Hasil dari Nuffnang?

Salam..

Hari ni terbaca sebuah blog yang baru dapat cek dari nuffnang. saya sendiri dah letak nuffnang kat blog dah lama dah. dulu excited la nak check. tapi bila check asyik 50 sen aje. lama-lama malas nak check. hehehe.

Tiba-tiba terfikir la saje2 nak check. waahh.. banyak juga. Alhamdulillah. takde la banyak sangat pun. sikit lagi nak mencapai 3 angka. Ala.. ingat senang2 ke orang nak bagi RM100 pun kat kita? hehe.

InsyaAllah, dah cukup 3 angka baru nak cash out. (Kalau ingat nak check masa tu  tongue  ) Tapi selagi duit tak pegang kat tangan tak payah la berangan dulu kan. Just tak sangka tengok jumlah tadi tu. sebab sebelum ni bila check asyik 50 sen aje. hehe.

Cuma satu perlu SABAR. baru semalam dengar tazkirah tentang SABAR. Banyak benda kita boleh dapat dengan sabar. Tapi bila kita tak sabar yang sekejap mungkin akan menimbulkan banyak kesan negatif yang lain. Contoh, bila rasa nak marah dan kita bersabar, insyaAllah kita takkan menyakitkan orang lain. Tapi bila kita melepaskan marah, mungkin ada yang terasa hati, yang sedih, tersinggung, dan parut tu mungkin sukar nak diubati.

 

Jadi, jom kita SABAR banyak-banyak. Kena lebih banyak didik diri sendiri ni..

 

p/s – saya tak tau kenapa sidebar saya turun ke bawah. rasa saya takde buat perubahan dan takde pula ada benda yang besar melebihi sidebar. Kalau ada sesiapa yang ada idea, tolonglah beritahu ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *