Dah sampai

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semalam dah dapat pun vitamin yang diorder. Kali ni order Full pack Set B, menggantikan yang dah nak habis. Alfalfa dah habis terus, yang lain ada baki lagi sikit tapi alang-alang beli je la terus.

My Shaklee

Koleksi Vitamin yang ada di rumah


Lecithin tu saya tak makan, hubby yang makan. Vitamin B ada dua botol pulak, belum transfer lagi. Jadual makan saya :

  • lepas breakfast – 2 biji alfalfa, B-complex
  • lepas lunch – 2 biji ostematrix
  • lepas makan petang – 2 biji ostematrix (kadang-kadang tak ambil)
  • lepas makan malam – 1 biji vita-lea, 1 biji vit-C

Ostematrix tu adalah calsium-magnesium dalam shaklee. Kebelakangan ni selalu rasa sakit belakang. maybe sebab posisi menyusu yang tak betul kot. Alhamdulillah, bila dah ambil cal-mag ni ok sikit. Tapi tengok keperluan. Kalau dah ada minum susu, kadang amik sebiji atau 2 biji je. kalau memang banyak minum air masak je sepanjang hari, ambil 4 biji. saya dah la memang jarang makan sumber kalsium yang lain seperti keju,yogurt, dan cereal. jadi memang agak perlu juga la sumber calsium dari luar. Info lanjut di shaklee.hanisamin.com

Oh, gambar ESP tak masuk pula. sebab besar sangat kot?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *