susu merudum…

Assalamualaikum…

Hari ni saja nak membebel + meluahkan perasaan. Lately ni kerja sangat banyak di office, maka jadual mengepam pun tunggang-langgang ditambah pula dengan tension pasal kerja dan kesihatan yang kurang memberansangkan, maka production pun menurun dan makin menurun. uwaaaa….. sedih… crying

Muadz baru 10 bulan. tak masuk setahun pun lagi. oh, tidak… crying bila makin sedih dan down makan makinla kurang. huhuhu. dah cuba to be positif, tapi kadang2 dalam kepala banyak je benda yang berpusing-pusing.

jadual makan pun tunggang-langgang sekarang ni. pagi biasa makan roti je. tak sempat nak membeli. sekejap je dah lapar. tengah hari kalau tak sempat pun beli roti juga lagi. kalau rehat lambat, kawan-kawan lain pun akan rehat lambat. kesian la pulak orang lain takleh nak rehat. makanya bila makan tunggang-langgang, macam mana la badan nak sihat. dah la sekarang ni asyik cepat lapar.

masa ni terasa cam nak berenti je kerja. tapi project back-up tak siap lagi. bila project back-up dah siap dan konsisten baru boleh berhenti kerja. tapi masa bila nak buat projectnya bila asyik busy. huuuuu.. stress..stress..

ok..ok.. bertenang.. istighfar banyak-banyak sket. Astaghfirullah. mungkin ini tarbiyah dan ujian Allah. nak tengok ketahanan diri ini. Ya Allah, berkatilah masa kami. pandulah kami menggunakan masa yang diberikan dengan penuh manfaat dan keberkatan. Amiin…

2 thoughts on “susu merudum…

  1. Salam,

    Qalesya pun baru 5 bulan 3 minggu. Kesian sebab dah terpaksa campur minum susu formula. Memandangkan jadual kerja yg tak menentu, mengepam pun dah tak ikut jadual…Akhirnya semangat dan azam yg berkobar2 untuk menyusukan Qalesya sampai 6 bulan kecundang juga disebabkan tuntutan kerja. Rasa bersalah yg teramat sangat sebab tanggungjawab yg satu ni tidak berjaya di laksanakan dengan sempurna…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *