Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri

Assalamualaikum..

Rasanya belum terlambat kan nak ucapkan Salam Aidilfitri? baru terperasan yang blog ni takde ucapan pun lagi. Jadi sekalikan je la salam ramdhan dan salam aidilfitri ye.


Salam Ramadhan semua. Alhamdulillah, kita dah pun melalui madrasah Ramadhan. Ada yang graduate dengan kepujian, ada yang graduate dengan cemerlang, ada juga yang hanya cukup-cukup makan. Tepuk dada, tanya iman. Semoga madrasah yang dilalui itu meningkatkan lagi amalam-amalan di bulan lain. Semoga kita diberi kesempatan untuk berjumpa ramadhan tahun depan untuk meningkatkan lagi amalan kita.

Salam Aidilfitri juga buat semua. Bagi yang berjaya melaui ramadhan dengan cemerlang, tentunya ‘graduation day'(aidilfitri) terasa sangat bermakna. Yang tak berjaya, cuba lagi tahun depan ya. Dari kami sekeluarga, kami mohon maaf sekiranya ada salah silap dari kata-kata dan perbuatan kami yang menyinggung mana-mana pihak sama ada secara sedar atau tidak sedar.

Ikhlas dari kami sekeluarga,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *