Pengalaman bersalin

Assalamualaikum..

Dah sebulan lebih berlalu, baru nak update tentang pengalaman bersalin ni. Nak start macam mana ye. Dijangka bersalin 30 April 2010 hari khamis. so weekend sebelum tu sempat makan makanan jepun di Oshima restaurant. Ahad malam tu plak, kami satu family ke i-city, shah alam. Nama je duduk shah alam tapi kami tak pernah pergi pun. Punyalah ramai orang. Tapi saya tak jalan habis pun, tak larat. Selepas tu bermulalah proses nak bersalin.

26 April 2010
2 pagi : Mula tak boleh tidur sebab contraction yang kuat. Rasa macam period pain yang tahap tak boleh nak bangun. disebabkan dah selalu rasa period pain still boleh bertahan. jarak contraction 6 minit tapi rasa macam jalan tak buka lagi. Cuba teknik pernafasan yang diajar dan naik turun tangga dua kali. harap jalan mudah terbuka.

3 pagi : Ada sedikit darah pada seluar dalam. mula risau. takut kalau membahayakan kandungan. Mandi, solat sunat hajat dan kejutkan suami.

3.30 pagi : bergerak ke Pusat perubatan Kohilal, Taman Melawati.

4 pagi : nurse check, bukaan 1cm. masuk wad untuk tunggu doktor masuk. Jalan-jalan dalam wad.

8 pagi : doktor datang check. bukaan 2cm. Doktor beri pilihan untuk masuk wad atau pulang. pilih untuk pulang. Rasa macam lagi stress kalau duduk dalam ward.

8.30 pagi : pulang ke rumah mak mertua yang dekat dekat hospital. ingat nak jalan2 tapi rasa ngantuk sangat. maybe sebab tak tidur sangat malam tu. tidur je sampai petang.

5.30 petang : ajak hubby jalan-jalan sekitar kawasan rumah mak mertua.

8 malam : ajak hubby pegi giant beli sikit barang yang tak beli. contraction bertambah kuat tapi jarak masih sama. tak larat pegi lama-lama.

27 april 2010
3 pagi : terjaga disebabkan contraction yang semakin kuat tapi jarak masih tak berubah. cuba pelbagai posisi untuk kurangkan sakit. cuba menonggeng, melutut, merangkak. setiap kali contraction tak mampu bergerak atau buat apa-apa. cuma genggam apa-apa yang ada disekeliling sebab terlampau sakit.

4.30 pagi : cuba untuk tidur semula. dan berjaya tidur tapi kadang-kadang terjaga sebab sakit.

8 pagi : pergi semula ke hospital selepas sarapan. tak lalu nak makan tapi mak mertua suruh juga makan untuk dapatkan tenaga. masa ni nak senyum pun dah tak mampu sebab asyik sakit. nurse check bukaan 4cm. masuk ward semula. cuba nak jalan tapi tak mampu.

3 petang : nurse panggil ke bilik bersalin. bukaan 7cm dan sakit semakin kuat. nurse masukkan air. sakit bertambah kuat sampai tak tau nak cakap macam mana. nurse dan hubby ingatkan supaya bernafas guna mulut dan banyakkan zikir. nurse nak pecahkan air ketuban tapi dah terpecah sendiri. masa ni dah tak tengok jam, jadi tak tau pukul berapa doktor sampai. doktor terus ajar macam mana nak push. dan terus teran dan teran.

4.20 petang : Muhammad Muadz bin Zulhisam selamat lahir ke dunia. Baby terus dibawa untuk dibersihkan. Nurse panggil hubby untuk azan dan tahnikkan baby sementara saya dijahit. terasa kosong masa ni. maybe sebab masa kelas antenatal kat HKL diberitahu baby akan terus diletakkan di dada sementara doktor jahit. tapi di swasta tak macam tu. bila dah selesai hubby minta nurse bawa baby untuk disusukan. Nurse letak je baby kat sebelah dan tak ajar macam mana nak susukan baby. hubby panggil nurse. nurse ajar menyusu cara baring tapi rasa tak selesa. baby pun macam tak selesa. tak berjaya susukan baby. cuma sapu kolostrum di bibir baby. sedih sangat.

lepas tu memang kena minta untuk nak susukan baby tapi setiap kali pun tak berjaya sebab tak pandai nak latch-onkan baby. sampailah malam tu mak datang, mak ajar susukan cara duduk. tapi tak berapa berjaya juga sebab tak pandai pegang baby. nurse cakap nak bagi formula sebab takut baby kuning. akhirnya pasrah. tapi minta nurse bagi guna sudu.

kiranya tak berjaya la saya exclusive breastfeed. selepas keluar ward, duduk satu malam di rumah mak mertua. baby asyik meraung sebab lapar. dan saya masih tak pandai susukan. last2 mak mertua bagi formula. masa tu rasa nak call mana-mana LC tapi takde no phone pula. lepas ni kena lebih bersedia.

untuk ibu-ibu first timer yang nak menjayakan susu ibu macam saya, harap dapatkan contact no Pakar Laktasi atau Peer Counselor sebelum bersalin. kalau ada masalah boleh terus hubungi mereka.

5 thoughts on “Pengalaman bersalin

  1. Congrate di atas kelahiran baby anda.Semua ibu mesti berperasaan sama,sy juga x lari dr perasaan itu.Saya ckp bersyukur krn dpt mengalami perasaan itu walaupun Allah cuma meminjamkannya hanya utk setahun.Kerana setahun slps itu,Tuhan mengambilnya kembali.Tp sy redha dgn Qada n qadar.Once again,congrate diatas kelahiran bb anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>