First toy

Assalamualaikum…

Isnin lepas bercuti sebab Jepun cuti. Jadi, saya dan suami mengambil kesempatan untuk ke Toys R Us dan beli mainan Muadz. Saya tercari-cari mainan yang juga boleh menjadi bahan pembelajaran Muadz.

Mula-mula ingat nak cari baby bath book. Konon nak perkenalkan buku dari kecil tapi buku yang ada besar. Muadz pun tak pandai pegang lagi tapi dah boleh menggenggam. buku tu pula takde bunyi-bunyi. setelah mencari-cari kami jumpa mainan di bawah.

Baby first toy

Nampak tak kat tangan dan kaki Muadz tu?

bila Muadz gerak tangan dan kaki binatang tu ada bunyi. sayap binatang tu ada plastik yang bila diramas akan berbunyi. Mainan ini meransang penglihatan, pendengaran dan pergerakan.

Ada lagi satu tapi terlupa nak ambil gambar. yang itu kena pegang. muadz tak reti sangat main. ummi dan ayah dia yang lebih excited main. tongue

Kelmarin, selepas pulang ke rumah, saya tengok hasil susu untuk dimasukkan ke dalam botol yang bakal dihantar ke taska. warna susu jam 7.30 pagi dan 2.30 petang sangatlah berbeza. seperti review orang lain, lepas ambil shaklee susu akan bertambah pekat. betul, susu menjadi kekuning-kuningan.

Hasil susu shaklee

Sebelah kanan, selepas ambil Vitamin Shaklee.

Harapnya Muadz mendapat lebih khasiat. Masa di taska Muadz minum 3x3oz, 1x2oz. tapi kalau ada ummi macam sekejap je dia menyusu dah tertidur. sedap kena peluk dengan ummi kot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *