Info tentang walker

Assalamualaikum…

Hari niterbaca info tentang walker. memang tak bercadang nak bagi Muadz naik walker tapi kadang-kadang bila dengar banyak sangat orang cakap, terfikir pula perlu ke?

minggu lepas ke klinik ada seorang kakak ni, sembang-sembang dan keluar isu walker. pastu dia pun cakap, laa.. tak masuk walker. patutlah lambat jalan. kesian dia. anak akak cepat je dah jalan. saya diamkan aje.

kenduri lepas kakak saudara cakap, kalau tak nampak akak dia asyik jerit aje. letak dalam walker baru dia diam sket. saya tahu walker lebih banyak keburukan tapi somehow tak jumpa info. Alhamdulillah. hari ni ada jumpa info untuk dikongsikan dari ummusaif siap ada 2 entry iaitu di sini dan sini.

Ini apa yang saya dapat ye. Saya compilekan sekali :

12.5% of walker users had one or more injuries and walker use may also delay the child’s motor development. These findings will help the physician or nurse in primary care settings to advise parents about the potential hazards of walker use.

1. Daripada tahun 1990-2001, sebanyak 200,000 kecederaan kanak-kanak dilaporkan di AS berkait dengan baby walker. 3/4 daripada kes-kes ini disebabkan jatuh tangga.

2. Pada tahun 1997, AS menetapkan garis panduan kepada ciri dan reka bentuk baby walker seperti ianya mesti besar supaya tidak boleh melepasi pintu atau tangga, dan mempunyai alat penahan (brake) apabila hendak terjatuh. Selepas tahun 1997, semakin kurang bayi yang terjatuh dari tangga. Malah, kebanyakan kejadian jatuh tangga hanya melibatkan reka bentuk walker yang lama (tidak menepati garis panduan). Adakah baby walker anak anda mempunyai ciri-ciri garis panduan ini?

3. Tetapi, mengapa ingin mengambil risiko? Kerana padahal, walker tidak mempunyai sebarang kegunaan. Malah, ia tidak membantu kanak-kanak untuk berjalan dan ia juga melambatkan sistem tumbesaran motor, otot dan mental.

4. Di Kanada, hukuman denda dan penjara dijatuhkan kepada mereka yang mempunyai baby walker. Di AS juga, para pakar kanak-kanak menggalakkan pengharaman baby walker.

Satu lagi artikel menarik daripada Eropah:   http://www.capt.org.uk/pdfs/factsheet%20baby%20walkers.pdf

1. Garis panduan reka bentuk walker di Eropah telah diperbaharui pada tahun 2005. Walker direka agar tidak bergerak laju dan ianya sepatutnya berhenti (brake) apabila hendak terjatuh.

2. Jenis-jenis kecederaan kanak-kanak yang melibatkan baby walker: terjatuh tangga, kecederaan kepala, kebakaran air panas (mencapai cerek atau air panas di atas meja), mencapai objek tajam di tempat tinggi, keracunan (mencapai minyak wangi dan alkohol).

3. Walker mengajar anak-anak berjalan adalah mitos di kalangan ibu bapa sahaja. Merangkak, duduk, berguling dan bermain blok adalah lebih untuk pembentukan minda dan fizikal.

4. Walaupun sesetengah ibu bapa mengatakan walker selamat digunakan semasa kehadiran ibu bapa, tetapi kebanyakan kecederaan berlaku dengan pantas di depan ibu bapa dan anak mereka tidak dapat diselamatkan (70% daripada kes di AS).

5. Di Kanada, penjualan baby walker telah diharamkan sepenuhnya.

Jadi, sebenarnya walker tidak membantu pun perkembangan motor bayi. Biarlah dia belajar secara natural. Kalau nak rasa senang dan mudah je sepanjang jadi ibu, jangan jadi ibu.

Memang perkembangan muadz sedikit lambat dari bayi lain. Ada kawan2 sebaya dia dah ada gigi dan ada yang dah mula berjalan pun. Muadz baru aktif mengesot (merangkak pun belum). Tapi, nasihat seorang sahabat, let the baby at their own pace. masa kawan-kawan dia bergolek-golek, muadz masih tak suka meniarap.

Tetapi kami yakin, Allah kurniakan setiap anak tu mengikut kesesuaian ibu bapa masing-masing. Kalau muadz boleh mengesot lebih awal, mungkin kami kelam-kabut dan tak bersedia sebab proses perpindahan rumah hari tu. elok lepas kami ubah kedudukan katil rapat ke tepi dinding, baru muadz boleh bergolek-golek. Alhamdulillah.

Memang kadang-kadang geram juga dengan muadz yang buat perangai. tetapi insyaAllah ia adalah untuk kebaikan ummi dan ayahnya. happy

7 thoughts on “Info tentang walker

  1. anak sy pun tak reti ngesot n merangkak lagi..die xsuke meniarap.lagi suke didukung n bagi berdiri..mandi dalam kolam pun nak berdiri..tak nak duduk..risau juga tapi ikut die la kan..muadz bape bulan?

    • dah nak masuk 9 bulan. dia dah mengesot tapi tak angkat punggung untuk merangkak. tapi memang suka berdiri. ada orang kata setengah budak skip merangkak. terus berjalan. wallahualam.

  2. happy sama macam anak saya, Danish. Skip merangkak. Development setiap baby berbeza. Sebelum ni pun saya risau sebab Danish tak merangkak, alhamdulillah, sekarang dah pandai duduk sendiri dan memanjat.

  3. baby huda baru nak masuk 5 bulan….ada yang cakap baby 4 bulan dah boleh meniarap….baby huda cuma meniarap kat buaian dia, bila letak kat tilam bawah tak nak pulak…cuma dia suka sangat berdiri bila di angkat…. happy

  4. bby sy dh nk masuk 6 bln tp der gaya nk merangkak….bila dh dpt posisi ala2 merangkak…dia msti goyang2 badan nya….

  5. anak saya dah 18 bulan sekarang nih…dia skip merangkak..smpi sekarang saya tak pernah tengok dia merangkak…dia pun tak pakai walker…sbb saya bg dia pakai walker lepas dia dah boleh taktih (berjalan sambil dipimpin)iaitu ketika dia berumur 11 bulan atas alasan nak galakkan dia berjalan, dia boleh main/makan ketika dia berada dalam walker dan saya boleh siapkan kerja lain.

Leave a Reply to Juliah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *