New CD

Assalamualaikum…

Kepala sangat berat, selsema teruk. Rasa macam nak tercabut je hidung ni. tapi nak juga update latest news. Alhamdulillah, semalam CD yang baru beli dah sampai. CD tu bukan yang untuk pasang kat PC ye, tapi cloth diapers. Menambah koleksi dari yang ada sebelum ni.

Cloth diapers

Pakej Ramadhan



kali ni beli di tempat yang sama iaitu mamapayish sebab dia adakan pakej ramadhan pula. memang dah lama nak beli dyanaMP cd tu dengan wetbag. Alhamdulillah, dah dapat pakej. Ops…tapi DyanaMP corak zoo tu bukan dalam pakej ye. Yang itu beli dari reseller Puan Linda a.k.a mamapayish yang bernama Puan Lisa.

Dalam pakej DyanaMP without leakguard yang beli asing tu ada leakguard. sekarang tengah nak menambah koleksi yang velcro sebab macam lagi mudah pakai. Tapi kena beli sikit-sikit dulu. Eh, baru perasan sama macam gambar kat blog mamapayish tu la, cuma corak Moo tu je tukar dengan corak Army.

lepas ni nampaknya kena lebih rajin pakaikan Muadz dengan CD. sebelum ni macam malas-malas sket sebab stok sikit je dan tak berapa pandai. Berazam nak pakaikan CD bila malam. siang kat taska macam susah sket. sebelum ni pakaikan bila malam mesti bocor. kat bahagian peha tu basah.

malam tadi try pakaikan coolababy bamboo carcoal yang lama dan ketatkan sikit pinggang dia. takut dia sakit pula tapi dia macam ok je. tengok pagi tadi tak bocor pun. pakai dari 11malam-7 pagi. buka tengok kat peha dia takde tanda-tanda merah, ok la kot.

Untuk coolababy saiz S: 3-6kg, M:5-10kg, L:8-13kg. Yang lain tu takde bagi saiz, so try and error je tapi rasa macam lebih kurang je kot. cuma dyanamp tu boleh sampai XL. malam tadi baru basuh untuk forst round. tak sabar nak pakaikan kat Muadz. Dah ada wetbag boleh la bawa CD jalan-jalan.

CD size coolababy

Saiz CD Coolababy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *