Puasa dan mengepam

Assalamualaikum..

Hari ni saya berpuasa sunat. dah lama tak berpuasa, risau pula nak berpuasa sambil mengepam dan menyusu ni. Ramai yang kata hasil akan kurang tetapi ada juga yang kata hasil sama aje, yang penting MIND SET.

Yup, untuk menjayakan penyusuan susu ibu ni mind set adalah sangat penting. Pagi tadi alhamdulillah dapat bangun sahur. Si kecil pun bangun juga. Mula-mula risau dia sibuk nak menyusu aje. Biasa bangun menyusu dan tidur balik. Alamat ummi tak boleh nak makan la macam ni. Alhamdulillah, dia bangun terus nak main. Dah mula nak sembang-sembang.

Pagi tadi terus ambil kesemua vitamin yang ada dalam set shaklee tu. minum air sikit dah azan. Ingatkan subuh jam 6 pagi rupanya 5.50 pagi dah azan. mula la risau vitamin sukar nak larut dan menyebabkan susu kurang. saya tak ikut pula saranan GenkiMomma sebab memikirkan esok dah tak puasa. kalau malam ni baru nak makan vitamin yang lain-lain, esok pagi dah nak makan lagi. macam jarak dekat sangatlah pula.

Agaknya disebabkan mind-set yang rasa kurangla susu hari ni sebab tak sempat minum air banyak tadi, jadi memang agak kurangla hasilnya. lepas 2 kali sesi mengepam saya cuma mendapat hasil lebih kurang 11oz. biasanya dapat dalam 15-17oz. dan mungkin juga sebab saya ambil semua vitamin sekali gus tapi kurang ambil air.

Tak mengapalah, ini rezeki saya untuk hari ni. Lain kali kena ikut seperti yang disarankan tu. Tak sabar nak tunggu akhir bulan sebab nak beli full pack+ESP. Agak-agak sempat lagi tak nak dapatkan tawaran bulan Julai tu. tongue

*update*
baru lepas sesi mengepam yang ketiga. mula-mula terasa agak malas sebab hasil kurang memberansangkan tapi fikir balik, isyk tak boleh malas. dalam kepala pikir berapa dapat itulah rezeki. kalau nak diikutkan keperluan muadz, insyaAllah dah cukup. So tadi pam je macam biasa, malas nak fikir-fikir sangat.

Alhamdulillah, hasil macam biasa. Agaknya sebab tadi fikir banyak sangat kot. Sebenarnya puasa tidaklah mengurangkan hasil. cuma, ya, mungkin terasa agak kekurangan air. selalu lepas pam mesti minum air sebab rasa macam kurang air. dan macam boleh rasa air tu mengalir mengganti susu yang keluar. tapi hari ni tak boleh minum air la pula.

Sekali lagi, keyword yang penting, mindset ye… hasil pun nampak berlemak. alhamdulillah…

One thought on “Puasa dan mengepam

Leave a Reply to mommy icha Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *