Pemakanan dalam pantang

Assalamualaikum…

Akhirnya saya berjaya menyiapkan ebook Tips pemakanan dan resipi dalam pantang seperti yang dijanjikan. Lama betul berjanji, akhirnya baru nak siap. Salah satu sebabnya adalah kerana saya sendiri nak print untuk kegunaan saya semasa dalam pantang nanti. laughing Saya dah pun selamat print dan letak bersama-sama beg buku bayi yang saya akan bawa ke rumah mak nanti.

Saya letakkan semua maklumat yang saya dapat untuk penjagaan bayi dan ibu semasa dalam pantang dalam satu beg untuk memudahkan. Buku tu hanyalah hasil pencarian saya, bukan pendapat peribadi. Tetapi saya ada membuang dan menambah maklumat yang saya rasakan perlu dan sesuai dengan saya. Jadi, untuk orang lain mungkin terdapat sedikit perbezaan.

Bagi saya, apa yang penting adalah mengambil pemakanan seimbang dan juga tidak mengambil sesuatu makanan tu secara terlampau berlebihan. Dah lama maklumat-maklumat tu ada dalam computer saya sebenarnya. Cuma saya susun semula supaya mudah dibaca. kalau ada sebarang komen atau cadangan silalah kemukakan ye.

Click gambar dan isikan borang untuk download.

p/s – semua orang risau kalau tiba-tiba saya terbersalin awal. Saya pula asyik fikir plan B nak buat apa kalau saya tak bersalin sampai lepas due.

2 thoughts on “Pemakanan dalam pantang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *