Dec 15

Shopback – shopping dapat duit

Assalamualaikum…

Selalu tak membeli-belah di Lazada, Zalora, Hotels.com, Agoda, Groupon dan macam-macam lagi? Sekarang ni semua di hujung jari, shopping pun online je kan. Tapi nak lagi best, bila kita shopping, kita plak yang dapat duit. Nak tau caranya?

Jom, daftar dengan shopback.my. Shopback ni dia link dengan banyak shopping store yang kita selalu membeli-belah tu. Kalau tak daftar dengan shopback pun, kita shopping je juga dekat website tu kan.

shopping dapat duit

Cara dia senang je. Klik link shopback.my ni. Lepas tu daftar. Dah siap daftar boleh klik mana-mana online store dari web shopback ni, dia akan redirect ke online store dan shopping je macam biasa.

Tengok tu, setakat ni dah dapat RM23 dengan shopping kat lazada je. Memang selalu pun beli barang kat lazada. Tapi yang lagi seronok, bila dapat balik sikit duit. Tak banyak pun dapat sikit pun ok kan. Beli kat lazada tu dah memang selalu dapat diskaun, pastu dapat plak lagi cashback. Mestilah seronok kan. Website lain tak pernah cuba lagi. Sebab takde nak beli kat tempat-tempat lain tu.

Itupun dah banyak dah beli barang kat lazada, baru tau pasal website ni ada kawan perkenalkan. Lepas tu, nak cari apa-apa mesti pergi shopback dulu.

Oct 06

Rahsia Tangisan Bayi

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhirnya projek yang dirancangkan hampir siap. Insya-Allah saya akan melancarkan buku Rahsia Tangisan Bayi tidak lama lagi. Buku ini berbentuk ebook (digital book), boleh download dan terus baca setelah urusan jual beli selesai. Kalau nak print dan baca pun boleh.

Buku ini ini menerangkan sebab bayi menangis, cara memahami maksud tangisan serta cara menanganinya. Ebook ini bertujuan membantu ibu-ibu baru (khususnya) untuk memahami tangisan bayi mereka. Tapi kalau ibu-ibu lama nak cuba pun boleh juga. InsyaAllah akan lebih mudah mengurus anak lepas ni.
Continue reading

Jul 01

Shopping dalam pantang

Assalamualaikum..

Masa dalam pantang hari tu sempat shopping beberapa barang keperluan baby. Sekarang ni shopping pun boleh online kan. duduk rumah pun boleh habis beratus-ratus ringgit. Tapi insyaAllah, semua ada kegunaannya.

Banyak juga berhabis duit untuk barang baby ye. Antara barang yang dibeli Moms Precious Cooler Bag Set, bantal menyusu, set tilam kekabu, baju menyusu dan cloth diapers. banyak betul membeli-belah kan.
Continue reading

Apr 16

FabulousMom fleamarket

Assalamualaikum..

Bagi sesiapa yang dapat newsletter dari FabulousMom tentu tahu, mereka akan mengadakan flea market Sabtu ni (esok la tu). Ini email dari FabulousMom.

Our flea market is back! Please invite your family members and friends…

We will be offering storewide 15% discount on that day(except for best buy items and spare parts of breastpumps) too to make this event a merrier one. :-) This storewide 15% is applicable for our Bandar Puchong Jaya outlet too, should you could not come over to TTDI for any reasons. (NOTE: flea market is at TTDI only).
Continue reading

Apr 02

Set Bersalin NR

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semalam dah dapat pun Set bersalin NR yang diorder dari MamaDamia. Memang sangat efficient. Saya buat order melalui web, esoknya terus barang dah sampai. Saya ingatkan akan dihubungi melalui email. Alhamdulillah, dapat barangan seperti yang ditempah.

Boleh je nak beli kat kedai tapi saya memang dah lama simpan nak beli kat sini. Sebabnya? boleh dapat bengkung sekali dan juga ‘Cara rawatan semasa berpantang bersalin’ dan ‘Resepi-resepi makanan ketika pantang bersalin’. Rupanya buku yang memuatkan dua tajuk di atas tu buku nipis sahaja. Resipinya pun taklah banyak sangat tapi boleh la dijadikan panduan. Sebelum ni ada dapat barut baby percuma tapi mungkin tawaran dah berakhir.
Continue reading

Mar 18

Sale! Sale!

Assalamualaikum…

Tengok-tengok banyak betul sale ada dalam bulan ni dan awal bulan depan. Sempat ke nak pegi ye? macam banyak lagi barang tak beli tapi takut nak kejar semua tak dapat pula. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Takut pula nak beli last minutes, kot-kot terbersalin awal. Anyway, senaraikan je la sale yang ada. ada rezeki pergi. kalau tak, insyaAllah pergi mana yang boleh aje.

Babyjaya

Babyjaya Sale 13 March to 11 April 2010

A One-Stop Shop for your Baby

Baby Products on Sale:
Car Seat
Stroller
Travel System
Baby Cot
Breast Pump
Bottle Warmer
and more…

Time: 11am – 8pm (Except Tues)
(click Read more)
Continue reading

Mar 04

Jom shopping!

Assalamualaikum…

Dah beberapa hari cuba mencari macam mana nak buat supaya link-link di sebelah ada update. Senang sket nak tengok mana blog dan site yang ada berita terbaru dan berita menarik. Alhamdulillah…akhirnya berjaya juga. Dah lama install WP Social Blogroll plugins tapi asyik tak menjadi. Rupanya tertinggal satu step sahaja. Alhamdulillah, dah tau macam mana nak gunanya. Semalam ada terjumpa berita tentang My Dear Warehouse sale. Macam menarik je.

My Dear Baby & Children Products Warehouse Sale

4 to 14 March 2010

Products Offered:
Operated Car
High Chair
Stroller
Tricycle
Hammock Spring Cradle
Toiletries
Car Seat
Walker
Push Car

Terms: Cash and Credit Cards
Time: 9am – 7pm

Location:
34 Jalan Meranti Jaya 10
Meranti Jaya Industrial Park
47120 Puchong,
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel: 603 8060 0093/95

boleh tengok kat http://anythingmaternity.com/.

Weekend ketiga bulan ni pula ada Motherhood Expo 2010 kat Mid Valley.
Venue : Hall 1 , Level 3, Mid Valley Exhibition Centre (MVEC)
Date : 19th – 21th March 2010
Time : 10:30am – 9:00pm
Admission : Entrance is FREE

Major Exhibit :
– Fitness & Slimming Beauty Services
– Maternity & Children’s Clothing and Accessories
– Medical Biotechnology & Management of Infertility Services
– Natural Nutrition Food for Weaning Babies & Organic Toddler Formula Products
– Diaper, Furniture and Toy Retailers
– Infant & Toddlers Safety Products
– Breastfeeding & Mommy’s Groups
– Early Education Products
– Financial & Insurance Institutions

Wah, bershopping sakan nampaknya bualn ni. Biasanya harga yang ditawarkan masa ada benda-benda macam ni sangat murah. Kalau murah boleh la beli barang-barang keperluan yang tak beli lagi.

Kat link sebelah saya ada letak 2 website yang selalu update tentang sale. Kalau ada sale terbaru senang la saya tau. Tapi buat masa ni berminat nak beli barangan baby je, kalau sale yang lain-lain tu kurang berminat sket. Ada juga letak satu blog yang promosi give away contest. Manala tau kalau-kalau rajin nak join contest ke. Boleh dapat hadiah. hee hee

Feb 08

Kelas Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum..

Alhamdulillah… Sabtu lepas berkesempatan hadir ke kelas penyusuan susu ibu yang dianjurkan oleh susuibu.com di Seri Kembangan. Kelas start pukul 9.30 pagi. Ada 2 perempuan mengandung dan 2 couple(termasuk saya). so total up ada 6 orang je. Tapi lagi senang nak tanya. kelas yang patutnya abis jam 12.30, habis jam 1 lebih sebab banyak betul benda yang ditanya dan dibincangkan.

Sangat seronok kelas ni. Lebih-lebih lagi dengan gaya Pn Rita yang sangat bersemangat. Hubby pun kata tak boring dan dia kata banyak benda baru yang dia tau. Alhamdulillah…boleh la dia support kalau ada masalah nanti.

Antara benda menarik yang nak share sket adalah bila Pn Rita cerita macam mana proses susu formula dibuat. Awalnya Pn Rita bercerita tentang struktur penghadaman manusia dan haiwan. Mestilah berbeza kan. Jadi susu lembu dah custom made untuk anak dia, susu ibu pun begitu. Antara seorang ibu dengan ibu yang lain pun kandungan detailsnya ada sedikit berbeza sebab dah di’custom made’kan untuk baby dia sendiri. Dah tentulah Allah tahu yang terbaik sebab dia yang menciptakan kita kan. Untuk bayi kita yang terbaik adalah

  1. susu ibu dari ibu kandung
  2. susu simpan(EBM) dari ibu kandung
  3. susu dari ibu susuan(ibu lain)
  4. formula milk

memang formula milk tu tak boleh nak dibandingkan dari segi khasiat dan kesesuaian berbanding susu ibu. tapi tak bermaksud tak boleh bagi but as a last option. kalau yang tiga2 sebelum tu memang dah takde. dalam apa jua pun mestilah kita nak yang terbaik kan dan kita akan berusaha ke arah itu. So same case as this one. Cuba sedaya upaya yang boleh sebelum pergi ke option seterusnya.

Ops, lupa pulak. ingat nak cerita proses buat susu formula tadi. Pn Rita kata dari maklumat dan research yang dia dapat ada dua cara untuk dapatkan susu lembu dengan hasil yang banyak. Satu dengan mengasingkan ibu lembu dan anaknya dan dipasangkan audio bunyi anaknya menangis untuk merangsang pengeluaran susu lembu. Kesian dia. Dah la dipisahkan dengan anaknya, manusia sesuka hati mengambil sepenuh-penuh hak anaknya dan tak diberikan langsung. Memang Allah jadikan susu haiwan salah satunya untuk minuman manusia juga tapi janganlah sampai menidakkan hak anaknya.

Satu lagi cara dengan cucuk hormon. Jadi br*ast lembu akan jadi bengkak dan sakit. Wallahu’alam. saya belum pernah mengalami bengkak susu tapi dari forum dan pembacaan, sangatlah sakit bila bengkak susu ni berlaku. so bayangkanlah benda yang sama pada lembu.

Banyak lagi khasiat, kepentingan dan lain-lain yang diceritakan tapi rasanya kalau nak cerita kat sini tak habis semuanya. Lebih penting bila dengar gaya penyampai yang penuh semangat secara tak langsung kita pun jadi semangat. Tak sama dengan membaca walaupun dah banyak sangat baca sampai kadang-kadang rasa dah tepu otak. Bila la nak applikasikan ni.

Sebelum ni ada yang kata bila dah 6-7 bulan ada sedikit colostrum keluar. Ada la juga try urut tapi takde apa pun. Rupanya cara urut tak betul. Balik kelas try buat, eh ada keluar sikit. Alhamdulillah. Moga baby boleh menyusu tanpa masalah.

Terima kasih Pn Rita dan Dr Ning yang banyak beri tips dan semangat. Memang tak rasa rugi langsung pergi kelas tu.

Bersama Pn Rita Rahayu(kiri), Dr Ning(kanan) dan dummy baby. (Do I look pregnant?)

Tengok lagi 3 orang semua perut besar macam dah sarat sangat je. Terasa macam keciknya lagi perutku. Baru 7 bulan. Lagi pula bila ditutup dengan tudung, lagi la tak nampak macam mengandung. Semalam ada jumpa junior yang baru jumpa. Dia kata,”Akak ni nampak macam dah kawin la.” Hehehe. Memang dah kawen pun dik oii. Bila cakap due akhir bulan 4 dan angkat sket tudung baru dia kata eh, dah besar perut. big grin

Dapat free babybook ni...

Habis kelas tu kami singgah kedai susu ibu di tingkat bawah sempat membeli botol kecil untuk simpan EBM nanti. Kemudian kami ke FobulousMom pula sebab ada flea market. Ada banyak barang secondhand dan baru yang elok-elok. Sempat beli 2 baju baby dan 2 set baju baby untuk bagi hadiah pada kawan-kawan yang bakal melahirkan juga. Dan sempat juga beli 3 nursing bra sebab semua barangan di fobulousmom ada 15% sale. big grin

Jan 28

Checklist Ibu & Bayi

Assalamualaikum..

Alhamdulillah…Dah berjaya menyiapkan ebook percuma checklist ibu & bayi. Checklist ni untuk memastikan tiada keperluan yang tertinggal di dalam menyambut kelahiran orang baru. Checklist ni saya kumpulkan dari yang saya dapat dalam buku dan juga website dan saya tambah dan tolak sedikit mengikut keperluan yang saya rasa perlu.

Checklist ini mengandungi keperluan semasa di hospital, semasa dalam pantang dan keperluan bayi dari pakaian hinggalah tempat tidur. Harap ebook ini dapat bermanfaat kepada semua.

Untuk download, klik aje pada gambar banner di sebelah dan isikan nama dan email. link untuk download akan diberi pada email.

Ataupun klik SINI.

