May 26

Bahaya air masak pada bayi bawah 6 bulan

Assalamualaikum…

Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.
Continue reading

Oct 15

Dah bersedia makan?

Assalamualaikum…

Bulan depan Muadz akan masuk 6 bulan. InsyaAllah, boleh la mula bagi makan. Macam mana nak tau anak dah ready untuk makan ye? Pakar kesihatan dan pakar laktasi bersetuju bayi sesuai diberi makan selepas berusia 6 bulan. Tapi untuk jangka 6-12 bulan makanan hanya sebagai pelengkap tapi susu ibu masih makanan utama. Masa awal-awal bagi baby makan 2-3 sudu je untuk biasakan dia dengan makanan. Jangan paksa dia makan banyak-banyak.
Continue reading

Feb 17

Checkup @ 28weeks

Assalamualaikum…

Seperti yang dijanjikan, nak cerita pasal monthly check-up sebaik pulang dari kelas antenatal. Dalam kepala memang dah macam-macam juga benda nak ditanya pada doktor. Salah satunya nak minta copy rekod sepanjang check-up tapi itu yang lupa nak ditanya. Hehe. Takpelah, bulan depan minta, insyaAllah. Hubby pun kata better prepare, takut emergency kena bersalin kat tempat lain tapi takde rekod.

Kali ni print lagi gambar baby untuk kali kedua. Sebab boleh nampak baby as whole. Result scan due 7 Mei 2010 sebab baby kecik. Jadi, berat yang banyak-banyak tu? Pada maknya la..  tongue

This is my baby @ 28weeks

Boleh nampak tak kepala, tangan dan kaki dia? Mata pun boleh nampak kalau tengok betul-betul. Tak percaya? Cuba klik pada gambar tu. Saya lukiskan supaya mudah nampak. Hubby kata baby duduk macam teddy bear. Masa scan nampak jantung baby berdegup kencang, so saje tambah gambar jantung tu.

Sangat excited dapat tengok baby. Alhamdulillah, baby sihat dan berada di kedudukan yang betul. Hospital ni agak kurang mementingkan breastfeeding. Ada tanya, akan bagi bagi breastfeed tak lepas lahir. Doktor kata, kalau nak boleh je. Nanti beritahulah. Baby pun tak dibenarkan room-in sekali. Duduk dalam bilik baby. Hmm…ada kemungkinan untuk diberi susu formula tu. Tapi hubby kata takpe, nanti dia minta supaya baby boleh room-in.

InsyaAllah, next time nak tunjuk birth plan pada doktor dan nak tanya macam mana proses masa bersalin tu. Sebab hari tu doktor kata lepas mandi dan pakaikan baju, baru baby diberi pada maknya. Kalau ikut kelas antenatal hari tu, baby akan diberi skin-to-skin dengan ibunya. Mungkin setiap hospital lain, so kena tanya balik betul-betul supaya tau la nak request apa nanti. Takut time dah nak bersalin baru nak bincang dan lain dari expectation tak best plak.

Masa balik dapat pula free gift, diapers huggies for newborn dan susu anmum materna. Alhamdulillah, tak payah beli diapers tapi huggies la pula. Takpelah, nanti dah habis ummi belikan jenama lain ye. Harap-harap baby ok. Tak pun kita cuba cloth diapers pula ye.

Free diapers for baby

Kenapa dengan huggies? Huggies termasuk antara barang boikot israel. Tak percaya boleh check sini. Apa yang boleh diboikot insyaAllah akan diboikot. Mungkin ada yang kata buat apa beria sangat boikot bukan ada effect pun. Mungkin tiada effect pada company berkenaan tapi harapnya dengan usaha kecil saya ini menjadi saham di akhirat nanti. Allah melihat pada usaha bukan pada hasil. Harap benda-benda kecil ni boleh top-up memberatkan timbangan di sana nanti.

Sanggup ke kita katakan, takpelah sorang je anak kita mati dibunuh, ada 3 orang anak lagi. Kalau seorang anak kita yang hilang mesti terasa lain kan. Mungkin tak terasa sebab persaudaraan sesama Islam kita masih belum kuat. Sedang dengan jiran pun kadang kita tak kisah je kalau rumah dia kena masuk pencuri ke apa. Terpulang pada masing-masing. Lagipun, saya rasa masih boleh hidup tanpa menggunakan produk-produk yang disenaraikan itu. Susah? Kalau di Jepun dulu saya boleh periksa setiap barang sebelum beli untuk memastikan kehalalannya kenapa tidak sekarang…

Jan 28

Checklist Ibu & Bayi

Assalamualaikum..

Alhamdulillah…Dah berjaya menyiapkan ebook percuma checklist ibu & bayi. Checklist ni untuk memastikan tiada keperluan yang tertinggal di dalam menyambut kelahiran orang baru. Checklist ni saya kumpulkan dari yang saya dapat dalam buku dan juga website dan saya tambah dan tolak sedikit mengikut keperluan yang saya rasa perlu.

Checklist ini mengandungi keperluan semasa di hospital, semasa dalam pantang dan keperluan bayi dari pakaian hinggalah tempat tidur. Harap ebook ini dapat bermanfaat kepada semua.

Untuk download, klik aje pada gambar banner di sebelah dan isikan nama dan email. link untuk download akan diberi pada email.

Ataupun klik SINI.

Oct 02

Penyusuan awal bayi

Kolostrum

Kolostrum ialah cecair berwarna kuning yang terhasil pada 10 hari terawal selepas kelahiran. Walaupun kuantitinya sedikit berbanding dengan penghasilan susu biasa, ia sangat kaya dengan protein dan antibodi yang mencukupi untuk keperluan awal bayi.

Menyusu seawal mungkin

Menyusukan bayi anda sebaik sahaja bersalin memberikan beberapa faedah:

* Masalah ‘bengkak susu’ atau buah dada membengkak di awal tempoh bersalin dapat dikurangkan atau dielakkan.

* Pemberian kolostrum yang mempunyai kesan ‘laxative’ akan menyingkirkan bilirubin melalui najis bayi. Ini akan mengurangkan risiko penyakit kuning atau ‘jaundice’.

* Reflek penghisapan oleh bayi yang kebiasaannya kuat selepas 20-30 minit kelahiran akan melatih bayi untuk menghisap susu dengan lebih baik.

* Bayi akan membina sistem imunisasi di peringkat awal.

* Membentuk hubungan yang erat antara ibu dan bayi.

Menyusu sekerap mungkin

Penyusuan bayi anda tidak tertakluk kepada masa atau pun jadual. Cara yang paling baik untuk menyusu bayi anda ialah dengan mengikut KEPERLUAN. Apabila bayi anda menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu seperti menyuakan mulutnya ke dada anda atau menangis, anda tahu bahawa di situ ada KEPERLUAN untuk menyusu.

Saiz perut bayi yang baru lahir tidak melebihi sebiji telur ayam. Jadi, walaupun anda mempunyai bekalan susu yang banyak, jangan mengharapkan bayi untuk minum susu dalam kuantiti yang banyak dan kemudian tidur dalam jangka masa yang panjang. Berikan susu dada anda apabila bayi menangis atau menunjukkan respon hendak menghisap. Jangka masa yang sesuai ialah dalam julat 30 minit sehingga 2 jam sekali.

TIPS: Jangan tunggu sehingga bayi menangis untuk menyusukannya. Bayi yang menangis ialah bayi yang sedang “marah” dan dia mungkin terburu-buru untuk menyusu kerana terlalu lapar. Jika bayi anda dalam keadaan yang tenang, guna jari anda untuk menyentuh pipinya. Jika bayi anda membuka mulutnya untuk mendapatkan jari anda, sahlah dia lapar!

Kapasiti perut bayi baru lahir = 20 ml = 4 sudu kecil

Kapasiti perut bayi 12 bulan = 200 ml = 40 sudu kecil

Keciknya perut baby. Kesian untuk ibu yang merasakan susunya tak cukup untuk baby. Harap-harap dipermudahkan urusan untuk menyusukan bayi nanti. :|

sumber : http://comelnya.com/menyusu/panduan-menyusu-1