Tak semua orang berpeluang

Assalamualaikum…

Salam Aidiladha pada semua. Semoga aidiladha yang mendatang ini menginsafkan diri dan memberi peringatan yang banyak kepada diri.

Saya berjumpa dengan ramai ibu yang ingin menyusukan anak tetapi tidak mendapat pengetahuan yang cukup. Tak semua ibu seperti saya yang berkerja di depan PC dan mempunyai akses ke internet sepanjang masa bekerja. Saya dapati itu adalah salah satu sebab yang menyebabkan kegagalan penyusuan susu ibu sepenuhnya.

Alhamdulillah, sekarang dah ramai yang mempromosikan susu ibu. Artis pun turut mempromosikan susu ibu. Walaupun blog ini tidaklah semenarik mana, tapi saya harap ia dapat membantu ibu bapa di luar sana yang inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka.

InsyaAllah saya akan kongsikan apa yang saya tahu di sini.

2 thoughts on “Tak semua orang berpeluang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *