Cloth diapers : setelah sebulan

Assalamualaikum…

Dah sebulan lebih saya cuba guna CD secara bersungguh-sungguh bila baby ada di rumah. Iaitu masa malam je lah. weekend kalau kami keluar saya akan bawa 6 cloth diapers sahaja sebab muat-muat wetbag. hehe. yang lain tu still pakai pampers biasa. Hasilnya alhamdulillah, dari sebulan 2 peket pampers dah jadi 1 peket je. Setakat ni koleksi yang dah ada:

Pakej Ramadhan :
1 PC DYANAMP POKET STYLE WITHOUTLEAKGUARD (RM37/PC) – NO. 9 : TIGER
1 PC COOLABABY BAMBOO CHARCOAL (RM35/PC) – Jasmine Green
1 PC COOLABABY VELCRO (RM29/PC) – Atoll Blue
1 PC SUNNYBABY MINKY VELCRO (RM33/PC) – ARMY
1 PC BABYLAND PRINTED (RM29/PC) – Rabbit
FREE COOLA WET BAG – No 5

Pakej Orang Nak Gaji
PAKEJ 1 (5 PCS CLOTH DIAPER)
2 PCS COOLABABY BAMBOO CHARCOAL (BUTTON SAHAJA) – Atoll Blue & White
1 PC SUNNYBABY MINKY VELCRO – polka dot blue
1 PC COOLABABY AIO – orange
1 PC BABYLAND PRINTED – monkey blue

CD DyanaMP – Zoo

total ada 11 CD. alhamdulillah. teringin nak try lunatots tapi nanti dululah. setakat ni paling suka pakai coolababy dan dyanaMP. yang lain tu ok juga tapi entah la macam lagi suka dua tu. jarang bocor. yang lain tu kat peha dia macam kecik sikit.

sekarang ni macam tak tau nak adjust macam mana bila pakai yang button. kadan-kadang kecik sangat, kadang-kadang longgar sangat. takde tengah-tengah. rasa macam lebih senang guna velcro.

pernah sekali terpakaikan ketat bila buka punggung baby macam kebiruan sedikit. agaknya darah tak mengalir. kesian muadz. huhuhu. kena belajar lagi cara memakaikan CD dengan betul.

sesiapa yang ada advise tentang CD ni silalah beri ye.

Saya budah baru belajar. hee hee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *