Air alfalfa + ESP

Assalamualaikum..

Hari tu ada beli air alfalfa, alhamdulillah, setakat ni dapat minum dengan tenang.

Tapi sekarang ni setiap kali minum tambah 1 sudu ESP. Jadilah seperti di bawah ni.

Air Alfalfa + ESP



Sedap. nyum..nyum.. lebih senang diminum berbanding minum air alfalfa tu sahaja. harapnya dapat menambah lagi kuantiti dan kualiti susu.

sekarang ni susu agak merudum sebab sehari dapat pam 3 kali sahaja. Muadz pula minum makin banyak di taska walaupun dah bekalkan juga makanan. tapi sikit aje. Dah makin susah nak buat stok sekarang.

InsyaAllah akan cuba berusaha selagi boleh sampai Muadz 2 tahun. Gambarimasu!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *