Berpantang

Assalamualaikum…

Alhamdulillah…Kebelakangan ni baby bergerak aktif. Dulu macam dah slow sikit. Risau juga. Ingat bulan ni nak buat check-up awal sikit sebab risau tapi lepas je dukung anak kakak ipar yang baru lahir tu terus aktif dia membuat somersault dalam perut. Kadang-kadang sampai perut berubah bentuk jadinya. Agaknya baby jeles kot ummi dukung baby lain. hee hee

Minggu lepas tengok kakak ipar yang masih dalam pantang di rumah mertua. Nak tengok juga cara berpantang. Mak mertua saya jenis tak kisah, ikut anak nak macam mana. Tapi yang saya nampak yang jaga betul adalah pemakanan. Hari-hari makan ikan haruan sahaja. Urut tu dah tentulah wajib dan memang dia ada sediakan air panas untuk mandian. Tapi mungkin juga sebab kakak ipar bersalin secara c-zer, jadi cara penjagaan agak berbeza.

Mak mertua saya memang jenis tak memaksa, dia cuma beri pendapat. Nak ikut atau tidak, terpulanglah. Dalam hal lain-lain pun macam tu. Mungkin agaknya cara begitu yang menyebabkan anak-anaknya berdikari dan sangat bertanggungjawab including my hubby. love struck (siapa lagi nak puji kalau bukan isteri sendiri kan.)

Tapi saya pula sangatla tak boleh makan benda yang sama lebih dari 2 kali. Terus dah tak lalu makan dan makin lama makan pun makin sikit. Macam sekarang dekat office ni, bila waktu rehat je mesti pening fikir nak makan apa. Walaupun memang banyak lauk tapi rasa macam dah try yang menarik semua, lama-lama mengadap lauk yang lebih kurang sama jadi tak bersemangat nak makan dah. Tapi kalau tak makan lapar pula. Jadi, makan aje la.

Mak saya pula memang tak mengamalkan pantang jadi dia pun tak tau macam mana cara berpantang. Cuma sikit-sikit mungkin. Masa kak long dulu dia ada juga tolong carikan tukang urut, yang lain kak long beli sendiri rasanya. Tapi mak sangat pentingkan penjagaan baby. Baby kena sapu minyak, bedung dan bengkung. Cara tidur baby kena betul.

Bagi saya pula, pantang tu sangat penting. Yelah, badan ni bukan nak pakai sekejap. Mak sendiri pun ada kata kalau tak pantang betul, dah tua sikit nanti macam-macam sakit. Jadi, saya memang cari sendiri cara berpantang. Cuma takkan saya nak masak, tunku sendiri. Terpaksa la hubby tersayang buatkan. hee hee Saya ada cari dan compilekan tips pemakanan dan resipi dalam pantang. InsyaAllah, nanti saya cuba share di sini untuk memudahkan orang lain tengok juga. Saya ingat nak print dan beri pada mak nanti. tongue Supaya taklah makan benda yang sama sahaja. Dulu, opah buatkan lada hitam dan ikan bilis digoreng tanpa minyak, makan dengan nasi. Tapi takkan hari-hari nak makan tu je? sad (Asyik ingat makan aje. tongue )

Saya juga dah plan nak beli set bersalin dan cari cara-cara berpantang yang lain. Ingat nak beli bulan ni tapi hubby kata beli bulan depan la. Macam awal lagi. Ada call beberapa tukang urut tapi belum buat desicion nak ambil yang mana. Saya memang jenis suka merancang. Masa kawen dulu pun mostly plan saya tapi of course la bincang dengan parents juga. Keperluan semua banyak cari sendiri macam baju, kek, hantaran, jurugambar. Agaknya sebab dah biasa buat semua benda sendiri masa di luar negara dulu.

Oh, saya ada jumpa cara berpantang untuk mereka yang bersalin c-zer. Harapnya saya bersalin normal. Boleh klik banner di bawah ni. Ada Ebook PANDUAN SELEPAS BERSALIN CESAREAN. Selain tu, boleh juga dapatkan tips-tips di bawah secara percuma.

  • Tips dan panduan menjaga luka pembedahan/cesarean. Dapatkan tips bagaimana menjaga luka pembedahan agar tidak terkena jangkitan dan bernanah!
  • Tips Menghilangkan Stretchmark / Kesan Regangan Kulit. Tips ini turut membantu dan menunjukkan kepada anda cara pencegahan yang berkesan!
  • Tips menghilangkan selulit. Selulit sebenarnya boleh menyerang sesiapa saja tidak kira sama ada anda seorang yang berbadan kurus atau gemuk. Tips ini pasti dapat membantu mengatasi masalah selulit yang anda hadapi!

One thought on “Berpantang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *