review DyanaMP CD

Assalamualaikum..

Semalam dah pakaikan Muadz dengan DyanaMP CD yang beli dari Puan Lisa. Baru pre-wash sekali je tapi sebab dah tak sabar, try juga pakaikan. Masukkan 2 insert dan set ke saiz M.

cloth diapers DyanaMP

Muadz tengah mamai nak tidur


Start tukar jam 12. saja alas tempat tidur dia takut bocor sebab baru sekali je pre-wash. alhamdulillah, sampai ke pagi tak bocor pun. Comel je tapi bum muadz besar sket la. pagi ni rasa inner dia kering betul. siap suruh hubby rasa. hubby kata dia tak kencing kot. saya senyum je keluarkan insert dia. “cuba try pegang yang ni pulak.” Basah lencun.

dah rasa seronok nak pakaikan Muadz dengan cd sebab tak bocor. sebelum ni mungkin cara pemakaian tak betul kot. setakat ni sangat berpuas hati dengan coolababy dan DyanaMP. hari tu pakaikan Sunnybaby Minky waktu malam still kebocoran. insert dia macam nipis sket. mungkin kena letak 3 lapis kot.

Update stok susu pula.

EBM susu ibu

EBM 18 Ogos 2010

eh, kenapa macam makin kurang dari sebelum ni. dah kemas sikit kan. sebabnya EBM untuk bulan 7 semua dah dimasukkan ke dalam plastik besar dan ditumpangkan di peti ais rumah mak. memenuhkan peti ais mak pula. laughing

rumah mak ada peti ais besar dan deep freezer. kebanyakkan barang mak simpan dalam deep freezer. so, susu terpaksa tumpang di peti ais besar 2 pintu. harap-harapnya selamat lagi. freezer rumah mak kat belah bawah. weekend ni nak balik berbuka bersama sambil check susu ok lagi ke tak. buatnya ada yang tak tutup pintu peti ais betul2 naya je. sad

dalam plastik hijau tu semua EBM bulan 8. EBM bulan 8 dan seterusnya semua masuk plastik susu, dah takde bekas dadih. lebih jimat ruang dan mudah disimpan. cuma ice pack tu berterabur sikit. tongue harapnya dapat teruskan penyusuan minimum 2 tahun.

4 thoughts on “review DyanaMP CD

  1. byknya stok susu puan. puan ni wanita berkerjaya ye? kalo suri rumah mcm saya x perlu la stok byk2 mcm tu kan.

    • Alhamdulillah, masih banyak. terpulang pada puan. ada juga suri rumah yang turut buat stok. in case kalau terpaksa tinggalkan anak sekejap. dengan mengepam juga dapat memastikan B kita kosong, jadi otak menghantar signal bahawa lebih susu diperlukan.

      ini salah seorang suri rumah yang turut mengepam http://ummisalsabila.blogspot.com/

      semoga dapat menjayakan penyusuan susu ibu untuk 2 tahun happy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *