Shaklee full set

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semalam dah dapat Shaklee full set yang terdiri dari Set B + ESP + PD. Punyalah dapat kotak besar sebab dalam tu ada starter pack untuk member. macam mana nak jadi member? pakat ramai-ramai dengan kawan-kawan untuk beli lebih dari RM650, dapatlah membership free(untuk seorang sahaja ye). kalau siapa tak nak beli banyak-banyak tapi nak jadi member pun boleh juga tapi kena bayarlah.

Semalam try satu sudu ESP + 1 sudu PD campur dengan air. tapi dia still ada rasa serbuk. tak larut betul. maybe nak kena shake kot. nanti la beli bekas ada tutup untuk letak kat rumah. Rasanya? hmm..okla kot. boleh la untuk ditelan. tapi sebab ada rasa serbuk tu yang tak best sket.

Hari ni pula dapat free gift.

Shaklee freegift

Lagi teruja tunggu free gift sebenarnya. hehehe. vitamin casing ni sebelum ni dah ada. tapi sebab dia ada 4 ketul je so boleh simpan untuk 4 hari je. saya pula share dengan hubby. jadi sorang 2 ketul je. kat dalam gambar satu ketul hilang sebab hubby bawa ke office. tu yang best casing ni. boleh cabut-cabut. so sekarang ni boleh la dapat 4 ketul sorang. tak perlu refill setiap hari lagi.

nutriferon tu pula memang nak try sebab saya ni kurang sikit antibodi. memang cepat dijangkiti selsema. sekarang ni muadz pula yang selsema tak berhenti. hari tu berhenti sekejap kemudian jadi balik beserta batuk dan demam sikit. sekarang ni memang makan vitamin C 2 ketul sehari. kalau tak baik juga selsema muadz, nak try amik nutriferon jumaat ni.

dah dua malam muadz asyik merengek dan muntah-muntah. memang tak boleh letak. minum susu pun sekejap-sekejap lepas. agaknya tak boleh bernafas sebab hidung tersumbat. tapi bila nak sedut hidung tak bagi pula. sama ada dia akan tolak tangan kita(kuat juga dia tolak tau), pusing-pusingkan kepala atau menjerit menangis sekuat hati. biasanya bila dua yang pertama tu tak jalan dia akan menangis sekuat hati sampai nak terkeluar anak tekak.

pagi tadi alhamdulillah, dah boleh senyum. tapi sikit-sikit je. bila sampai taska dia buat muka ‘derk’ dia balik. orang tegur ke bye-bye ke tak layan pun. selalu dia senyum-senyum tak pun kerut-kerut dahi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *