Shaklee menguruskan badan?

Assalamualaikum…

Saya tidak pasti sama ada kenyataan di atas benar atau tidak tetapi saya hilang 3kg sejak makan shaklee! Selepas habis pantang saya tidak berharap berat saya akan turun walaupun saya memang mahu menghilang lemak-lemak degil yang ada pada badan. Saya naik 20++kg semasa mengandung, selepas melahirkan saya hilang 10kg dan semasa dalam pantang saya hilang 5kg. jadi saya perlu buang lagi 5++kg lagi.

Orang kata breastfeeding boleh membantu menguruskan badan. Mungkin itu juga salah satu faktor. menyusukan anak menjadi cepat lapar tetapi saya makan seadanya. saya masih makan nasi separuh kerana dah cukup mengenyangkan tetapi kalau diberi nasi penuh pun saya boleh habiskan. tongue

Selepas pantang hampir setiap hari saya timbang untuk check sama ada berat saya turun atau tidak. tetapi cuma +-1kg. kadang-kadang kurang kadang-kadang bertambah. (saya memang susah nak kurangkan berat badan). akhirnya saya malas nak timbang dah. tapi still pakai bengkung moden untuk memastikan perut tak buncit semasa di pejabat dan kadang-kadang waktu malam (kalau ingat la. )

Isnin lepas, sempena Muadz genap 3 bulan dan ramai kata saya nampak kurus saya cuba timbang dan mengejutkan. Saya kurang 3kg dari bulan sebelumnya. Mungkinkah sebab shaklee? wallahua’lam. mungkin alfalfa yang mengandungi klorofil tu menyebabkan badan mudah lawas. dan kalau tak silap ada baca vitamin yang meningkatkan metabolisme. tak ingat yang mana satu. mungkin juga sebab itu.

tapi pemakanan pun mestilah kena jaga, jangan makan lewat malam. Saya amalkan makan malam sebelum jam 8. selain tu, banyak makan sayur, banyak minum air dan berhenti makan sebelum kenyang sampai tak larat bergerak.

Rasanya semua orang pun tahu, lepas melahirkan akan sembelit. Selepas pantang saya masih sembelit walaupun tidak terlampau teruk. Tetapi lama kelamaan saya perasaan, saya makin mudah lawas. Hari ni alhamdulillah, saya dapat membuang dengan mudahnya. (ops…sorry kalau ada yang geli ye.)

Patutlah hari tu suami saya kata dia sakit perut, ada sekali tu dalam sehari ada 4 kali dia membuang. agaknya sebab dia memang jenis lawas jadi terlebih lawas. tapi dia kata biasa je bukan macam cirit-birit pun. sekarang dah ok. mungkin sebab badan dah adjust kot untuk buang apa-apa yang tak patut dalam badan. ini cuma pendapat saya ye. tiada info dari shaklee atau distributor shaklee.

yup, saya ajak suami saya makan vitamin shaklee bersama-sama. disebabkan dah ada trial pack tu, saya bagi sama dengan yang saya makan cuma alfalfa tu saya bagi sebiji sahaja atas saranan GM.

Kebetulan pula, saya ke website GM untuk copy link rupanya GM pun buat entri tentang sembelit. Maka, sah la alfalfa tu boleh melawaskan. tapi yang menguruskan tu tak tau la kalau effect dari vitamin lain dan bukan alfalfa.

Suami saya baru mula makan isnin lepas. kita tunggu sebulan tengok ada perubahan tak kat berat badan dia. hehehe.

p/s – nak beli shaklee full pack tapi gaji tak masuk lagi pulak sad (sibuk promosi shaklee plak saya ni.. tongue )

2 thoughts on “Shaklee menguruskan badan?

  1. Hanis, sebaiknya untuk dptkan berat badan yang betul jgn timbang setiap hari. Sebaiknya tiba di waktu pagi selepas mandi. Cuba check seminggu sekali ke. Nak kata Shaklee kuruskan badan tak pasti tapi IYA jika Hanis amik set kuruskan badan tapi ibu menyusu untuk 6 bulan pertama akan susut beratnya. Tapi…bila baby dah 6 ke atas berjagalah…berat ibu pon naik balik sbb time tu anak dah makan…ibu dah mula reduce pumping secara tak sengaja, anak pon lebih suka makan nyusu kurang. Itu pengalaman akak ler.

    • Terima kasih, kak. saya memang timbang pagi-pagi lepas mandi. insyaAllah saya akan berjaga-jaga. saya jenis susah nak naik dan turun tapi bila dah naik lebih-lebih memang lagi susah nak turun.

      Tu yang try tengok result suami saya pula. Saje je. kalau dapat menurunkan berat dia juga, alhamdulillah. tapi pemakanan dia tak jaga sangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *