Kandungan terlebih hari (overdue)

SETIAP ibu terutama sekali yang akan menghampiri tarikh jangkaan akan tertunggu-tunggu hari yang bersejarah, iaitu hari yang menunjukkan tanda-tanda untuk melahirkan cahaya mata yang selama ini telah dikandung dan dijaga.

Perasaan cemas bercampur gembira bukan hanya dirasai oleh kaum ibu tetapi juga oleh kaum bapa.

Bagi ibu-ibu yang buat kali pertama mengandung, perasaan cemas itu adalah lebih lagi dirasai kerana ia merupakan pengalaman kali pertama.

Walau apa pun, kelahiran merupakan satu proses dan pengalaman yang harus dilalui dan diharungi dengan segala perit dan kegembiraan oleh semua ibu.

Walaupun hampir 80 peratus ibu-ibu tersebut akan melahirkan kandungan beliau lebih awal dari tarikh jangkaan, empat hingga 14 peratus akan mempunyai masalah lebih hari iaitu tidak melahirkan walaupun telah mencapai tarikh jangkaan.

Apa yang dimaksudkan hamil lebih hari? 

Biasanya apabila seseorang ibu membuat pemeriksaan di klinik, dia akan di beritahu tarikh jangkaan kelahiran oleh doktor berdasarkan pengiraan mengikut tarikh haid terakhir beliau.

Tarikh yang diberi adalah tarikh 40 minggu usia kandungan.

Jika ibu tersebut tidak dapat memberi tarikh terakhir haid dengan pasti tarikh jangkaan adalah diberi berdasarkan pemeriksaan ultrasound.

Biasanya kepastian tentang tarikh jangkaan akan dibuat pada awal mengandung kerana pemeriksaan ultrasound pada masa itu adalah lebih tepat berbanding dengan pemeriksaan yang dibuat pada usia kandungan yang telah besar.

Persoalan yang sering ditanya apakah kandungan lebih hari itu satu masalah? Adakah ia berbahaya kepada anak yang dikandung?

Kandungan lebih hari sebenarnya bukanlah satu entiti yang baru. Risikonya telah di kenal pasati sejak tahun 1920 lagi.

Walau bagaimanapun entiti tersebut telah mendapat perhatian dari segi clinical significent sejak tahun 1960.

Kandungan lebih hari ini sering dikaitkan dengan placental insufficiency yang perlu mendapat tindakan sewajarnya.

Ini kerana keadaan ini boleh mengakibatkan kesan kematian perinatal yang tinggi.

Bayi yang terlebih matang (post mature) akan kelihatan kehilangan tisu lemak pada kulit, Kulit yang kelihatan merekah dan terdapat kesan meconium terlekat pada kulit tisu.

Masalah-masalah dan komplikasi-komplikasi yang berkaitan dengan kandungan lebih hari termasuklah:

* Asphyxia. 

Keadaan ini adalah keadaan di mana bayi dalam keadaan lemas (mungkin akibat dari kekurangan oksigen). Keadaan ini boleh menyebabkan kematian bayi atau boleh menimbulkan banyak komplikasi-komplikasi lain pada bayi di masa akan datang.

* Kecacatan kongenital.

Ini merupakan salah satu penyebab kandungan lebih hari. Sebagai contoh aenencephaly iaitu bayi tidak mempunyai tempurung kepala.

* Neonatal seizures. 

Sawan pada bayi yang baru lahir boleh berlaku dua hingga lima kali lebih kerap pada bayi yang lahir selepas 41 minggu. Keadaan sawan yang berterusan ini boleh menjejaskan fungsi otak bayi di masa akan datang.

* Intrauteine cot death. 

Keadaan di mana denyutan jantung bayi yang berhenti secara tiba-tiba tanpa sebab yang dapat dikesan dan mengakibatkan kematian.

* Meconium Aspiration Sydrome/Respiratory Distress. 

Keadaan di mana sistem pernafasan bayi yang lemah, terganggu dan terjejas akibat tertelan najis sewaktu dalam kandungan atau sewaktu kelahiran. Ini adakalanya boleh mengakibatkan bayi yang baru dilahirkan itu bergantung pada mesin pernafasan (ventilator).

* Kematian 

Masalah-masalah dan komplikasi-komplikasi tersebut patut di elakkan sebaik mungkin.

Setelah mengetahui risiko yang berkemungkinan terjadi pada bakal cahaya mata, apakah ibu-ibu masih mahu mengambil risiko tersebut setelah sekian lama di kandung?

Oleh yang demikian kebanyakan doktor akan melakukan proses induksi (Induction of labour) apabila seseorang ibu telah menjangkau tarikh jangkaan.

Atas pemeriksaan dan penilaian yang dibuat oleh doktor, biasanya perbincangan akan dibuat secara terperinci dengan pasangan tentang induksi tersebut.

Ini termasuklah kaedah proses dan komplikasi-komplikasi yang mungkin timbul.

Faktor Sebabkan Overdue

  • Sejarah keluarga. Sesetengah wanita mempunyai genetik untuk melalui kehamilan panjang. Jika ibu, nenek ataupun ahli keluarga terdekat yang lain pernah mengalami overdue lebih daripada dua minggu tanpa apa-apa masalah, maklumkan kepada doktor agar dia dapat melambatkan tempoh anda diberi ubat cetusan (induce).
  • Saiz kepala. Jika bayi anda mempunyai kepala yang besar berbanding saiz pelvik, ia mungkin tersekat. Apabila keadaan ini berlaku ia akan menyebabkan tubuh anda tidak menghasilkan hormon oksitosin yang dapat memulakan proses kelahiran.
  • Tiada kontraksi. Ada kalanya kehamilan boleh melebihi tarikh jangkaan apabila rahim anda tidak mengecut seperti yang sepatutnya berlaku.

sumber : http://bidanbersalin.blogspot.com/2010/08/overdue.html,  http://diari-aiman.blogspot.com/2011/02/risiko-kandungan-overdue.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>