Jan 14

Surah al-Insyirah buat penenang

Assalamualaikum….

Sekarang ni ramai betul orang yang tak sihat. Kami sekeluarga sendiri mengalami batuk-batuk. Di pejabat pun ramai yang batuk dan selsema.

Jumaat lepas Muadz satu hari menangis di Taska sampai pihak Taska tak tahu nak buat apa. Muadz demam dan batuk, jadi mungkin dia rasa tak selesa. Dia tak mahu minum, makan dan juga tidur. Asyik merengek sahaja. Jadi, saya terpaksa balik awal untuk ambil dia.

Setiap kali lepas batuk dia akan menangis, kesian sangat. Saya tepuk-tepuk di belakang badannya untuk melonggarkan kahak-kahak dalam dada. Ini yang diajar oleh seorang doktor kepada kami. Lekukkan tangan bentuk C dan tepuk belakang badan bayi. Kadang-kala dia akan muntah dan keluarkan kahak yang tersekat. Bila muntah biasanya bayi akan lega sedikit.

Sabtu ahad yang lepas memang mencabar. Muadz asyik merengek sepanjang hari dan tak mahu dengan orang lain. Seorang sahabat memberi tips supaya membacakan surah al-Insyirah. Alhamdulillah, bukan sahaja menenangkan bayi tetapi juga orang yang menjaganya.

Walau bagaimanapun, ayat al-Quran ni bukanlah tangkal atau jampi, ia
perlu difahami maksudnya supaya lebih terkesan di hati. Jadi, mari kita
lihat maksud surah al-Insyirah.

1. (Wahai Muhammad) bukankah Kami telah lapangkan dadamu?
2. Dan Kami telah ringankan bebananmu.
3. Yang telah memberatkan belakangmu.
4. Dan Kami telah angkatkan namamu (di dunia dan di Akhirat).
5. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.
6. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.
7. Oleh itu apabila engkau telah selesai dari kegiatan-kegiatan hidupmu,
maka usahakanlah kegiatan yang lain pula.
8. Dan kepada Tuhanmu tumpukan perhatian dan minatmu.

Saya dukung Muadz, tepuk belakangnya sambil bisikkan surah ini ke
telinganya. Sambil baca, teringat ujian yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w yang lebih berat lagi. Sedangkan saya cuma diuji sedikit sahaja. Bila sampai ayat 5 & 6, saya berhenti sekejap, tarik nafas dan berdoa semoga saya diberi kekuatan menghadapi ujian ini. Bila Muadz tak mahu berhenti menangis saya ulang-ulang surah ini sambil berdoa.

Alhamdulillah, hati saya cukup tenang. Hilang rasa nak marah dengan kerenah anak. Hilang rasa risau melihat anak yang tak tenang. Muadz sendiri seperti faham perasaan ibunya dan terlentok manja.

Saya juga amalkan sentiasa beri pesanan sambil usap kepala bayi. Tak kira semasa menyusu, bermain atau tidur. Ahad malam saya bisikkan padanya bahawa esok dia akan ke taska, ummi terpaksa kerja. Please be a good boy. Esoknya 2-3 kali saya telefon taska kerana risau. Tetapi Alhamdulillah walaupun masih belum baik sepenuhnya, Muadz mahu minum susu. Semalam, Muadz bertambah baik & ceria. Dah boleh senyum dan bermain.
Syukur.

Harap tips ini boleh membantu ibu-ibu lain juga. Yang penting kebergantungan kepada Allah ya.

Jan 12

bagi bayi makan awal

Assalamualaikum…

Lama tak update blog ni. Agak banyak sedikit kerja kebelakangan ni. Ada terbaca update seoragn sahabat yang mula beri anaknya makan kerana merasakan susu tidak cukup untuk bayi.

Sebenarnya bayi berusia 4-5 bulan, dah mula nampak jauh dan mula seronok belajar mencapai benda. Jadi, segala apa yang dia nampak semua nak dicapainya. Bagaimana pula kalau bayi meragam walaupun dah bagi minum?

saya pun pernah suatu ketika berlaku macam tu. Tapi dalam kepala tak pernah terfikir sebab susu tak cukup (konon positif sangatlah tu.. tongue ). Tapi cuma risau, kenapa dengan Muadz ni? Tak sihat ke? Last..last..saya layankan aje. sepanjang malam nak menyusu. bila lepas je menangis.

