Percutian 3 hari 2 malam PERCUMA di Sunway Resort & Spa

Assalamualaikum..

Alhamdulillah Sabtu lepas sehingga semalam, dapat percutian percuma di hotel 5 bintang, Sunway Resort & Spa, ditaja sepenuhnya oleh pihak Shaklee. Kali ni Shaklee adakan National Conference qualifier (percutian percuma untuk mereka yang memenuhi syarat) serentak dengan Star Awards Achiever (untuk mereka yang layak dapat awards berdasarkan pencapaian tahunan). Jadi memang agak ramai dan sesak semasa event. Belum lagi termasuk mereka yang memang membeli tiket untuk hadir event ini.

Shaklee national conference

Goodie bag NC 2014

Beli tiket RM30 tapi dapat goodie bag barang berharga lebih RM70++. Memang sangat berbaloi. Alhamdulillah, tahun ni tahun kedua saya layak dapat awards. Tahun lepas event sehari sahaja, tahun ni 2 hari sebab ramai sangat yang layak. Seronok tengok semakin ramai yang berjaya dalam bisnes Shaklee. Dan lebih membanggakan bila kebanyakannya adalah muslimah dan ibu-ibu. Pakaian kebanyakannya menutup aurat dan mengikut syariat. Ada la juga sikit2 yang ketat-ketat, jarang-jarang tapi sikit sangat sebab kebanyakannya mak-mak orang. Naik pentas masing-masing pimpim tangan anak, dukung anak.

Shaklee juga ada sediakan bilik khas untuk kanak-kanak bermain dan mewarna. Jadi, kalau ada anak-anak yang bosan duduk dalam dewan atau tak suka bising-bising, boleh la ke bilik khas tersebut. Ada aktiviti mewarna dan siapa warna cantik dapat hadiah. Ada juga badut buatkan belon.

DSC_0044

Bilik mewarna untuk kanak-kanak

Lebih istimewa event Shaklee kali ni, ia dihadiri oleh CEO dan Chairman Shaklee Corporation iaitu ROGER BARNETT. Beliau seorang billionaire yang juga pemilik kepada jenama Burberry, Beauty.com, Activated Holdings LLC dan banyak lagi.

Mr Roger Barnett

Mr Roger Barnett

Untuk yang tak dapat awards pun banyak juga aktiviti menarik. Boleh ke booth produk untuk tengok demo dan penerangan tentang produk. Boleh cuba ESP secara percuma yang terletak di beberapa ‘station’ minuman sekitar dewan, nak minum banyak kali pun boleh. Boleh buat pembelian produk terbaru shaklee iaitu Phytocol-ST. Boleh dengar motivation talk. oh ya, untuk siapa yang minat Faizal Tahir, ada persembahan live dari Faizal Tahir. Kami sekeluarga yang tak berapa minat dengar lagu-lagu ni lari keluar dewan, bergambar di luar dewan pula.

Alhamdulillah, selain dapat naik pentas ambil awards, tahun ni saya dapat juga penginapan free 3 hari 2 malam. Bukan setakat penginapan free, setiap satu malam ada je hadiah istimewa dari Shaklee. Malam pertama dapat pouch ada free 4 sachet Shaklee Collagen Powder dan sebotol CoQHealth. Malam kedua pula, dapat set tuala ada tulisan Shaklee. Dapat juga exclusive dinner, cuma masa dinner ni anak-anak tak boleh bawa, jadi minta tolong suami jaga anak-anak walaupun risau-risau juga. Alhamdulillah, balik dinner semua dah tidur. Suami kata si kecik Zilal pun nangis kejap je.

Hari ketiga, kami hanya santai di hotel, main swimming pool dengan anak-anak. Ada aktiviti yang dirancang oleh Shaklee tapi dah 2 hari anak-anak ikut aktiviti mak ayah, hari terakhir biarlah bagi mereka pula bergembira. Seronok tengok anak-anak main air sampai tak teringat pun hari tu hari Isnin. Sampai ada seorang datang dan cakap pada kami, “You all beruntung tau, ada masa sendiri, ada masa dengan anak-anak. Berapa ramai orang nakkan your lifestyle. Tapi terpaksa keluar awal pagi, tinggal anak, tempuh jem dengan monay blues lagi.”

Shaklee national conference

T-shirt tu pun hadiah dari shaklee, tangan panjang dan labuh. Alhamdulillah, Shaklee mengambil berat tentang pengedar muslimah

Alhamdulillah, saya bersyukur saya memilih jalan ini. Bermula dengan untuk tujuan penyusuan kepada kesihatan diri dan keluarga. Kemudian berubah kepada untuk membantu kesihatan orang lain. Dan kini, bukan sekadar membantu kesihatan orang lain, tetapi juga ingin membantu ekonomi lebih ramai lagi orang.

Ada yang rasa dah ramai menjadi pengedar Shaklee dan tak nampak peluang tapi sebenarnya masih ramai yang tak kenal dan tak tau tentang Shaklee. Dan alhamdulillah setakat ni mereka yang menggunakan Shaklee memang kualiti kesihatannya bertambah baik. Mahal ke? tak mahal la. Apalah ertinya wang ringgit kalau setiap bulan kena ke klinik atau hospital. Saya dah tak sanggup lagi dengar anak menjerit menangis sebab tak mau makan ubat. Tak mau lagi rasa sedih melihat anak terpaksa masuk hospital dan dicucuk tangan untuk masuk air.

Apa pun pilihan di tangan masing-masing dan saya bersyukur saya pilih Shaklee sebagai supplemen keluarga saya dan juga sebagai sumber pendapatan saya.

One thought on “Percutian 3 hari 2 malam PERCUMA di Sunway Resort & Spa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *