Shopping dalam pantang

Assalamualaikum..

Masa dalam pantang hari tu sempat shopping beberapa barang keperluan baby. Sekarang ni shopping pun boleh online kan. duduk rumah pun boleh habis beratus-ratus ringgit. Tapi insyaAllah, semua ada kegunaannya.

Banyak juga berhabis duit untuk barang baby ye. Antara barang yang dibeli Moms Precious Cooler Bag Set, bantal menyusu, set tilam kekabu, baju menyusu dan cloth diapers. banyak betul membeli-belah kan.

cloth diapers tu saje nak try dulu. tu yang amik pakej tu. boleh try macam-macam. seronok juga, lembut je dalam dia. tapi kadang-kadang terlupa nak tukar, abis bocor. kalau diapers pakai buang tu tengok dia dah kembung dan berat dah tau masa nak tukar. lagi satu kalau dia membuang susah sket la. tapi saya pakaikan nappy liner. so takde la kotor sangat. sekarang ni pakai waktu malam di rumah aje. dapat juga jimat sikit. walaupun pakai cloth diapers yang cantik tu, saya pakaikan juga seluar. nampak bulky sikit tapi tak nak biasakan dia tak pakai seluar. lagipun, rumah kami agak sejuk.

jom layan gambar produk bersama model.

bantal menyusu, tilam kekabu dan CD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *