Set Bersalin NR

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semalam dah dapat pun Set bersalin NR yang diorder dari MamaDamia. Memang sangat efficient. Saya buat order melalui web, esoknya terus barang dah sampai. Saya ingatkan akan dihubungi melalui email. Alhamdulillah, dapat barangan seperti yang ditempah.

Boleh je nak beli kat kedai tapi saya memang dah lama simpan nak beli kat sini. Sebabnya? boleh dapat bengkung sekali dan juga ‘Cara rawatan semasa berpantang bersalin’ dan ‘Resepi-resepi makanan ketika pantang bersalin’. Rupanya buku yang memuatkan dua tajuk di atas tu buku nipis sahaja. Resipinya pun taklah banyak sangat tapi boleh la dijadikan panduan. Sebelum ni ada dapat barut baby percuma tapi mungkin tawaran dah berakhir.

Tak sempat nak ambil gambar sebab semalam agak kepenatan. Saya tambah sebotol lagi minyak herbanika sebab mak pesan. Kalau tak cukup boleh ambil mak punya. tongue

Tak taulah macam mana keserasian saya dengan produk ni. ada orang yang serasi tapi ada juga yang tak serasi. Saya ambil set ni sebab tak banyak benda yang kena makan, satu saja. Yang lain lebih kepada cucian luar. Harap-harapnya serasi la.

Alhamdulillah, dari segi persediaan barang-barang dan fizikal insyaAllah dah bersedia. Dari segi emosi…hmm..berdebar-debar juga. Lagi pula bila ada teman-teman yang dah bersalin, maknanya masa saya pun makin menghampiri.

Semalam tiba-tiba hubby kata, “Eh, dah masuk bulan 4 la. Dah nak bersalin ye. Macam mana ni…” hehe. dia pula yang nervous lebih. kalau ikut EDD 30 April. Lambat lagi nak hujung bulan tapi berdebar-debar juga. Harap dipermudahkan proses bersalin.

Oh, 12hb ni bekalan eletrik di apartment tempat saya tinggal akan dipotong sebab management lama tak bayar bil. Jadi, lif tidak bergerak. Hmm…tak tau berapa lama akan dipotong. Tak tau apa tindakan management baru. Kalau lama, terpaksa la lari ke rumah mak. Ingat dalam seminggu atau beberapa hari sebelum bersalin baru nak standby di rumah mak mertua di KL, sebab dekat dengan hospital.

Tapi kalau start tinggal 12hb macam lama sangat pula. Masa bila nak basuh kain. Keluar pagi balik petang, kadang-kadang malam. Biasa kami membasuh dan menjemur di waktu malam sebab ada beranda. Takkan nak minta mak mertua yang basuhkan pula. Maybe akan tinggal di rumah mak shah alam sebab boleh membasuh dan menjemur di waktu malam juga. Kalau tak pun, buli aje adikku yang tengah tanam anggur di rumah selepas habis SPM. tongue Lambat lagi sebelum panggilan universiti dibuat kan… Nantilah, telefon management dulu.

2 thoughts on “Set Bersalin NR

  1. saya pun ada beli set ni tp tak mkn sgt bila tgk anak pun asik berak. skrg ni anak dah 5 bulan lebih, tak pe ka kalo saya sambung makan semula?

    • hmm…saya sendiri tak abis makan pil tu sebab yang sama. sudahnya memang tak habiskan sebab bila ambil perut memulas2. sekrang bertukar kepada shaklee. alhamdulillah, lebih mudah lawas dan perut tak memulas. tapi mungkin ada je org yang ok ambil pil tu.

Leave a Reply to admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *