Resipi ESP dan PD

Assalamualaikum..

Sejak dapat Energizing Soy Protein(ESP) dan Performance Drink(PD) hari tu, saya pun mula bermacam-macam cara nak minumnya.
1) 1 cawan air + 1 sudu ESP + 1 sudu PD
2) 1 cawan air + 3 sudu ESP
3) 1 cawan air + 3 sudu PD
4) 1 cawan air + anmum lacta + 1 sudu ESP
5) oren twister + 1 sudu ESP
(1 cawan air = 250ml)

sejujurnya saya kurang gemar hasil campuran ESP+PD atau bila ESP dicampur dengan air oren sebab rasa macam oren susu. masa mula-mula minum rasa macam air gas pun ada. pertama kali, saya buat bancuhan no 1. tetapi disebabkan saya letak ESP+PD dulu baru air, rasanya memang kurang sedap walaupun telah diletakkan dalam bekas yang bertutup dan digoncang.

kemudian saya cuba no 2. sedap! rasa seperti soya asli. memang rasanya agak tawar tetapi siapa yang suka rasa soya buatan asli memang akan sukakannya. kemudian, saya cuba no 3. rasa seperti air F&N oren yang telah dibuang gas. mungkin sebab air isotonik. sedap juga. no 4 rasa susu anmum je, tak terasa sangat beza. no 5 lebih kurang macam no 1 cuma orennya lebih sedikit.

saya prefer no 2 & 3 tapi leceh nak ambil asing-asing. so sekarang ambil yang no 1. bila dah minum banyak kali ok juga la. cuma hubby je belum boleh sebab dia tak minum susu. dah campur twister dan ais pun still ada rasa susu katanya. dia ambil setengah cawan twister+1/2 sudu ESP+1/2 sudu PD. boleh la. suami saya tak sesuai dijadikan testominal sebab dia kurang jaga pemakanan dan kurang minum air. bila tegur, time tu je dia minum air banyak-banyak terus.

saya rasa nak minum ESP+PD setiap kali lepas makan pun boleh. hmm…tak cukup sebulan dah habis agaknya. huhuhu. kena jimat sket la lepas ni.

p/s- Alhamdulillah, Muadz dah sihat. Boleh baca di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *