Mengandung overdue

Assalamualaikum..

Entry yang lepas saya copy & paste je dari website yang saya jumpa. Sebenarnya masa menunggu Zilal lahir saya banyak cari info pasal mengandung lebih hari. Tapi masa tu guna tab dan dah tak jumpa pun website yang dibaca masa tu. Zilal lahir 6 hari lebih dari tarikh due.

Masa tu memang berdebar-debar dan rasa stress. Lagi pula dengan orang asyik tanya dah bersalin ke? Sampai malas nak jawab dan sekadar jawab “belum, tunggu je la.” ada yang malas nak jawab pun. huhuhu. Jadinya search-search online tentang overdue pregnancy. Kebanyakannya website english. Sebenarnya kalau ikutkan orang putih lepas 42 minggu baru dikira overdue. Kalau di Malaysia mereka tunggu sehingga 10 hari selepas 40 minggu untuk paksa baby keluar sama ada melalui induce atau czer sebab takut utuk mengambil risiko.

Memang biasanya ibu yang hamil lebih 40 minggu akan rasa :

  • Penat & letih – Nak bawa 40 minggu tu pun kadang dah tak larat, lagi pula kena tambah lagi
  • Stress – sebab berdebar-debar tunggu baby nak keluar dan org sekeliling yang asyik tanya. Lebih kurang cam bila orang tanya, “bila nak kawen” (bila kawen lambat) atau “bila nak dapat anak”(bila lambat dapat baby lepas kawen)

Ada lagi kot tapi tak ingat dah. Dalam hati separuhnya rasa macam czer je la bagi keluar. Penat dah tunggu. Tapi separuh hati lagi rasa macam malas nak pegi hospital, tunggu je la bila baby nak keluar. Memang ada risiko bila baby overdue, sebab tu kena juga pegi check up untuk check sama ada baby ok atau tidak.

Doktor akan check jantung baby, air ketuban, uri dan check juga sama ada baby distress atau tidak. Kalau baby distress kemungkinan dia akan berak dalam perut dan boleh menyebabkan lemas. Jadi bila baby dah check semua ok, doktor akan bagi lagi jangka masa.

Macam saya hari tu alhamdulillah, semuanya ok. Jadi doktor suruh tunggu 9 hari lepas tarikh jangkaan bersalin untuk datang dan check lagi. Dah penat menunggu, saya selamba drive pegi Shaklee, pos office dan sebagainya. Sebab bila duduk rumah rasa lagi stress. Harap-harapnya dapat cepatkan bukaan dan dapat bersalin normal. Sampai orang shaklee pun terkejut tanya boleh jalan-jalan lagi ke?

Setiap kali bila jalan-jalan mesti ada rasa contraction tapi very mild.

Jadi, kepada ibu-ibu yang dah melebihi tempoh 40 minggu, jangan risau. Banyakkan berdoa dan solat sunat. Masa ni la nak solat banyak-banyak. Lepas bersalin dah tak boleh solat. Kalau rasa stress dengan soalan-soalan orang, cuba diamkan diri. Antara cara yang saya baca untuk percepatkan bersalin :

  • Banyakkan mencangkuk
  • Buat hubungan suami isteri
  • Banyakkan berjalan dan naik turun tangga
  • Buat senaman kegel

Kalau nak berjalan tu pastikan ada yang teman ya. Risau juga kalau tengah jalan tu tiba-tiba sakit nak bersalin.

Banyakkan juga baca doa di bawah sehingga dalam labor room dan sampai baby keluar..

1. Allahumma yassir wala tu ‘ assir – Ya Allah, permudahkanlah dan jangan lah Kau sukarkan

2. Thummas sabiila yassarah – Kemudian jalannya dimudahkan (Surah Abasa : Ayat 20)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *