Jan 14

Mengandung overdue

Assalamualaikum..

Entry yang lepas saya copy & paste je dari website yang saya jumpa. Sebenarnya masa menunggu Zilal lahir saya banyak cari info pasal mengandung lebih hari. Tapi masa tu guna tab dan dah tak jumpa pun website yang dibaca masa tu. Zilal lahir 6 hari lebih dari tarikh due.

Masa tu memang berdebar-debar dan rasa stress. Lagi pula dengan orang asyik tanya dah bersalin ke? Sampai malas nak jawab dan sekadar jawab “belum, tunggu je la.” ada yang malas nak jawab pun. huhuhu. Jadinya search-search online tentang overdue pregnancy. Kebanyakannya website english. Sebenarnya kalau ikutkan orang putih lepas 42 minggu baru dikira overdue. Kalau di Malaysia mereka tunggu sehingga 10 hari selepas 40 minggu untuk paksa baby keluar sama ada melalui induce atau czer sebab takut utuk mengambil risiko.

Memang biasanya ibu yang hamil lebih 40 minggu akan rasa :

  • Penat & letih – Nak bawa 40 minggu tu pun kadang dah tak larat, lagi pula kena tambah lagi
  • Stress – sebab berdebar-debar tunggu baby nak keluar dan org sekeliling yang asyik tanya. Lebih kurang cam bila orang tanya, “bila nak kawen” (bila kawen lambat) atau “bila nak dapat anak”(bila lambat dapat baby lepas kawen)

Ada lagi kot tapi tak ingat dah. Dalam hati separuhnya rasa macam czer je la bagi keluar. Penat dah tunggu. Tapi separuh hati lagi rasa macam malas nak pegi hospital, tunggu je la bila baby nak keluar. Memang ada risiko bila baby overdue, sebab tu kena juga pegi check up untuk check sama ada baby ok atau tidak.

Doktor akan check jantung baby, air ketuban, uri dan check juga sama ada baby distress atau tidak. Kalau baby distress kemungkinan dia akan berak dalam perut dan boleh menyebabkan lemas. Jadi bila baby dah check semua ok, doktor akan bagi lagi jangka masa.

Macam saya hari tu alhamdulillah, semuanya ok. Jadi doktor suruh tunggu 9 hari lepas tarikh jangkaan bersalin untuk datang dan check lagi. Dah penat menunggu, saya selamba drive pegi Shaklee, pos office dan sebagainya. Sebab bila duduk rumah rasa lagi stress. Harap-harapnya dapat cepatkan bukaan dan dapat bersalin normal. Sampai orang shaklee pun terkejut tanya boleh jalan-jalan lagi ke?

Setiap kali bila jalan-jalan mesti ada rasa contraction tapi very mild.

Jadi, kepada ibu-ibu yang dah melebihi tempoh 40 minggu, jangan risau. Banyakkan berdoa dan solat sunat. Masa ni la nak solat banyak-banyak. Lepas bersalin dah tak boleh solat. Kalau rasa stress dengan soalan-soalan orang, cuba diamkan diri. Antara cara yang saya baca untuk percepatkan bersalin :

  • Banyakkan mencangkuk
  • Buat hubungan suami isteri
  • Banyakkan berjalan dan naik turun tangga
  • Buat senaman kegel

Kalau nak berjalan tu pastikan ada yang teman ya. Risau juga kalau tengah jalan tu tiba-tiba sakit nak bersalin.

Banyakkan juga baca doa di bawah sehingga dalam labor room dan sampai baby keluar..

1. Allahumma yassir wala tu ‘ assir – Ya Allah, permudahkanlah dan jangan lah Kau sukarkan

2. Thummas sabiila yassarah – Kemudian jalannya dimudahkan (Surah Abasa : Ayat 20)

 

May 24

suntikan imunisasi pertama

Assalamualaikum…

dah lama tak menulis di sini. maaflah kepada yang tertunggu-tunggu. (ada ke ye?) huhuhu.

InsyaAllah hari ni nak share suntikan imunisasi pertama untuk baby. Kalau untuk pemakanan, selepas bayi ditahnik, kolostrum ibu adalah makan terbaik yang mengandungi antibodi untuk baby. Tetapi selain itu, tahu tak azan yang dikumandangkan di telinga baby pun salah satu suntikan imunisasi yang paling hebat untuk bayi. Bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga rohani.

Info ni saya dapat dari majalah Fardu Ain Jilid 17.
Continue reading

Apr 09

Kelahiran bayi

Assalamualaikum..

Alhamdulillah…semalam, seorang sahabat telah selamat melahirkan seorang mujahidah jam 5.20 petang. Saya belum lagi ye. Tapi next giliran saya la pula. berdebar-debar pula rasa.

Memang banyak baby yang lahir kebelakangan ni. Berderet-deret sahabat melahirkan anak. Start dari pertengahan bulan 3, akhir bulan 3, awal bulan 4, akhir bulan 4(saya la tu), awal bulan 6, akhir bulan 6 dan bulan 8 atau 9. Alhamdulillah, semoga dapat melahirkan mujahid dan mujahidah yang bakal menegakkan agama Allah di muka bumi.
Continue reading

Feb 15

Kelas Antenatal di HKL

Assalamualaikum…

Selepas 4 hari bercuti, hari ni agak liat sikit nak pergi kerja. Dah la semua orang pun tengah cuti Chinese New Year. Lagi la semangat nak bekerja tu kurang. Tiba-tiba pagi tadi dapat call bertubi-tubi pula. Tak sempat nak update satu-satu. Ok, enough pasal kerja.

Pamphlet yang dapat masa kelas.

Seperti yang dijanjikan, nak cerita tentang kelas antenatal yang saya pergi. Ada 5 orang perempuan mengandung yang hadir bersama 3 orang suami (salah seorang tu hubby saya la). Saya rasa mengandung dan penjagaan baby sejak dari dalam kandungan hingga lahir bukan tanggungjawab ibu sahaja, jadi ayah pun perlu ambil maklumat ye.

Ada beberapa maklumat yang dikongsi tapi semuanya secara ringkas, mungkin sebab masa yang agak suntuk. Kelas start jam 9.30 pagi, terlewat sedikit dari jadual. Mula-mula diceritakan tentang breastfeed. Hospital Kuala Lumpur adalah salah satu hospital rakan bayi dan father friendly. Botol susu baby adalah benda yang dilarang keras untuk dibawa di hospital. Tapi cara penerangannya untuk ibu yang tak faham dan tak tau sangat tentang susu ibu ni tak merasakan kepentingan dan urgencynya untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. Yup, saya memang merasakan urgency untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. FM is the last option setelah saya faham pelbagai perkara tentang susu ibu dan susu formula.

Ada juga dipromosikan buku penyusuan susu ibu untuk ibu yang bekerja. Tapi kena beli sendiri. Alhamdulillah, saya dah ada 2 buku tu. Satu memang beli, satu lagi dapat free masa ikut kelas susu ibu di seri kembangan yang lepas. Yang saya nampak, hanya seorang yang beriya-iya bertanya pasal susu ibu ni. Yang lain nampak macam tak berminat atau mungkin malu. Wallahua’lam. Masa break pun nampak seorang ni yang beriya tengok buku yang dipromosikan tu.

Saya pernah juga terdengar/terbaca ada ibu yang mengadu di’paksa’ beri susu pada baby walaupun dia berulang kali kata takde susu atau sakit ketika menyusu. Sayangnya, mungkin tidak diterangkan/diajar dengan betul. dan memang ada setengah nurse yang hanya tahu marah dan arah tapi tidak mengajar dan explain. Mungkin tak semua ye. Ada setengah sahaja. Masa kakak saya melahirkan anak sulung, dia langsung tidak diajar untuk menyusukan atau tentang penjagaan baby. Tiba-tiba nurse tanya, dah susukan baby ke belum? Barulah kakak saya terkial-kial ambil baby, dengan menahan sakit sebab katil agak tinggi. susah nak turun. takde bantuan pun.

