Bila bayi nak tumbuh gigi

Assalamualaikum…

Lately ni Muadz asyik demam. kejap demam kejap ok. Rasanya nak tumbuh gigi. Makan pun kurang. asyik nak menyusu je. bagi teether tak mau pula gigit. cuma nak gigit2 jari dia je. Semalam satu hari meragam. agaknya tak selesa kot. Hari ni saje cari pasal baby nak tumbmuh gigi. Ni amik dari website PAMA

Reaksi
Apabila gigi susu tumbuh, jangan hairan jika anak anda menunjukkan perubahan sikap. Antara perubahan sikap atau reaksi yang biasa ialah :

Kegatalan gusi
Ini boleh dikurangkan dengan memberi teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa.
Komen : Muadz tak mahu teether. Dia tak bagi pun orang usik mulut dia. huhu.

Gusi sakit
Ini boleh dilihat dengan gusi kelihatan berwarna merah dan terasa panas. Bayi juga mungkin banyak merengek dan menangis kerana tidak selesa.
Komen : tak dapat tengok gusi Muadz. Tak tau la. tapi memang asyik merengek dan suka letak dagu kat bahu.

Demam
Ada juga bayi yang mungkin demam setiap kali tumbuh gigi. Ini boleh diatasi dengan memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol. Namun pastikan dos yang diberi betul dan tidak melebihi had maksimum dalam sehari.
Komen : asyik demam on and off. Tak sampai hati asyik nak bagi makan ubat. cuma lap2 badan dia selalu dan tampal kool fever.

Kurang makan
Selera makan bayi juga akan kurang. Jika bayi tidak mahu makan, pastikan dia mendapat cukup cecair. Berikan lebih susu dan air.
Komen : memang kurang makan, asyik nak mengempeng je. Layankan aje la. Kadang terasa macam ada benda tajam. Gigikah?

Atasi masalah ketika tumbuh gigi
1.Cuba memberinya sesuatu yang keras untuk di kunyah, seperti kepingan keju atau lobak merah atau gegelang gigi pertama yang sejuk. Jangan tinggalkan anak anda seorang diri ketika dia sedang mengunyah bedan keras, dikhuatiri jika ia tercekik.

2.Jika gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau ketulan kecil ais (tapi awas, bayi boleh mendapat frost bite). Cuba gunakan sedikit gel theeting bebas gula.

3.Jika si manja kelihatan sakit ketika tumbuh gigi, cecair paracetamol boleh membantu. Berikan mengikut nasihat doktor. Jangan berikan aspirin untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

4.Dakap dan tenangkannya. Dukung dan bawanya berjalan-jalan atau bersiar-siar dengan kereta.

5. Sekali sekala bawa dia mengunjungi doktor gigi. Doktor gigi akan memberikan nasihat yang betul bagaimana untuk menjaga gigi pertama.

Penjagaan gigi dengan berus gigi yang lembut
Setelah gigi tumbuh, gigi perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Terdapat juga berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Bayi yang kecil tidak tahu meludah jadi penggunaan ubat gigi tidak perlu untuk bayi pada umur begini.

Dah ada beli berus gigi Muadz. Tapi jarang gosok sebab takde gusi. Malam kadang bawa muadz masuk toilet tengok ummi gosok gigi. Dia tengok aje. lepas ni boleh la gosokkan gigi Muadz malam-malam. Bagi dia gigit2 sket berus gigi tu. kot2 boleh legakan gusi.

Oh, lagi satu tanda yang orang selalu kata adalah air liur asyik meleleh. Memang pun. asyik meleleh air liur pastu disembur-sembutnya air liur tu. Cepatlah gigi muadz tumbuh, bagi cepat sikit hilang sakit.

p/s – disebabkan Muadz kerap menyusu sepanjang weekend, masuk kerja hari ni susu banyak sangat sampai basah baju. Pam keluar dapat 13oz. Alhamdulillah. Jadi, kerap mengepam atau menyusu tu memang penting untuk mendapatkan susu yang banyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>