susu formula tadi. Pn Rita kata dari maklumat dan research yang dia dapat ada dua cara untuk dapatkan susu lembu dengan hasil yang banyak. Satu dengan mengasingkan ibu lembu dan anaknya dan dipasangkan audio bunyi anaknya menangis untuk merangsang pengeluaran susu lembu. Kesian dia. Dah la dipisahkan dengan anaknya, manusia sesuka hati mengambil sepenuh-penuh hak anaknya dan tak diberikan langsung. Memang Allah jadikan susu haiwan salah satunya untuk minuman manusia juga tapi janganlah sampai menidakkan hak anaknya.

Satu lagi cara dengan cucuk hormon. Jadi br*ast lembu akan jadi bengkak dan sakit. Wallahu’alam. saya belum pernah mengalami bengkak susu tapi dari forum dan pembacaan, sangatlah sakit bila bengkak susu ni berlaku. so bayangkanlah benda yang sama pada lembu.

Banyak lagi khasiat, kepentingan dan lain-lain yang diceritakan tapi rasanya kalau nak cerita kat sini tak habis semuanya. Lebih penting bila dengar gaya penyampai yang penuh semangat secara tak langsung kita pun jadi semangat. Tak sama dengan membaca walaupun dah banyak sangat baca sampai kadang-kadang rasa dah tepu otak. Bila la nak applikasikan ni.

Sebelum ni ada yang kata bila dah 6-7 bulan ada sedikit colostrum keluar. Ada la juga try urut tapi takde apa pun. Rupanya cara urut tak betul. Balik kelas try buat, eh ada keluar sikit. Alhamdulillah. Moga baby boleh menyusu tanpa masalah.

Terima kasih Pn Rita dan Dr Ning yang banyak beri tips dan semangat. Memang tak rasa rugi langsung pergi kelas tu.

Bersama Pn Rita Rahayu(kiri), Dr Ning(kanan) dan dummy baby. (Do I look pregnant?)

Tengok lagi 3 orang semua perut besar macam dah sarat sangat je. Terasa macam keciknya lagi perutku. Baru 7 bulan. Lagi pula bila ditutup dengan tudung, lagi la tak nampak macam mengandung. Semalam ada jumpa junior yang baru jumpa. Dia kata,”Akak ni nampak macam dah kawin la.” Hehehe. Memang dah kawen pun dik oii. Bila cakap due akhir bulan 4 dan angkat sket tudung baru dia kata eh, dah besar perut. big grin

Dapat free babybook ni...

Habis kelas tu kami singgah kedai susu ibu di tingkat bawah sempat membeli botol kecil untuk simpan EBM nanti. Kemudian kami ke FobulousMom pula sebab ada flea market. Ada banyak barang secondhand dan baru yang elok-elok. Sempat beli 2 baju baby dan 2 set baju baby untuk bagi hadiah pada kawan-kawan yang bakal melahirkan juga. Dan sempat juga beli 3 nursing bra sebab semua barangan di fobulousmom ada 15% sale. big grin

Feb 02

Breastfeeding Guide

Assalamualaikum…

Hari tu terjumpa breastfeeding guidebook kat ratuhati.com. Guidebook tu saya letak dalam page download supaya mudah orang nak download. right click+save aje kalau nak simpan. Boleh print sendiri nanti.

Bagus untuk sesiapa yang nak belajar tentang penyusuan susu ibu ni. Siap ada gambar, jadi lebih mudah faham. Ada dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu. InsyaAllah, hujung minggu ni saya akan pergi ke kelas penyusuan yang diadakan di seri kembangan oleh susuibu.com.  sangat teruja nak ikuti kelas ni.

Perut pun dah makin besar dan baby makin aktif. Semoga baby ummi sihat sentiasa ye. big grin

Nov 25

Breastmilk vs Formula Milk

Assalamualaikum…

Ada baca di forum dan beberapa artikel yang membandingkan BF dan FM. Bagi saya, mungkin tak perlu membandingkan secara melampau seperti anak yang BF kurus kering, tak cukup khasiat atau anak yang FM anak susuan lembu. Sampai sekarang pun dah tentu kita masih minum susu lembu kan.

Yang penting kita tahu apa yang terbaik untuk diberikan pada anak kita. InsyaAllah apa yang Allah dah kurniakan itulah yang terbaik. Semua itu nikmat dari Allah. Susu ibu, kesihatan, kepandaian dan lain-lainnya semuanya adalah nikmat dari Allah. Kalau Allah nak tarik, bila-bila masa pun boleh.

Dalam adik-beradik saya, tiada yang sepenuhnya menyusu ibu kerana ibu bekerja. Mungkin pada masa tu belum ada maklumat tentang pam dan sebagainya. Melihat kepada kakak saya sendiri, anaknya betul-betul berhenti menyusu badan pada anaknya berusia 2 tahun lebih. Tapi campur dengan susu formula. Biasanya masa anak nak tidur, atau bila anak merengek baru dia bagi susu ibu.

Jadi rasanya masyarakat kita bukanlah tak tau kelebihan susu ibu ni tapi mungkin sebab dah biasa dengan susu formula dan nampak benda tu lebih mudah sebab semua orang buat. Sama juga macam benda lain. Sekarang ni amalan bercouple tu dah jadi biasa. Siapa yang takde couple tu yang nampak pelik sedangkan dalam Islam sendiri pergaulan antara lelaki dan perempuan tu memang kena dijaga betul. Memang sukar untuk mengubah kebiasaan dalam masyarakat kita. Tapi kalau kita berusaha insyaAllah Allah akan bantu kita. Kerana yang dinilai adalah usaha bukannya hasil.

Saya pun tak berani nak cakap banyak kerana belum ada pengalaman menyusu anak. Entah bagaimana rezeki yang Allah tentukan untuk saya masih belum tahu. Tapi insyaAllah saya akan cuba berusaha sedaya yang boleh sebelum berserah.

Semoga urusan ini dipermudahkan.

p/s – saya ada survey-survey keperluan untuk dalam pantang. ada yang kata tak perlu beli set bersalin sebab bukan semua yang akan digunakan. Apa yang penting untuk kegunaan pantang selain bengkung ye….

Nov 19

Medela Freestyle Breastpump

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, semalam selepas berfikir panjang dan berkira-kira telah menjoinkan diri(ada ke istilah ni?) dalam kutu Medela Freestyle(FS) yang ada di MYLILAIDA. Sangat teruja dan seronok walaupun lambat lagi nak dapat iaitu akhir bulan Mac. sempat la sebulan lebih kurang nak godek-godek dan tengok-tengok kot. Takut kalau beli awal-awal dah ke mana-mana pula. Dah la nanti sibuk nak pindah dan sebagainya.

Mula-mula cadang nak beli Spectra 3 full set sebab itu yang paling murah. Dan nampak kat office ni pun ramai yang pakai tu. Tapi kalau boleh nak juga yang boleh tak perlu pakai eletrik. Kot-kot sampai tempat yang takde plug, susah pula. Akhirnya bertemula dengan Medela FS ni. Dan dari review yang banyak-banyak kat susuibu itu, akhirnya teruja sebab multifunction. Nak beli cash macam tak mampu. Cari-cari ada jumpa kutu yang agak murah. Alhamdulillah, rezeki baby kot.

Sebelum ni fikir nak try beli spectra dulu, kemudian bila ada rezeki lebih baru beli medela FS ni. tapi bila fikir balik nak beli dua lagi la mahal. baik beli yang memang dah berkenan terus supaya tak menjadi masalah di kemudian hari. Walaupun sedikit mahal, insyaAllah sangat berguna. Yang paling penting bermanfaat untuk baby.

Dapat sekali bag dan set cooler dia. Senang sket dah lengkap satu set. bag dia tu macam boleh jadi handbag sekali je. boleh tak sumbat benda2 lain sekali dalam tu ye? hehe. Info tentang Medela FS ni:

Features and Benefits

* Hands-free accessories – provides the freedom for true pumping mobility
* Rechargeable battery – allows for 3 hours of pumping time per charge
* Small and lightweight – weighs less than 1 pound and can fit in the palm of your hand
* 2-Phase Expression® technology — smart and powerful pumping that is proven to mimic a baby’s natural nursing pattern and get more milk in less time
* LCD screen, digital display — lit screen provides a digital display that can also be used as a nightlight for those late pumping sessions
* Memory button — allows mom to save her favorite pumping pattern for ease and efficiency for the next pumping session
* Cute tote bag — holds pumping essentials and more. All of the coordinating accessories are removable, so tote can be used separately.

What’s Included

* Freestyle Breastpump
* 1 set of tubing
* 2 SoftFit™ breastshields
* Breastshield Spare Parts Kit
2 Breastshield bodies; 2 Membranes; 2 Back Caps
* Support belt & extension
* Hands-Free Kit
2 Replacement adapters; 2 Small (yellow) straps; 2 Large (gray) straps
* 2 Replacement bra adapters – universal
* 2 Replacement bra adapters – hook & eye
* 4 – 5 oz. Containers
* Power cord & charger
* Cooling element
* 4 Solid lids
* 1 Rechargeable battery

Warranty

60 days for parts & battery
1 year for pumps and motor

Diambil dari blog Mylilaida juga. Kat situ ada juga jual botol BPA. Macam agak murah. Tapi takpe, fikir-fikir dulu.

Weekend ni insyaAllah nak cuba pergi melawat kedai susuibu di bangi. Kalau boleh nak tengok barang-barang ni secara live. Boleh juga tanya apa-apa yang patut. Yelah, first time mother. Banyak juga benda yang nak kena belajar ni.

Nov 04

Tips banyakkan susu

Assalamualaikum…

Bila baca-baca kat susuibu.com, risau juga bila ramai yang mengalami masalah menyusukan baby. Ada mommies yang dah buat preparation sejak mengandung. InsyaAllah nak cuba juga cara-cara ni. Moga Allah permudahkan urusan penyusuan bayi. Kalau boleh memang nak breastfeed baby 100%. Dah memang tak terfikir langsung nak beli formula milk(FM) tapi risau juga kalau tiba-tiba susu takde tapi takde preparation langsung sebagai back-up. Apa-apa pun, insyaAllah, kita cuba dulu cara di bawah :

  1. Paling penting iaitu mind-set. Always think positive to breastfeed baby.
  2. Niat dari awal untuk breastfeed 100%
  3. Minum air barli, longan kering, soya dan air zam-zam
  4. Bersihkan n*pple dgn air suam
  5. urut B utk stimulate
  6. urut daripada bahu kita sampai la ke B sebab urat2 yg mengeluarkan susu ada kat situ
  7. urut2 n cuci2 B ngan minyak baby
  8. urut2 b n cuci2 b ngan minyak bb
  9. bacalah ‘ya matin’ 70kali(al-matin ialah nama ALLAH dlm asmaul husna), dan tiup pada segelas air kosong dan minum air tu
  10. banyakan baca surah al-hujurat
  11. menyusukan newborn baby 1 hour after deliver

InsyaAllah kalau jumpa lagi akan tambah lagi. Terima kasih untuk sahabat-sahabat di susuibu.com. Banyak ilmu tentang susu ibu ni dapat. Tak lupa kredit for my friend yang mula memperkenalkan saya tentang ilmu dan semangat untuk beri susu ibu ni secara tak langsung. start berazam nak BF baby bila start baca blog dia walaupun masa tu tak kawen lagi. tongue

Benda-benda di atas tu apa yang boleh dibuat dalam tempoh mengandung. Untuk lepas bersalin pun ada macam-macam juga. nanti lepas bersalin bila saya try baru saya beritahu ye.

Oct 06

Cabaran breastfeed

Assalamualaikum…

Tadi baca-baca artikel kat susuibu.com. banyak juga cabaran menyusukan bayi ye. Ada yang susu banyak tapi tak boleh nak keluar sebab lubang tersumbat. Ada yang separuh jalan rasa nak give-up sebab susu keluar sikit. Dan macam-macam lagi. Rasa risau la pula bila nak susukan anak nanti.

Adakah saya boleh bertahan? Adakah saya akan mendapat support dari orang sekeliling? Teringin anak buah yang seorang tu. Memang tak fully breastfeed tapi bila dah 2 tahun pun still isap susu mak semua orang asyik perli-perli dia. Kata dah besar, mana boleh minum susu mak. (Termasuk la saya juga. Huhu.)

Ada juga baca cabaran simpan EBM. Ada pula yang baby tak nak minum dari botol. Macam-macam. Tiba-tiba rasa risau. Takut tak tertahan dengan pelbagai cabaran. Dan nak kena try macam-macam untuk tambah production. Makan vitamin pun kadang-kadang malas. huhuhu.

Perancangan Allah itu yang terbaik. Yang penting kita usaha kan. Harap Allah beri saya kekuatan untuk menyusu, mendidik dan menjaga anak saya sebaik mungkin.

Banyak lagi info nak kena cari gali ni…. thinking