Kemudian baru saya tahu, mungkin Muadz mengalami Growth spurt. Dalam 2-3 malam juga Muadz asyik nak bergayut. Di Taska ok je pula.

Tapi sayangnya bila tengok, ramai dah start bagi anak makan awal. Memang bayi akan terima je. Tapi jangkamasa panjang, baru umur 30++ dah sakit badan macam-macam. Kebanyakkan institusi kesihatan seperti World Health Organisation, the American Academy of Pediatrics, Health Canada, Health Insite – Australia dan the Department of Public Health (U.K.) mencadangkan bayi diperkenalkan makanan pada usia 6 bulan. Boleh refer sini.

Banyak lagi link tentang memperkenalkan makanan kepada bayi. Kesian perut bayi yang kecil tu disumbat macam-macam kan. Sayangilah bayi anda kerana dia adalah amanah yang diberikan.

Jan 06

Keguguran rambut

Assalamualaikum…

Rasanya rata-rata ibu mengalami masalah keguguran selepas bersalin. Ada yang kata bila bayi mula main air liur, mulalah rambut gugur dengan banyaknya. Saya sendiri mengalami keguguran rambut yang teruk. Setiap kali mandi, penuh lantai tanda dengan rambut. bila pegang rambut banyak betul yang tertarik. Dah la rambut nipis, semua pun kata sampai nampak kulit kepala. Dah nak botak dah. huhuhu.

Dah pakai minyak rambut pun tak berkesan (tapi tak rajin sangat pakai sebenarnya. bila ingat je. tongue ) Jom kita tengok apa kata kellymom.
Continue reading

Dec 29

Cara mudah siapkan makanan bayi

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Muadz dah pun 8 bulan. sekarang ni dah kurang buat puree buah sebab muadz pun macam dah pandai kunyah-kunyah sikit. bubur pun dah tak blender hancur. Alhamdulillah juga, masih fully breastfeeding muadz, tak campur lagi susu formula dan dapat bagi muadz makan hasil tangan sendiri iaitu makanan yang tak campur garam dan gula. cuma roti je yang tak buat sendiri. tongue

Jadi, sekarang ni dah tak buat makanan frozen untuk muadz. tapi untuk memudahkan diri sendiri saya siapkan makanan untuk 3 hari terus. jadinya 3 hari muadz akan makan makanan yang sama.
Continue reading

Dec 27

Soya boleh membanyakkan susu?

Assalamualaikum…

Salah satu makanan yang boleh membanyakkan susu adalah soya atau sumber protein yang lain. Sebab tu bila ambil ESP Shaklee pun dapat membantu membanyakkan susu. tapi kadang-kadang asyik minum soya suam atau ESP sahaja pun boring juga kan.

Apa kata kita cuba pelbagai resipi Taufufah? Taufu pun salah satu sumber protein tau. Boleh buat special macam kat hotel sket. Kalau berjaya boleh buat business. Mana nak dapat resipi banyak-banyak? Boleh klik banner di bawah.


Continue reading

Dec 21

Susu bertambah dengan ESP

Assalamualaikum..

Sejak berpindah office, hasil mengepam pun semakin berkurang. yelah, dulu dapat pam 4 kali sehari. Sekarang 3 kali sahaja. Setiap kali pam, hasil pun dah kurang. kalau dulu sekali pam boleh dapat 10oz atau lebih. Tapi sejak pindah ke office baru, dapat 5oz atau 6oz je.

Untuk bekal muadz ke taska terpaksa ambil stok dari peti ais atas. Saya start tambah Alfalfa dari 2biji sehari ke 4 biji sehari tapi macam tak banyak beza. Tak lama lepas tu saya order pula ESP. Dulu memang pun dah ada beli tapi dah habis. dan ambil masa yang agak lama nak beli semula kerana ada sedikit masalah kewangan.
Continue reading

Dec 16

Dah sampai

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semalam dah dapat pun vitamin yang diorder. Kali ni order Full pack Set B, menggantikan yang dah nak habis. Alfalfa dah habis terus, yang lain ada baki lagi sikit tapi alang-alang beli je la terus.