Dec 23

Survey

Assalamualaikum…

Sepanjang mengandung ni macam-macam yang saya survey. Yelah, first time nak menjadi seorang ibu. Banyak benda yang nak kena belajar. Dulu sibuk survey macam mana nak BF baby. Pastu macam mana nak pump pula. Then, survey harga pump dan pump yang bagus. Then, survey amalan masa mengandung. Then, survey cara didik anak. Then, survey barangan baby. Maternity wears. Then, survey persiapan baby yang diperlukan. Set bersalin pun dah survey juga. Sekarang ni pula sibuk survey diapers. rolling eyes

Tapi setakat ni yang dah invest Breastpump aje. Hubby pun sampai dah penat asyik pegi kedai barangan baby tapi tak beli pun. Nak beli sekarang macam cepat sangat je. Try tanya-tanya kak long ada lagi barang dia yang elok. Maybe pinjam dia punya barang sikit. Hubby kata ‘penat je survey harga. Last-last amik kak long punya.’ tongue

Pening juga banyak benda nak survey tapi dalam survey tu alhamdulillah banyak ilmu yang dapat. InsyaAllah nak try bagi baby pakai Cloth Diapers tapi hubby macam tak berapa setuju. Sebab baju kami berdua pun kadang-kadang tak sempat nak basuh (banyak tanggungjawab lebih penting yang memerlukan perhatian dont tell anyone Bukan sebab malas ye). Nak tambah lagi benda yang kena penjagaan rapi lagi la susah. hehehe.

Oh, sekarang tengah survey juga babysitter atau daycare yang berdekatan. Kadang-kadang bila baca berita rasa takut je nak hantar baby. Rasa macam nak jaga sendiri je. Tapi kemalangan kat mana-mana pun boleh berlaku. Cuma kita kena juga la berhati-hati. InsyaAllah, bila kita dah usaha dan letakkan sepenuh pengharapan pada Allah, Allah akan jaga keluarga kita. Impian memang nak jadi housewife tapi risau juga kalau jadi housewife nanti makin malas. Dan amalan pun makin kurang.

Manusia ni kadang-kadang bila diberi masa yang banyak dia lupa. Tapi bila kita terkejar-kejar masa tu la fikir bestnya kalau ada masa lebih, boleh buat macam-macam. Hubby pun kata ekonomi family tak stabil lagi untuk dia support sorang-sorang. So insyaAllah akan cuba sebaik yang boleh. Teringat mak kata, dia kerja sampai sekarang alhamdulillah anak dia 6 orang jadi manusia. Bukan kerja atau tidak tu yang penting tapi pergantungan kita pada Allah.

Yang penting kita tau apa yang terbaik buat kita dan keluarga dan kita dah usaha sebaik yang boleh. Semalam ada terbaca dalam satu forum ada seorang ni tulis ‘Ibu bekerja punca anak derhaka’. Amboi..amboi..ikut sedap mulut je. angry lepas tu memang kena la dengan mommies yang ada dalam tu. Saya tak masuk campur. sekadar baca. happy

Ops..macam keluar topik je. Ok, back to the topic. Dalam banyak-banyak benda yang disurvey tu ada beberapa yang dah take note untuk beli. Maybe tunggu bulan 1 atau 2 nanti kot. Sekarang ni banyak end year sale tapi macam awal sangat je nak membeli. Semoga dipermudahkan segala urusan…

Nov 23

Kedai Bayi

Start jummat petang, kami telah pergi ke beberapa kedai baby untuk survey harga dan tengok barang-barang. Balik kerja terus singgah OU untuk ke Mothercare sebab dengar cerita ada sale. Tapi mungkin kat situ takde sale kot sebab takde nampak tanda-tanda pun. Dah alang-alang tu singgah juga di beberapa kedai bayi yang ada di situ. Mostly kami survey harga untuk stroller, baby car dan portable baby cot. Ada juga tengok barang-barang lain. kalau boleh nak beli stroller yang ada set dengan baby car tapi of course harga pun lebih mahal. Dan nak cari stroller yang boleh ubah supaya baby boleh pandang kami atau yang pandang ke luar. Oh, ada juga survey baby sling.

Hari sabtu selain urusan-urusan personal sempat juga singgah di kedai susuibu di bangi. Sebelum tu ke rumah kawan hubby dekat area situ yang ada buat kenduri doa selamat. Kedai ni lebih kepada barangan keperluan untuk penyusuan. Ada juga mereka promote untuk sertai kelas penyusuan tapi jadual kami untuk bulan 12 ni dah penuh. InsyaAllah akan ikuti juga nanti.

Semalam, sebelum ke low yatt sempat juga singgah di FabolousMom. Kedai ni paling dekat dengan rumah. Banyak juga barang-barang yang menarik. Tapi berbanding dengan kedai-kedai besar yang kebanyakkannya ada online store ni kedai-kedai kecil lebih murah barangannya. Cuma mungkin tak banyak sangat barangannya. InsyaAllah, kami akan berusaha kumpul duit untuk barangan bayi.

Saya juga ada letak link untuk Online shop kedai bayi dan lain-lain kedai. Boleh klik pada Shoplist di atas blog ini.

p/s -Hubby kata banyak kedai survey untuk barang baby ni. Kalau baby tak hargai tak tau la. tongue Moga baby ummi dan ayah jadi anak yang soleh dan musleh ya.