Kemudian, kami diterangkan proses semasa kelahiran. Apa yang doktor akan buat dan apa yang doktor nak kami buat dan apa yang dilarang buat masa proses kelahiran. Disebabkan hospital ni father friendly, memang digalakkan ayah membantu ibu semasa di labor room. Tapi sila jangan mengacau doktor dengan ambil gambar atau sibuk-sibuk nak tengok masa baby keluar ye. Bantu ibu aje. Oh, kamera adalah dilarang sama sekali dilabor room.

Selain itu, diterangkan juga tentang perancangan keluarga. Ini adalah supaya ibu cepat recover sebab kalau cepat sangat mengandung semula, ibu mungkin akan menghadapi masalah. Selepas itu, acara paling best sekali iaitu exersice. sebabnya dapat baring. laughing Encik hubby, dapat duduk di sebelah sahaja. Tak boleh baring ye. Best sebab dapat belajar practical dan doktor memang tengok sama ada kita buat tu betul atau salah.

Masa baring tu hubby betulkan sket tudung dan baju supaya kelihatan lebih sopan. Terasa perut saya sorang je yang kecik sket sebab orang lain dah 8 bulan. Selalu rasa bangga dan seronok bila hubby tegur atau betulkan pakaian, sebab nampak dia menjaga aurat isteri dia. Tak tau nak cakap camna tapi selalu rasa berbunga-bunga je hati bila dia tegur tentang pemakaian atau betulkan pakaian. love struck Ok, out of topic.

Lepas habis, kami pergi mothly check-up pula dan shopping lagi tongue . Entry lain la pula cerita pasal check-up ye. Macam dah panjang sangat je membebel.

p/s- terlupa pula. nurse bagi nasihat, lepas keluar hospital, bila dah sampai rumah tu minta hubby beri rekod kesihatan ibu dan anak di klinik kesihatan yang terdekat. nanti nurse akan datang rumah untuk pantau kesihatan ibu dan anak. kalau ada masalah pasal breastfeed pun boleh tanya. Kalau tak bersalin hospital kerajaan pun takpe. yang oenting kena ada rekod kesihatan ibu dan anak masa mengandung dan delivery.

Jan 28

Checklist Ibu & Bayi

Assalamualaikum..

Alhamdulillah…Dah berjaya menyiapkan ebook percuma checklist ibu & bayi. Checklist ni untuk memastikan tiada keperluan yang tertinggal di dalam menyambut kelahiran orang baru. Checklist ni saya kumpulkan dari yang saya dapat dalam buku dan juga website dan saya tambah dan tolak sedikit mengikut keperluan yang saya rasa perlu.

Checklist ini mengandungi keperluan semasa di hospital, semasa dalam pantang dan keperluan bayi dari pakaian hinggalah tempat tidur. Harap ebook ini dapat bermanfaat kepada semua.

Untuk download, klik aje pada gambar banner di sebelah dan isikan nama dan email. link untuk download akan diberi pada email.

Ataupun klik SINI.

Jan 15

Normal birth

Assalamualaikum…

Start dari semalam baca tentang pengalaman bersalin di forum ratuhati. macam-mamcam pengalaman bersalin. ada yang menakutkan, ada yang mudah. bila baca tu rasa risau pun ada, harap-harap dapat bersalin normal. Setiap kali baca pasal baby, baby dalam perut ni pun bergerak aktif menendang-nendang. seronok agaknya ummi baca pasal baby.

Ada jumpa website yang guide untuk bersalin normal, tak perlu induce atau c-zer. Kat website ni ada juga video-video dan tips-tips. Boleh visit http://www.lamaze.org. baca dari pengalaman orang lain, kena induce lebih sakit dari sakit bersalin normal sebab macam kena paksa. Ada yang nak berdiri pun tak boleh.

Alhamdulillah, sekarang ni semua benda pun orang nak kembali kepada fitrah. bersalin secara normal, menyusukan anak sendiri, dalam hal ekonomi pun nak kembali kepada Islam. Alhamdulillah. Allah dah jadikan semua benda pun sebaik-baik kejadian sebab Dia lebih mengetahui makhluknya. Harapnya banyak lagi perkara yang akan kembali kepada fitrah contoh pendidikan, media dan yang paling penting akidah.