My Shaklee

Koleksi Vitamin yang ada di rumah

Continue reading

Dec 09

Sedikit terlambat

Assalamualaikum..

Hari ni terbaca entry seseorang yang dagh pun mendaftar perniagaan online dia. Terasa sangat jeles di situ. Saya baru plan nak ambil cuti dan pegi daftar perniagaan, dia dah buat dulu. Memang pun ramai je orang yang dah daftar perniagaan tapi mungkin kerana si dia ni orang terdekat yang pernah kerja sama pejabat dengan saya dan tahu dia pun part-time business macam saya.

Memang dia dah start dulu tapi tak sangka dia daftar perniagaan dulu. Uwaa.. bukan nak kata saya jeles sampai nak jatuhkan dia ye. Tak.. cuma sedikit jeles sebab saya ni lambat bertindak. Pengajaran di sini : SILA JANGAN BERTANGGUH. memang dah ada orang advise suruh daftar tapi disebabkan saya susah dapat cuti dan bila dapat cuti ada je benda lain yang perlu diuruskan dahulu, maka asyiklah bertangguh.
Continue reading

Dec 07

shaklee.hanisamin.com

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhirnya berjaya siapkan Hanis Amin Shaklee Store. Disebabkan ramai yang bertanya dan ingin tahu tentang Shaklee, akhirnya terhasillah Hanis Amin Shaklee Store. InsyaAllah saya akan kongsikan ilmu tentang shaklee dan makanan tambahan.

Sabtu lepas, saya hadiri sesi program Becoming Successfull Work At Home Mother (WAHM). Seronok dapat berjumpa ramai rakan-rakan seperjuangan (breastfeeding mom). dapat juga berkongsi tentang shaklee.

InsyaAllah, cita-cita saya memang untuk menjadi business woman. Idola saya adalah Puan Suraya dari lunatots. Kagum dengan semangat beliau menguruskan perniagaan di samping mengamalkan natural parenting (susu ibu, cloth diaper, baby wearing).

Doakan saya berjaya ya!

p/s – tadi macam banyak idea nak tulis. Hilang pula idea. huhu.

Nov 30

Apa itu affiliate?

Assalamualaikum…

Ada lagi 2 minggu sebelum cabaran affiliate ebook Rahsia Tangisan Bayi ditamatkan. Ramai yang sedang berusaha untuk mendapatkan bonus. Tapi ramai juga yang kurang tahu apa itu affiliate.

Secara ringkasnya, affiliate adalah sama seperti promoter di dunia nyata. Bezanya, kita cuba perlu mempromosikan sahaja, segala urusan jual beli akan dilakukan oleh pemilik produk. Malah bahan untuk promosi pun ada disediakan. Tetapi kalau nak promosi cara sendiri pun boleh juga. Setiap orang yang membeli dengan link kita, kita pun dapat komisen. Nampak mudah kan?
Continue reading

Nov 18

Cabaran affiliate ebook rahsia tangisan bayi

CABARAN AFFILIATE EBOOK RAHSIA TANGISAN BAYI

>>DAFTAR AFFILIATE DI SINI<<

http://rahsiatangisanbayi.com/member
Ebook “Rahsia Tangisan Bayi” Ini Dijual Dengan Harga RM30
Kami menghargai titik peluh rakan-rakan agen affiliate dalam membantu kami mempromosikan ebook ini.
Maka kami menyediakan komisen sebanyak 50% iaitu RM15 bagi setiap jualan

Continue reading

Nov 16

Tak semua orang berpeluang

Assalamualaikum…

Salam Aidiladha pada semua. Semoga aidiladha yang mendatang ini menginsafkan diri dan memberi peringatan yang banyak kepada diri.

Saya berjumpa dengan ramai ibu yang ingin menyusukan anak tetapi tidak mendapat pengetahuan yang cukup. Tak semua ibu seperti saya yang berkerja di depan PC dan mempunyai akses ke internet sepanjang masa bekerja. Saya dapati itu adalah salah satu sebab yang menyebabkan kegagalan penyusuan susu ibu sepenuhnya.
Continue reading