Keguguran rambut

Assalamualaikum…

Rasanya rata-rata ibu mengalami masalah keguguran selepas bersalin. Ada yang kata bila bayi mula main air liur, mulalah rambut gugur dengan banyaknya. Saya sendiri mengalami keguguran rambut yang teruk. Setiap kali mandi, penuh lantai tanda dengan rambut. bila pegang rambut banyak betul yang tertarik. Dah la rambut nipis, semua pun kata sampai nampak kulit kepala. Dah nak botak dah. huhuhu.

Dah pakai minyak rambut pun tak berkesan (tapi tak rajin sangat pakai sebenarnya. bila ingat je. tongue ) Jom kita tengok apa kata kellymom.

Postpartum hair loss is a normal – and temporary – postpartum change that is unrelated to breastfeeding. Most women will return to their usual hair growth cycle between 6 and 12 months after birth.

Perubahan hormon semasa mengadung menyebabkan rambut tumbuh dengan lebat. Hasilnya, ramai ibu yang mempunyai rambut lebat ketika mengandung. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, hormon akan berubah kembali menyebabkan rambut berada dalam keadaan rehat dan mengalami keguguran rambut.

Biasanya keguguran akan bermula 3 bulan selepas kelahiran. Masa ni memang baby dah mula pandai main air liur pun. Keguguran akan lebih teruk sekiranya penambahan rambut semasa mengandung lebih banyak ataupun ibu mempunyai rambut yang panjang. Walau bagaimanapun, keadaan akan kembali normal selepas 6-12 bulan selepas kelahiran.

Sementara menunggu keadaan kembali normal, apa yang ibu boleh buat?

  • potong rambut supaya rambut lebih pendek
  • ubat style rambut
  • gunakan syampu dan conditioner yang baik
  • elakkan guna sikat
  • Pengambilan multivitamin/supplement juga turut membantu. Ambil protein secukupnya.

Alhamdulillah, sekarang rambut saya dah kembali normal. pagi tadi ikat rambut tiba-tiba perasan dah tak nampak kulit kepala. confirmkan dengan hubby, dia pun kata kat toilet dah tak banyak rambut gugur. saya memang potong rambut pendek bila keguguran yang teruk.

Dan saya pasti pengambilan vitamin turut membantu menguatkan rambut saya. Kalsium bukan sahaja boleh menguatkan tulang tetapi juga rambut tau. Tapi kalsium yang berlebihan juga boleh membahayakan. Nanti saya ceritakan tentang kalsium pula ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *