Shaklee : Hasilnya?

Assalamualaikum…

Sejak semalam dah cuba ambil shaklee set B. tapi memang dah teruja, rasa nak beli terus full-pack+ESP tapi tunggu fulus masuk dulu la. tongue

Semalam, tak perasan sangat perubahan, mungkin sebab cuti dan sibuk bercinta dengan suami. tapi still sempat pam dua kali di rumah. petang tu kami ke midvalley beli barang baby. sekarang ni memang tengah obses dengan barangan baby. beli first toy untuk muadz tapi lupa ambil gambar. lain kali la ye.

ok, berbalik kepada topik. saya ambil vitamin B dan vitamin C selepas sarapan. tak lama kemudian terasa macam B membengkak sedikit. tak makan pun lagi alfalfa. mungkin sebab mind-set kot. dah ada dalam mind-set shaklee ni buat susu banyak. by 9.30 dah terasa sakit sikit. biasa pam jam 10.45 pagi. itupun takde rasa sakit.

hasil pamnya, alhamdulillah sama seperti masa baru mula-mula masuk kerja. minggu lepas hasil dah macam berkurangan sedikit. biasa boleh dapat full botol 5oz tu. maknanya dapat lebih sket la dari 5 oz. minggu lepas, tiap kali pam kadang-kadang ada yang dapat 4 oz untuk sebelah. tapi alhamdulillah still supply melebihi dari demand.

tadi lepas lunch baru ambil alfalfa 2 biji dan multivitamin. hasilnya tak tau lagi. biasanya sesi pukul 2.30 petang ni hasil kurang dari sesi pagi. tapi tak tau la hari ni. ada baca yang bila kita ambil semua sekali gus kepekatan darah akan meningkat dan lebih banyak air yang diperlukan. jadi saya bahagikan kepada 2 bahagian untuk mudah larut dalam darah.

Sekarang ni sangatlah supply melebihi demand. baby minum kadang-kadang 3ozx3. paling banyak pun 3ozx4. biasa mesti akan ada lebih 5oz untuk dijadikan stok. Alhamdulillah. Cuma, yang menjadi kerisauan adalah peti ais dah tak muat! hubby pun tanya bila nak guna dalam peti ni. tapi sebab still cukup nak bagi yang fresh, buat apa nak bagi yang frozen.

stok susu ibu

Stok susu pada 19 july 2010

berapa banyak? tak tau la. sebab tu dari belum masuk kerja punya. dari akhir bulan 5. so ada yang 2oz, 2.5oz, 3oz dan 5 oz. dan sebab ni first time nak buat stok susu sangatlah tak reti. hmm…guna plastik lagi jimat ruang rupanya. lepas ni semua masuk plastik je la. maybe boleh jimat ruang dan jimat wang. kalau tengok tak fully penuh pun lagi sebab kat bahagian pintu tu tak penuh. tapi ada yang kata tak berapa elok letak kat situ. dan kesian pula hubby takde space nak letak aiskrim dia.

tak boleh bayangkan macam mana nak pindah rumah nanti. dan tak boleh bayangkan macam mana kalau peti ais satu pintu tu dah tak boleh pakai. takpelah, pikir kemudian. tongue

6 thoughts on “Shaklee : Hasilnya?

  1. Hai Hanis, baru nak tanya feedback pasal set B tue… big grin

    Btw, ttg stock EBM tue kan, maybe boleh buat 5S sket supaya senang nak buat FIFO nnt (apabila frozen stock diperlukan). Boleh masukkan EBM storage bag tue in one big container (tipuware), so that takdelah kanousei terjatuh ke bawah & pecah. Senang nak manage inventory… winking

  2. memang terfikir nak susun juga. ice pack tu rasa boleh masuk satu bekas. takde la serabut sangat kan. sekarang ni pun dah tak tersusun. huhu. insyaAllah kemaskan sket nanti. terima kasih. happy

  3. wah bestnyer!!.byk nyer stok..lucky u!
    cam saye myb rezeki tak melimpah ruah cam awak ni..
    tp so far bb saye sihat la..today my 43 days berpantanghappy
    selalu biler BF ..baby tertido..pastuh kejap jek dh jage–. susu x cukup huhu
    then easily get cranky biler BF yelah die x puas kan
    kalo pump tuh–> im using medela FS gaks..max3 oz..itupun kdg2..
    so sepanjang berpantang ni..saye terpakse gak la gune stok EBM saye so that dptla bb saye kenyanghappy
    till today..stock EBM saye cume 2 botol–> all together 4 oz jek..
    tp hubby saye kater jgn sedey2..kene cube yg termampu jek
    so smlm 1st time saye mkn shaklee..i bought yg trial pack set B tuh
    hope hasilnye memberangsangkan..
    dah usaha..so tawakal jek kan..
    oopsss..pjg lak tulis heheh..actually nk tanyer…
    vit tuh bagus makan malam ke? coz saye makan after b/fast td..

    • Salam..

      biasa masa dalam pantang memang susu tak berapa banyak. baby menangis kadang bukan sebab tak cukup susu. baby memang minum banyak kali masa dalam pantang tapi itu la cara susu dapat develop lebih banyak. Saya dulu masa dalam pantang nak dalam 1 oz pun susah kalau perah. dah lama sket alhamdulillah dapat 2-2.5oz untuk sebelah. Bila start kerja set time, pam time yang sama setiap kali. alhamdulillah, sekarang dapat 4-5oz untuk sebelah.

      paling baik makan waktu malam sebab badan dapat menyerap vitamin tapi kalau pagi pun boleh juga cuma pastikan minum banyak air ye. Saya makan separuh pagi separuh malam. tak larat nak telan semua sekaligus.

  4. salam, seronoknya..saya ni baru masuk keje, tapi susu dah hampir kering. bila pam, keluar setitik setitik. tu pun dah ok. rasanya kalau makan shaklee ok tak nak banyakkan susu semula ye. macam mana nak tambah susu ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *