Hasil ke baby, children& parents expo

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, Sabtu lepas sempat ke baby, children& parents expo di Mid Valley. Cuba teka apa yang saya tak sabar nak pegi tengok sebenarnya? Sebenarnya saya nak pegi ke booth Lunatots. Selain tu, saya nak pegi beli baju menyusu sebenarnya tapi yang berkenan semua takde saiz.

Memang dah lama tak try cloth diapers jenama lunatots. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga beli satu. Ops, tak habis cerita lagi tadi. Sampai di booth lunatots saya tercari-cari tuan punya kedai iaitu Puan Suraya sebab saya selalu sangat baca blog dia.

Ramai sangat orang sampai susah saya nak sampai dekat dia. jadi saya pun beli cloth diapers. tiba-tiba terdengar dia bagi penerangan pasal baju menyusu pada seorang ibu, saya pun duduk dengar sekali dan dia senyum pada saya. Dengan muka tak malu saya pergi dekat dia dan cakap, “saya selalu baca blog puan”.

keadaan memang busy dan saya pun tak berharap dia layan saya. mungkin dia cuma akan cakap ‘oh, ye ke’, ‘terima kasih’. tapi di luar jangkaan, banyak pula dia bersembang sampai hubby tanya memang dah kenal ke? memang tak pernah kenal pun cuma rasa macam kenal sebab selalu baca blog dia. Memang blog itu menjadi sumber inspirasi saya. InsyaAllah saya juga ingin menjadi seorang business woman.

Bukan takde perempuan lain yang berjaya, malah mungkin lebih hebat lagi tapi dia tak kongsikan segalanya. dengan puan suraya saya rasa dekat. kadang-kadang bila baca entry dia yang penat berlari ke sana ke mari saya pun jadi penat. Dengan 2 orang anak yang fully breastfeeding, ada kedai di 3 buah tempat dan berlari ke sana ke mari. tentunya penat. tapi dia masih manage untuk jaga dan masak untuk anak-anaknya.

Doakan semoga saya pun berjaya menjadi seperti dia ye.

kiri : set bekas makanan&sudu rm15 (harga asal RM30++), kanan : CD lunatots RM40 (harga asal RM48)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *